welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Sunday, August 11, 2013

Raya ' 13

Dah nak balik kampus. Yeah, test dan quiz akan berleluasa. :D

All the best to all students !
Raya is over !






Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.
- Si Kembar -
 

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan sudah, Syawal pula.

Yezzzzzzzzza ! Dah berzaman tak update blog. Semakin busy dengan semester kali ni. Nak cerita macam-macam tapi rasanya tak perlu ye dokkk ? Cerita dah lapuk semua nak cerita pun tak seronok kadang-kadang. Biarkan ia berlalu ~

Ramadhan kali ini macam biasa je. Tak balik rumah langsung. Berpuasa di perantauan bersama rakan-rakan tercinta di kampus. Wehuu. Nak balik time berpuasa rasa macam tak larat sangat. Lagipun bukan ada cuti pun, sadisssssss.

Esok insya Allah, nak raya dah kan. Sekejap benor rasa. Nak raya tapi rasa macam biasa-biasa je. Time kecik-kecik dulu yelah seronok yang amat. Cuti pun rasa macam tak je kan, campus life ~ 
Assignment wajib mengiringi kepulangan ku.


Tunggu raya nanti, rasa macam rajin je nak update blog. HEHE. Sebab kalau raya kan wajib bergambor sakan. Boleh tempek banyak-banyak kat blog. Tak ada orang tengok pun, kitorng jugak yang tengok sendiri nanti. HAHA. 

Kita berjumpa lagi Syawal. Semoga kita berjumpa lagi Ramadhan.
Insya Allah :)

Friday, May 31, 2013

Hari Bahagia Kali ke 2

Sekali lagi, kita merancang Allah yang menentukan. Perancangan di saat akhir membuahkan kenangan manis untuk kita bersama. Siapa sangka, dah lama tak bertemu akhirnya kita bertemu jua. Pheuww, ayat konon nak sweet sweet. Sekali sekala mempelajari ayat ayat cinta. ;p

Ini cerita tentang semalam bersamaan 31 Mei 2013.

Bertemu buah hati yang lagi sorang ni. Tempat pilihan, Aeon Bukit Tinggi Klang. Keluar rumah dalam pukul 9 lebih cenggitu. Kita menyokong penggunaan pengangkutan awam, so kita naik bas. Dah sampai sana, macam biasa berdebar-debar nak jumpa buah hati.

" Weh, nak tunggu kat mana " - Buah hati
" Kitorang tunggu kau kat tempat main-main tu " - Kembar

Jalan punya jalan, jumpa tengah jalan. Tak sampai pun kat tempat yang nak di tunggu tu. Ya ya ya, berpeluk cium kat situ jugak. Ahh, peduli orang nak tengok, nak kata apa. HAHA. Yang penting dapat jumpa dan melepaskan rindu masing-masing. :p 

Ini kira hari bahagia yang kedua, Hari Bahagia Pertama dah lepas. :D

Kitorang jalan-jalan dan banyak borak cerita itu ini je. Tak tengok movie pun sebab malas nak beratur panjang beli tiket. HOHO. ;p 




Tadaaaaa ! Memperkenalkan, Aienal Najwa. Yang kiri kanan dia tu si kembar yakni pemilik blog ini. :D Lagi sorang mata kena kerat sebelah. HAHA.

Ada rupa gwiyomi tak ? 

Acah-acah model

Fatehah | Aienal Najwa | Atiqah


Jumpa dia ni kalau tak gelak memang tak sah. Oh haaa, terima kasih sebab hantar kitorang balik rumah. Sorry about the unexpected incident. Rasa bersalah. :( Anyway, thanks a lot sayang.

Si Kembar

Nak menyelit jugak gambar kitorang berdua. HEHE. Mana satu kakak, mana satu adik ? Sayangku, cuba teka sayang ~ Haa, apa yang berbeza dengan kitorang ? Dapat beza tak ? Ahh tak ada kerja nak soal jawab ye dakk. HAHA.

Semoga kita jumpa lagi. Terima kasih. Friends till jannah. Insya Allah

Tuesday, May 28, 2013

Istilah Air

Hari ni rasa nak merajinkan diri meng-update blog. Wehuu, bukan selalu rajin nak menaip ni. Hari ni kita bincang pasal air. Air apa ? Air sirap, kopi atau teh ? Mari sama-sama kita baca. ;D


Air merupakan keperluan terpenting untuk semua jenis kehidupan dan dalam bahasa juga istilah yang menggunakan perkataan air juga penting walaupun kadang-kadang pening.


MATA AIR
Kalau makna biasanya punca air, mata air juga bermakna buah hati yang boleh buat mulut berair dan kadang kala mata berair bila berlaku perselisihan. Paling haru bila mata air kita rupanya ada mata air lain semata-mata kerana kita selalu kering. Makna yang sangat mendalam, agak-agak korang faham tak ?


HANTU AIR
Walaupun istilah hantu air ini tidak merujuk kepada makhluk yang menakutkan tu namun perlakuan manusia atau dengan lebih tepat lagi anak-anak yang dikategorikan sebagai hantu air akan membuatkan ibu bapa mereka menjerit-jerit macam hantu kerana mereka sering membazir air dan main dalam bilik air berjam-jam. Hmm, panjang betul penerangan. Siapa hantu air sila mengaku !


BUANG AIR
Perbuatan buang air ini tiada kaitan dengan syarikat bekalan air tetapi boleh dikaitkan pula dengan jabatan pembentungan tempatan. Kita bukan suka-suka nak membazirkan sumber alam semula jadi ni, tapi dah secara semula jadinya kita perlu buang air dari badan dan paling tak syoknya keadaan mencemaskan bila nak buang air di tempat yang tiada bilik air atau tempat yang tak ada bekalan air. Tapi buang air ni jugak sesuai untuk orang yang suka buang air. Tau-tau je bil air melambung !


MACAM AIR
Istilah ini selalu digunakan bila mana ada unsur membeli. Jika duit anda keluar macam air, cuba elakkan dan jauhkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang boleh buat duit keluar macam air. Marilah mengamalkan gaya hidup sihat. Eh ?


TAK ADA AIR
Istilah yang paling tak best dalam apa jua keadaan pun. Ini memang berkaitan dengan syarikat bekalan air tempatan dan sememangnya ia merupakan istilah yang boleh mengaitkan kita dengan tak mandi pagi, baju tak basuh, dan yang paling haru panik sebab dah tak tahan nak buang air. Hmm, tapi kadang-kadang tak boleh salahkan syarikat air jugak. Mungkin jugak sebab tak bayar bil air ? Aiyoooo.


Entry ini sekadar suka-suka mengisi masa lapang yang ada. Ada satu hari tengah sibuk dok mengemas almari buku, tetiba terjumpa satu majalah ni. Selak-selak tengok macam best je artikel tu.
Sumber: Majalah Apo ?


Air dalam istilah bahasa inggeris adalah udara. Selamat menikmati air, tak kiralah dalam istilah bahasa melayu atau inggeris ! ;D

Sunday, May 12, 2013

Mak

Mak

Terima kasih lahirkan anak kembar mak ni.
Terima kasih besarkan anak kembar mak ni.
Terima kasih 
Terima kasih
Terima kasih

Terima kasih untuk semua mak !



Sayaaaaaaaaaaaaaaang mak ! :D
Muahh muahh muahhh.


Monday, May 6, 2013

Hari Bahagia

Siapa yang tak suka kalau ada temu janji dengan buah hati tersayang. Haaa, temu janji gitu. HAHA. Dah lama benorrr tak jumpa buah hati. Siapa yang tak rindu-rinduan. Bukan selalu kitorang dapat peluang-peluang macam ni. Dengan kesibukan belajar, menguruskan itu ini. *Ehh, poyo semacam pulak. ;p

Khamis, 2 Mei 2013.

Pagi tu kitorang bangun awal sikit. Semangat nak jumpa buah hati, nak dating dengan beliau. Kitorang naik bas je nak pergi dating. Sangat klasik kan ? Dengar pun macam sweet je... HAHA. Keluar rumah pun awal sikit sebab takut susah dapat bas. Destinasi pilihan Aeon Bukit Tinggi Klang. 

Dah sampai sana, tercari-cari mana pulak si buah hati. Sebab kitorang keluar berasingan, dah janji tunggu kat sana dalam pukul 10 macam tu lah. Kitorang terlambat sikit, biasalah naik bas. HUHU. Jalan-jalan dalam aeon tu, jumpa jugak akhirnya. Maka tercetuslah lambaian tangan yang begitu teruja dan teriakan macam kanak-kanak ribena. Dah lama sangat tak jumpa, peluk-peluk tanpa hiraukan orang lain. HAHA.


Buah hati kitorang tu namanya Haziqah. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Hubungan kitorang ni atas dasar kawan je, tak lebih dari tu. HAHA. 

Dapat lepas rindu, kitorang decided nak tengok movie. Ironman 3 menjadi pilihan di hati. Cewahh. Jealous lah tengok orang dok post kat twitter cerita tu best. HAHA. Haziqah dah tengok cerita tu, tapi demi best friends dia sanggup tengok cerita tu lagi. Sayang kau lah weh ! :D Lepas dah membeku dalam panggung wayang, kitorang pergi solat dulu. Lepas tu baru pergi lunch. HEHE.

Ehem, masa tengah lunch tu lah macam-macam benda nak borak. Dapat mengusik Haziqah tu yang best. ;p Borak pasal studies, campus, friends and boyfriend. Topik akhir tu yang paling best ! HAHA. Usik Haziqah habis-habisan. >.<

Perut pun dah kenyang, kitorang jalan-jalan cuci mata jelah. Dalam pukul 4 lebih macam tu kitorang balik. Haziqah balik sama-sama dengan kitorang naik bas. Singgah rumah kitorang dulu. Hmmm ruginya rasa bila kitorang tak ambil gambar sama-sama. Camera bawak, tapi boleh lupa nak ambil gambar. Entah apa yang di ingat. -.- Ada pun gambar yang kitorang ambil kat photo booth yang guna token tu. :(


Haziqah stay rumah kitorang sampai maghrib. Sempat lah lagi borak itu ini dengan dia. Makan keropok lekor dari Terengganu sama-sama. Dan yang paling best, Haziqah sempat makan malam kat rumah kitorang. Dia kata, gemuk lah kalau aku stay sini asyik makan je. HEHE. Lepas tu lepak-lepak dalam bilik kitorang. 

Minta maaf banyak-banyak kat Aienal sebab keluar tanpa kau. Selalu memang kita keluar berempat kan, tapi kali ni kau tak ada. Next time kita keluar ok ? Sebab Fatehah cuti tak lama. :(

Simpan gambar tu elok-elok tau Haziqah. :D Aienal, jangan marah kitorang tau. :(

Friends till Jannah. Insya Allah.

 

Tuesday, April 16, 2013

#23 Wordless Wednesday - Twins

 

We become what we want to be by consistently being what we want to become each day.



Tambah koleksi

Di petang petang begini. Golek golek atas katil pun mata tak nak lelap. Cuaca panas sekarang ni. Ini semua dugaan dan juga nikmat dari-Nya. Kita perlu terima dengan redha Insya Allah. :)

Tak ada benda pun yang nak di celotehkan. Hmm, cuma nak kongsi satu benda je.


Nak tambah lagi kalau boleh. Sebelum sebelum ni banyak pinjam dari orang je. Sekarang ni baru datang minat nak tambah koleksi. Ehh yeke sekarang ? -.-

Kakak datang rumah hari tu. Dia tengok almari. "Amboi, lepas ni kau beli lagi banyak banyak tau. Lepas tu buat sewa" - Kakak yang kata

Jangan ingat kitorang ni tau baca cerita cinta je eh. Buku lain pun kitorang baca jugak. ;p


Sikit sikit lah kalau nak tambah koleksi pun. Yang belum baca pun banyak. Tak buka lagi plastik. HAHA.

Semoga usaha murni kitorang untuk menambah koleksi tercapai. :D

Monday, April 8, 2013

Kosongkan minda

Fuh kanan, fuh kiri. Lama betul tak update blog. Alhamdulillah, exam semua dah selesai. Lega sikit otak ni nak memikir. Eh eh eh, tapi tak lega sangat lah sebab risau fikir result pulak kan. Insya Allah everythings gonna be fine. Kita dah berusaha ! :)

Move on bebeh. *Eh tetiba* Sekarang tengah cuti sem. Sepanjang cuti sem ni, banyak topup tidur je rasanya. Ermmm, tapi tak jugak lah. Baca novel yang menimbun kat rumah ni pun ye. HEHE. Dapat baucer buku ada beli novel. Ayat menimbun tu tipu je. Sila percaya. Dan benda wajib bila kat rumah, online puas-puas. :D


Home sweet home.

Cuti sem ni nak tengok rumah puas-puas. Nak duduk dalam rumah puas-puas. *Melampau* HAHA. Itulah rumah kitorang, comel je kan. Tinggal berempat je dalam rumah ni. Abang dan kakak-kakak dah kahwin, duduk rumah lain. HEHE. Si kembar dengan mak abah je yang tinggal. Betapa indahnya permandangan ~ Sejuk mata memandang rumah dipenuhi kehijauan. ;D


Memandangkan nak kosongkan minda, kita hang out sama-sama. Setelah sekian lama si kembar tak hang out bersama, maka muncul lah muka kebahagiaan di situ. Lama jugak kitorang tak berjumpa. HUHU. Rindu weh rindu.

Tapi sekejap je kita dapat spend time together. Si Fatehah cuma cuti seminggu je sebab beliau perlu pulang ke kampusnya untuk meneruskan pengajian beliau dengan short sem. Maka, pulanglah dia ke Terengganu. Hmm, kesepian si Atiqah. *Macam nak kena hempuk buat ayat macam ni* :p


 


 Atiqah | Fatehah

Si kembar terpisah lagi. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. Semoga kita berjumpa lagi. Insya Allah. :)


 

Saturday, March 2, 2013

Rabbi Yassir Wala Tu' Assir

Bismillahhirrahmanirrahim. Blog di update untuk mengisi masa yang ada. Alhamdulillah, sekarang dah masuk bulan Mac. Cepat betul masa berlalu. Bulan Mac adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh students. Sebab apa ? Sebab final exam nak maiii dah. Wuwuwu. Tak sabarnya ! *Poyo*

Tak ada apa yang nak dicerita pun. Cuma nak bagi tahu final exam je. All the best untuk kawan-kawan yang nak final emxam jugak. Kitorang doakan yang terbaik untuk semua. Insya Allah. :)

Untuk semua yang mengenali Si Kembar ni.


Kitorang minta maaf kalau ada salah dan silap. Terima kasih pada family tercinta. Mak abah, terutamanya. Terima kasih untuksegalanya. Terima kasih jugak pada kawan-kawan banyak menolong  tatkala berjauhan dari keluarga. Haaa kan dah keluar ayat dramatis. HAHA. 

Ya Allah, kau permudahkan segala urusan kami. Permudahkan kami untuk menjawab semua peperiksaan yang bakal kami hadapi. Dan kau kurniakanlah kami kesihatan yang baik. :)

Aminn, Insya Allah.


p/s : Doakan yang terbaik untuk kami. Terima kasih :)

Wednesday, February 13, 2013

Kakak kahwin

Fuhh fuhh fuhh. Tiup habuk sikit kat blog ni. Dah masuk bulan Februari kan ? Wuhuu, sekejapnya masa berlalu. Bulan ni, ada cuti lama sikit sempena raya cina. Seminggu je pun,  tapi seminggu tu sangat berharga tau ! :D

Malas nak cerita panjang-panjang. Post title pasal kakak kahwin, so kita cerita pasal kahwin lah. Kitorang pulak yang excited lebih bila kakak nak kahwin. HAHA. Kitorang balik jugak walaupun tak ada cuti. Hmm, mana boleh tak balik. Kakak kita kahwin kot. 2 Februari, majlis pernikahan. 3 Februari pulak kendurinya. 

Lepas majlis akad nikah, bergambar dengan mak kesayangan. Carilah mana si kembar. ;D

 Kenduri esoknya buat di dewan. Cantik kan ? :)



Si kembar. HEHE. Pakai baju princess cutting. Suka gila dengan baju ni sebab pergi tempah sendiri. :D



Majlis sebelah lelaki pula seminggu kemudian. Masa ni kitorang memang wajib balik sebab cuti raya cina. HEHE.

Family :)
Mak hujung belah kiri. Abah hujung belah kanan. HEHE.

Lima orang adik beradik. Kitorang ada seorang abang, dua orang kakak. Tinggal si kembar je belum kahwin. HAHA. :p



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dah selesai. Semoga semuanya diberkati oleh Allah S.W.T. Insya Allah. :)


Monday, February 11, 2013

Untuk Awak

Awak, saya minta maaf. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba jadi jiwang pulak. Saya ni bukan jiwa jiwang, tapi saya cuba. Kita sama-sama tak jiwang. Kita ni sempoi je orangnya kan ? Jangan gelakkan saya tau.

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna

Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta


Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta


Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta… Pencinta terbaik

Mesti tengah gelak guling-guling masa baca tu kan ? Saya tak reti nak buat ayat manis. Saya hanya mampu copy and paste je. Sebenarnya itu lagu, itu pun kalau awak pernah dengar. Kalau tak pernah dengar, baik awak pergi tengok youtube sekarang jugak. Tak tahu tajuk lagu, awak carilah sendiri. 


p/s: Entah kenapa datang mood nak update macam ni. 

Thursday, January 24, 2013

Untuk tahun 2013

Ini adalah entry yang pertama untuk tahun 2013. Ini adalah first update untuk tahun 2013. Hmm, bunyi macam sadiss je kan. Tengok orang lain, rajin je update. Bagus betul lah korang ni ehh. Ada usaha yang kuat nak update blog. Syabas syabas ! :D

Untuk awal tahun 2013, bulan Januari. Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar seperti biasa. Quiz dan test semakin berleluasa. HAHA. Semua itu harus ditempuhi dengan semangat yang jitu. Hoyeah ! Semoga markah-markah untuk quiz dan test semuanya baik-baik belaka. Insya Allah, dengan usaha, doa dan tawakal. Itu cerita pasal pelajaran. Sekarang kita cerita pasal kawan pula. Kawan, alhamdulillah semua ok. Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Nak cerita pasal apa lagi ? Pasal cinta ? Ohh, tidak tidak tidak. Tiada apa yang perlu dikongsikan di blog ni. Ecehh, poyo pulak. HAHA. Yang paling penting setiap tahun, umur pasti meningkat. Belum 19 tahun secara rasminya. Tunggu bulan Ogos, 13 hari bulan. Tarikh tu penting tau. Semakin hari semakin tua. Haaa, dah keluar ayat hypothesis pulak. O.o

Si Kembar

Weheee, rindunya. Insya Allah, bulan Februari nanti kitorang jumpa. Mungkin ada cerita yang menarik untuk bulan dua nanti. Tak sabar rasanya nak tunggu bulan dua ni. HEHE. Hampir sebulan tak bersua muka. HUHU. Ermmm, tunggu lah nanti bulan dua. Next entry tak tahulah bila. HAHA. Macam ada pulak yang ambil tahu. :p

Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Insya Allah. :)
Assalamualaikum, salam rindu.