welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Thursday, July 27, 2017

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 2)

Assalamualaikum.

Hai semua.  Mula-mula sekali, nak cakap terima kasih pada yang sudi baca blog ni.  Viewers untuk previous post tentang semester 1 agak memberangsangkan.  Cewahhh, rasa bertambah seronok pula nak cerita pasal diploma.  So kali ni kita proceed dengan semester 2. Are you ready? Hehehe.

Courses for Diploma in Office Management and Technology (Part 2)

  1. CTU 151 - Islamic Thought and Civilization 
  2. BEL260 - Intermediate English
  3. BBM110 - Malay Language for Office Management
  4. OMT115 - Introduction to Business
  5. OMT172 - Document Processing II
  6. OMT182 - Office Administration II
  7. HSM115 - Recreation I




  • CTU151 course tentang tamadun islam.  Senang cerita, lebih kurang macam sejarah.  Honestly, tiqa pun tak berapa ingat sangat sebenarnya.  Hahaha.  Course ni untuk pelajar islam sahaja, yang non-muslim akan ambil course code yang lain. 
  • BEL260 course english.  Yang ni tiqa ingat sampai bila-bila sebab waktu ni lecturer tiqa lelaki, dia handsome dan dia charming.  Hahahahah.  K gurau je, tapi serius tiqa ingat sebab cara dia ajar tu terkesan sampai sekarang.  Sebab subjek english waktu semester 2 ni lebih kepada preparation untuk MUET.
  • BBM110 ni course Bahasa Melayu.  Haaa jangan ingat time sekolah je belajar BM, masuk universiti pun still belajar lagi.  Yang ni korang akan belajar semula kata kerja, kata nama dan seangkatan dengannya.  Lepastu ada individual presentation.  Tiqa dapat tajuk pengacaraan majlis, so kena sediakan teks pengarcara majlis dan present.
  • OM115 yang ni basic business yang je. Insha Allah senang nak score.  Sebab memang basic, nama pun introduction to business.  Cumanya ada group assignment, kita kena buat satu company yang buat business.  Group tiqa kononnya buat perniagaan kek, so kononnya kitaorang akan buka kedai kek. Group assignment tu kena buat report (business proposal) dan ada presentation.
  • OMT172 course ni kesinambungan daripada course OMT121 masa semester 1.  Of course typing skill yang kena guna dalam course ni.
  • OMT182 - course ni kesinambungan daripada course OMT131 masa semester 1.  Akan ada group assignment luar juga yang korang kena interview company luar.
  • HSM115 yang ni adalah kokurikulum.  Disebabkan semester 1 tiqa ambil kesatria, so tiqa boleh tukar koku yang lain untuk next semesternya.  Tiqa pilih koku rekreasi.  Memang best pada sesiapa yang minat rekreasi sebab akan libatkan outdoor activities.

Gambar kat atas tu antara buku yang tiqa guna waktu semester 2.  Tapi rasanya buku yang atas warna kuning tu guna semester 3.  Hehehehe.  Tiqa pun dah lupa, tak perasan waktu ambil gambar tu.  Sorry ehhhh tu je yang ada.  Nak cari buku yang lain tak terdaya.  Maaf sekiranya ada tersalah informasi sepanjang perkongsian tiqa ni.  Tiqa rasa mesti sekarang ada yang berubah dari segi courses untuk setiap semester.  Bayangkanlah, tiqa mula pelajar tahun 2013, habis pula tahun 2015.  So mesti ada perubahan kan.  Tiqa cuma nak berkongsi informasi, itu sahaja.  Nak share gambar waktu semester 2 rasa macam tak perlulah kot.  Hahahahah.  Drop comment kalau ada apa-apa soalan yang nak ditanya.  Anyway, thanks for reading !

Kalau nak baca untuk semester yang lain boleh klik link di bawah ni

SEMESTER 1  |  SEMESTER 3  |  SEMESTER 4  |  SEMESTER 5

Saturday, July 1, 2017

Syawal 2017


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin