welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2020

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 5)

Assalamualaikum semua.

Benda pertama yang tiqa nak cakap, terima kasih pada yang sudi
baca blog ni. Tak lupa juga dekat pembaca yang komen dan hantar email pada tiqa untuk
bertanya soalan. Buat adik-adik lepasan SPM, tahniah untuk keputusan yang awak semua
dapat. Pada yang ada keinginan untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,
semoga semua urusan dipermudahkan. Buat yang ingin kerja atau apa sahaja perkara yang
awak nak buat, semoga berjaya ok? Untuk entry kali ni tiqa nak update untuk semester 5
diploma pengurusan dan teknologi pejabat.

  1. ACC 106 - Introduction to Financial Accounting and Reporting
  2. BEL 313 - Introduction to Critical Thinking
  3. ENT 300 - Fundamentals of Entrepreneurship
  4. OMT 230 - Office Simulation
  5. OMT 340 - Principles of Corporate Compliance
  6. OMT 351 - Administrative Management

  • ACC 106 adalah subjek account ni basic je. Sebab apa tiqa cakap basic? Sebab waktu sekolah dulu tiqa ambil aliran account. Untuk student yang tak ada basic account, jangan lah takut, sebab benda ni memang basic. Ni salah satu subjek yang tiqa suka. Account ni kena banyak buat latihan je untuk senang faham.
  • BEL 313 ni english course. Yang ni tiqa tak ingat sangat. Tapi yang tiqa ingat, ada group project yang kena buat forum / debate. Lecturer tiqa waktu ni tegas, tapi kelakar. Alahh jangan lah takut bila ada perkataan ‘critical thinking’ tu. Kita kan nak belajar, nak dapat ilmu. Jangan takut ok?
  • ENT 300 subjek yang tiqa tak akan lupa sampai bila-bila. Kami kena buat group project yang kena build one company. Dah nama pun entrepreneurship kan, mesti lah pasal usahawan. Group project ni kita kena buat business proposal yang memang detail, dari awal sampai akhir. Group tiqa waktu tu buat business sandwich yang bernama WICHLIST. Business ni kita kena buka premis / kedai, kena ada pekerja, kena ada susun atur kedai, production, marketing, account dan sebagainya yang related dengan business. Tapi semua tu hanya dalam business proposal (paper work) sahaja tau, bukan kena betul-betul ada pun. Untuk group tiqa, tiqa ni konon-konon jadi ‘Account Manager’. Lepastu, kami ada buka small booth untuk presentation. Kira macam big event lah untuk subjek ENT 300 sebab semua course ada ambil subjek ni. Dalam satu dewan besar, kami semua bergabung dan buka small booth masing-masing untuk present. Hias lah booth tu berdasarkan business apa yang kita buat, lepastu nanti ada panel yang akan datang dan nilai. Waktu tu lah kita kena present dan tunjuk business proposal kita. Memang best sangat-sangat dan Insha Allah senang nak score subjek ni. Maybe lain UiTM, lain cara present. Masa tu UiTM Alor Gajah je buat ni cara presentation macam tu.
  • OMT 230 ni office simulation. Awak bayangkan yang awak memang sedang bekerja dalam office, diberikan tugasan yang kita kena taip. Waktu ni yang tiqa ingat, kami dapat satu fail / folder yang berisi timeline, nota-nota, senarai tugasan yang kita kena buat. Kami juga dapat pendrive setiap seorang untuk save kerja-kerja yang kita dah buat tu. Assessment semua based on kerja yang kita buat tu. Sepanjang class ni memang kami semua guna makmal computer sahaja.
  • OMT 340 ni subjek law / undang-undang. Yang ini subjek yang memang banyak kena baca dan ingat. Lebih kepada theory lah sebab benda ni fakta yang awak memang tak boleh ubah. Yang ni ada assignment yang tiqa ingat, kena buat case study yang kita kena kaitkan dengan law yang ada.
  • OMT 351 ni subjek administration. Lebih kepada subjek theory yang kita kena baca. Yang ni ada group assignment yang kita kena pergi mana-mana company dan buat soal selidik tentang administration company tu. Yang tiqa ingat waktu ni group tiqa buat Balai Polis Daerah Rembau. Kami satu group pergi sana dapatkan maklumat, lepastu kena buat report (paper work), kemudian presentation.

Kat sini, tiqa nak ingatkan yang zaman tiqa belajar dengan sekarang mungkin dah berubah.
Tak semua benda akan sama untuk next batch rasanya. Yang tiqa share dan cerita ni semua
waktu tiqa belajar dari tahun 2013 hingga 2015.

Keseluruhannya, untuk course tiqa ada 5 semester sahaja. Alhamdulillah, dapat grad on time dan dapat good results sepanjang diploma. Jadi, ini adalah entry yang terakhir bagi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat tiqa. Pengalaman diploma adalah yang paling seronok pada tiqa. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang baik, dapat Anugerah Dekan, dapat jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan macam-macam lagi benda best sepanjang diploma tiqa.

Pada pandangan adik-adik semua, ok tak benda yang tiqa share ni?
Semoga bermanfaat untuk semua ya. Terima kasih sebab sudi baca blog ni dari mula tiqa update pasal Semester 1 Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, sampai semester 5 ni.

Gambar semasa Majlis Pre-Graduation untuk pelajar-pelajar semester akhir :)




Gambar-gambar semasa presentation ENT 300:

Ahli kumpulan untuk subjek ENT 300 :)

Booth untuk presentation

   




 


Kalau nak baca untuk semester yang lain, boleh klik link di bawah ini:


Wednesday, April 8, 2020

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) AE14 - Semester 3

Assalamualaikum w.b.t.

Hai semua. Teha nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca entry teha yang lepas mengenai course AE14 untuk semester 1 dan 2. Okay sekarang nak sambung untuk semester 3 pula. Macam biasa, teha nak bagitahu awal-awal mungkin ada penambahbaikan dari segi subjek dan silibus untuk setiap subjek pada masa akan datang. Dan mungkin juga subjek-subjek yang disenaraikan, junior/pelajar ambilan baru perlu ambil pada semester yang lain (bergantung pada panduan fakulti dari semasa ke semasa) pada masa akan datang. Jadi setiap post mengenai courses AE14 ni berdasarkan apa yang teha pernah ambil dulu pada setiap semester. Faham? :)

Courses for Bachelor of Business Administration (Financial Services) - Semester 3
  1. CPP2021 - Tajwid (Kokurikulum)
  2. PET3033 - Macroeconomics
  3. PFM3023 - Financial Management
  4. PFM3043 - Fundamentals of Financial Planning
  5. PPB3083 - Organizational Behaviour
  6. PPB3153 - Human Resource Management Skills
  7. BIU2032 - English Proficiency 3
  • CPP2021 - Tajwid. Ini subjek kokurikulum. Memandangkan masa batch teha pada semester 3 boleh pilih mana-mana kursus kokurikulum, teha pilih untuk ambil Tajwid sebagai kokurikulum. Pada teha, senang nak score. Tugasan pun tak susah. Seronok sebab kita belajar mengaji al-Quran dengan bacaan tajwid yang betul. Dapat pahala tau! :) 
  • PET3033 - Macroeconomics. Dah ambil Microeconomics masa semester 2, kenalah ambil Macroeconomics pula yang lebih meluas. Untuk subjek ni, belajar mengenai asas pendapatan negara, kaedah pengiraan pendapatan negara dan model asas penentuan pendapatan negara. Next, mengenai pasaran barangan serta kewangan; labor market and aggregate supply; open macroeconomics and balance payment; and foreign exchange rates. Pengalaman teha, kena betul-betul focus masa dalam kuliah dan banyak buat latihan/tutorial yang pensyarah bagi. Untuk tugasan berkumpulan pun memainkan peranan yang penting untuk kita lebih faham pasal apa yang kita belajar.
  • PFM3023 - Financial Management. Untuk subjek ni, lebih fokus kepada konsep asas dalam pengurusan kewangan. Yang ini subjek more to calculation. Belajar pasal pasaran kewangan dan alat-alat kewangan, komponen penyata kewangan dan aliran tunai. Kaedah-kaedah dalam menilai prestasi syarikat dan konsep nilai kini wang. Ada juga belajar mengenai basic concepts of risks and return, capital budgeting techniques and kita akan belajar kos modal yang diperlukan untuk pastikan keuntungan syarikat. Rajin buat latihan dan tutorial tu janganlah malas-malas nak buat ye!
  • PFM3043 - Fundamentals of Financial Planning. Okay untuk subjek ni, adalah subjek (kursus) major bagi course AE14 ni. Kursus Major ni maksudnya, pelajar AE14 sahaja yang perlu ambil. Subjek ni lebih kepada nak memperkenalkan pelajar-pelajar AE14 ni kepada fenomena dan proses-proses dalam environment Perkhidmatan Kewangan ni macam mana. Termasuklah tentang pengurusan risiko dan pelaburan, apa regulatory yang mengawal, etika dan profesionalisme perkhidmatan kewangan ni macam mana, dan persekitaran ekonomi dan implikasinya terhadap Perkhidmatan Kewangan. Ada tugasan individu dan juga kumpulan. Yang teha ingat, untuk tugasan kumpulan kena buat video mengenai proses dalam merancang kewangan. 
  • PPB3083 - Organizational Behaviour. Subjek ni theory 100%. Teha enjoy belajar subjek ni, sebab pensyarah teha masa tu suka bercerita berdasarkan pengalaman dia dalam industri dan bagi contoh-contoh yang relevant untuk mudah kita faham. Untuk subjek ni, belajar mengenai kelakuan individu/kumpulan dalam organisasi serta kesannya terhadap prestasi sesuatu organisasi tu. Macam mana sikap, nilai dan kepuasan kerja, personaliti dan emosi, persepsi dan membuat keputusan bagi seseorang individu. Kalau untuk kelakuan kumpulan (kelompok), macam mana nak memahami kerja berpasukan, komunikasi yang efektif, cara kepimpinan, kuasa dan konflik etc. And last sekali baru beralih kepada organisasi itu sendiri. Macam mana struktur organisas, teknologi yang digunakan dan rekabentuk tugas, polisi dalam sumber manusia serta budaya dalam organisasi itu sendiri.
  • PPB3153 - Human Resource Management Skills. Subjek ni pun theory 100%. Rezeki teha dapat pensyarah yang menyenangkan dan banyak membantu student dia. Untuk subjek ni, belajar tentang pengurusan tenaga kerja yang sistematik dalam sesebuah organisasi. Macam mana perancangan tenaga kerja, proses pengambilan pekerja baru, orientasi dan latihan, perkembangan kerjaya, penilaian prestasi, pengurusan pampasan (gaji), kesihatan dan keselamatan pekerja serta pengurusan sumber manusia dalam sektor awam. Untuk subjek ni, teha ingat lagi setiap pelajar kena buat individual presentation mengenai apa-apa isu terkini masa tu. Setiap kali subjek tu, pensyarah akan panggil nama pelajar dia secara random, pastu haaa buatlah speech kat depan tu hahaha. Dengan syarat, setiap speech kita tu kena ada bukti/rujukan yang betul (contohnya dari keratan akhbar, petikan daripada ucapan menteri ke, etc..). Dan untuk tugasan kumpulan pula, kena pilih satu isu yang sering terjadi dalam sesuatu organisasi. Kumpulan teha masa tu pilih isu gangguan seksual dalam organisasi.
  • BIU2032 - English Proficiency 3. Macam biasa, untuk english ni taktahu nak explain apa hahaha. Yang teha ingat ada tugasan kumpulan perlu debate dengan kumpulan yang lain. Sebabkan taktahu nak explain apa untuk english ni, kita letak gambar dengan pensyarah yang ajar teha untuk english proficiency 3 ni hehe.

Okay itu sahaja setakat ni. InshaAllah, lain hari teha sambung untuk semester 4 pula ya.

Dikesempatan ini, teha nak selit sikit. Mohon doakan, semoga teha, kedua ibu bapa teha serta keluarga teha diberikan nikmat kesihatan, keafiatan, umur yang panjang dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan mendapat keluasan rezeki Allah. Aamiin. 
Semoga doa ni berbalik kepada anda yang mendoakan teha dan keluarga. InshaAllah :)

Terima kasih.

Nak baca semester lain punya, boleh klik link di bawah ini:


Wednesday, March 11, 2020

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) AE14 - Semester 2

Assalamualaikum w.b.t.

Hai, kali ni teha nak sambung untuk courses yang teha ambil masa semester 2. 
Harap maklum, mungkin syllabus untuk setiap subjek dah berlainan pada masa akan datang.
Dan setiap pelajar mungkin pada semester tertentu, subjek yang mereka ambil juga mungkin tak sama dengan rakan-rakan kelas yang lain. Sebab ada beberapa courses yang ada pra-syarat tertentu sebelum kita register untuk semester tu. Contoh, kita kena lulus subjek Akaun dulu (masa semester 1), baru boleh ambil subjek Kewangan (masa semester 2).
Yang penting, nasihat teha untuk adik-adik sekalian seeloknya ikut lah courses guideline yang fakulti dah tetapkan setiap semester. Supaya tak ada masalah dikemudian hari okay? Faham? 
Teha cerita mana yang teha ingat untuk semester 2 ni.

Courses for Bachelor of Business Administration (Financial Services) - Semester 2

  1. BIU2022 English Proficiency 2
  2. CSP2071 Olahraga
  3. HNH2012 TITAS
  4. HNS2012 Hubungan Etnik
  5. PET3023 Microeconomic
  6. PPB3063 Business Statistics
  7. PPM3023 Marketing
  8. PPB3163 Business Elements

  • BIU2022 English Proficiency 2. Subjek ni kena lulus dulu English Proficiency 1. Biasanya untuk subjek English, dalam satu-satu kelas tu memang akan campur dengan pelajar-pelajar dari bidang lain. Dan selalunya, kita boleh pilih nak kelas mana satu ikut kesesuaian jadual kelas kita yang lain. Kalau boleh, jangan lah pilih sebab nak sama kelas juga dengan kawan-kawan kelas kita yang lain. Tapi pilih lah mengikut kesesuaian jadual kita. Jangan semata-mata nak sama dengan classmate yang lain, korang yang terbeban sebab jadual terlalu pack dalam sehari. Kalau tak faham apa yang teha cakap ni tak apa. Nanti dah masuk UPSI, korang tahu lah sebab apa. Sebab jadual selalunya bertindih dengan subjek lain. Hahaha. 
  • CSP2071 Olahraga. Ni subjek kokurikulum. Masa batch teha dulu, wajib ambil olahraga ni tak kisah sama ada bidang pendidikan ataupun tidak. Tapi tak pasti untuk junior akan datang. Rasanya dah boleh pilih lain. Olahraga ni macam biasalah, ada lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, acara larian dan lain-lain aktiviti olahraga lah senang ceritanya.
  • HNH2012 TITAS. Ini subjek universiti yang semua wajib ambil. TITAS ni singkatan untuk Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Lebih kurang macam sejarah juga lah. Belajar tentang konsep ketamadunan, istilah tamadun, tamadun Islam, tamadun India, tamadun China, tamadun Malaysia. Masa teha ambil subjek ni, kami diberi tugasan individu untuk pilih tajuk yang berkaitan tamadun. Tajuk ni kena ada unsur-unsur simbolik atau merujuk kepada tamadun, yang sehingga sekarang masih diguna pakai atau menjadi adat lah dalam kata mudahnya. Sebab tamadun kan menjadi ikutan. Walaupun TITAS ni subjek universiti, tapi pada teha agak mencabar jugalah. Yelah, fikir tajuk tugasan je masa tu pening kepala. Ada juga yang kena reject tajuknya. Tapi syukur, alhamdulillah tajuk teha approved. Yang penting apa-apa yang kita tak faham atau kurang jelas tentang tugasan, tanya je pensyarah. Masatu teha pilih tajuk "Tepak Sirih: Komunikasi Bukan Lisan Dalam Adat Perkahwinan Melayu". Haaa boleh kaitkan tak tajuk tugasan teha dengan kehendak yang pensyarah inginkan? Mestilah ada, sebab tepak sirih ni kan adat melayu. Sepanjang buat tugasan ni, teha rasa seronok tau. Sebab secara tak langsung dapat tahu simbolik disebalik tepak sirih ni. 
  • HNS2012 Hubungan Etnik. Masa teha ambil subjek ni, teha dapat pensyarah yang sangat strict. Nak pergi kelas pun berdebar-debar je rasa, dah kelas pagi hahaha. Okay, subjek hubungan etnik ni pun subjek universiti tau. Untuk subjek ni, banyak belajar mengenai etnik-etnik di Malaysia. Pada teha, seronok lah subjek ni. Dari sini, kita boleh tahu macam mana wujudnya pelbagai etnik di Malaysia ni. Antara yang teha ingat, belajar mengenai konsep-konsep yang digunakan dalam pendekatan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam pembinaan negara bangsa, dan banyak lagi. Masa teha dulu, kami diberi tugasan berkumpulan untuk buat satu presentation. Presentation tu mesti berkaitan dengan perpaduan kaum. Contohnya kita ambil pantun, sajak, iklan, poster, filem dan lain-lain, kemudian kita kena olah dan terangkan macam mana perkara-perkara tersebut boleh menyatu padukan rakyat Malaysia. Dan ahli kumpulan juga kena terdiri daripada berbilang bangsa, tak boleh satu bangsa saja ya. Masa tu, kumpulan teha ada melayu dan india. Kami olahkan mengenai filem Ola Bola. Kenapa filem tu ada unsur perpaduan dan sebagainya. Dan kemudian kami selitkan deklamasi sajak di akhir presentation. First time teha bersajak tau masa tu haha.
  • PET3023 Microeconomic. Okay untuk subjek ni, banyak belajar mengenai teori dan aplikasi consumer and producer behaviour, production and cost, market structure, determination of input price and general. Kalau untuk yang pernah belajar ekonomi masa sekolah menengah dulu, mungkin mudah lah sikit bagi mereka. Tapi untuk teha yang tak ada basic ekonomi ni, struggle lah sikit untuk faham economic terms macam demand, supply, pastu ada graf semua tu. Tapi apa pun, lain orang lain kefahaman kan. Ni berdasarkan pengalaman teha lah ya. Yang penting usaha. InshaAllah boleh :)
  • PPB3063 Business Statistics. Ni salah satu subjek favourite teha masa semester 2. Subjek ni meliputi konsep-konsep asas statistik, sususan data, taburan kekerapan (frequency distributions), jadual dan graf, measures central tendency, measures of variation, basic probability theory, set theory, time series and index numbers dan banyak lagi. Basically, subjek ni more to calculation. Untuk subjek ni, pelajar akan diajar kaedah menggunakan SPSS software untuk analisa statistik. Jadi kita kena install lah software tu nanti. Subjek ni pada teha penting. Sebab apa penting, sebab untuk kegunaan semester akan datang lebih-lebih lagi untuk subjek-subjek lain yang memerlukan kita untuk pengiraan data soal selidik dan proses pengutipan data, dan kaedah-kaedah analisa statistik. Dah nama pun statistik kan, jadi tugasan yang diberi pun berkaitan lah. Teha kena pilih satu kajian dikalangan student. Masa tu, kumpulan teha buat kajian mengenai online shopping dikalangan pelajar upsi. Kena buat borang soal selidik dan edarkan pada 300 orang pelajar. Tak mudah tapi proses pembelajarannya seronok bagi teha. 
  • PPM3023 Marketing. Yang ini pun antara subjek favourite. Subjek ni lebih kepada theory, so banyak membaca lah. Teha belajar asas dalam pemasaran dari segi konsep utama, kaedah analisis, strategi dan taktik dalam pemasaran. Selain itu, termasuk juga konsep-konsep kritikal dalam menguruskan hubungan pelangaan yang mendatangkan keuntungan dalam syarikat. Macam-macam mana penetapan harga, persaingan dengan pesaing dan sebagainya. Untuk tugasan, macam biasa ada tugasan bertulis dan juga presentation. Masa teha, kami perlu pilih tiga company (company tersebut mestilah dalam sektor/bidang yang sama), kemudian kena terangkan strategi pemasarannya, SWOT analysis dan sebagainya. Kumpulan teha masa tu pilih company Guardian, Watson dan Caring Pharmacy.
  • PPB3163 Business Elements. Okay yang ini pun antara subjek favourite. Rezeki teha dapat pensyarah yang sangat sempoi dan fun waktu tu. Untuk subjek ni belajar tentang isu membuka perniagaan, penyusunan dan pengurusan perniagaan, cara menguruskan individu dalam organisasi, pengurusan pengeluaran dan pengurusan pemasaran, isu-isu dalam perniagaan dan cabaran-cabaran dalam perniaagaan. 

Done untuk semester 2!
Itulah sedikit info yang teha dapat kongsikan subjek yang teha ambil untuk semester 2. Semoga bermanfaat untuk yang membaca. Kalau ada apa-apa yang nak tanya teha, boleh komen di entry ni, atau segan nak komen, email je personal pada teha pun boleh. InshaAllah, teha balas :)
Boleh email teha kat >> SINI << ok.

Last sekali, teha share sikit gambar masa semester 2 hehe. Zaman muda-mudi.

Ahli kumpulan teha untuk subjek Hubungan Etnik. Masa ni baru lepas buat presentation tu. Ada lagi dua orang sebenarnya, diaorang dah balik awal ada hal haha.


Ni pulak gambar masa kelas terakhir Olahraga, bersama dengan instruktor kelas. Kelas masa ni campur tau. Campur dengan course lain juga.


Teha dan ahli kumpulan bersama dengan pensyarah kami (Dr Wan Salmuni) untuk subjek Business Statistics. Masa ni tak silap last discussion and presentation untuk tugasan berkumpulan tu sebelum final submission.

Okay itu sahaja setakat ni. InshaAllah, lain hari teha sambung untuk semester 3 pula ya.
Terima kasih.

Nak baca semester lain punya, boleh klik link di bawah ini:


Saturday, February 22, 2020

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) AE14 - Semester 1

Assalamualaikum w.b.t.

Hai semua. First of all, teha nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca entry teha yang lepas mengenai course AE14 ni. Seperti yang dijanjikan, teha akan ceritakan serba sedikit mengenai course ni ikut semester. Teha panggil AE14 jelah ya, senang panggil code course je pendek. Hehe.

Okay teha habis belajar 2019 ya. Jadi pertama sekali, teha nak bagitahu mungkin ada penambahbaikan dari segi subjek dan silibus untuk setiap subjek ya. Sebab teha dan classmate yang lain bagi AE14 ni adalah First Batch yang ambil course ni. Jadi, kami lah yang mula-mula belajar pasal certain subject yang memang khusus untuk course ni. Bayangkanlah, kami tak ada senior course untuk refer bila taktahu pasal subjek tertentu. Soalan past year pun tak ada tau. The struggle is real ! :')
Alhamdulillah, dah konvo dah pun batch teha. Hehe. Yang bestnya, semua boleh refer pensyarah je.
Untung tau ambilan yang baru lepas ni, kalian boleh jugak rujuk senior (saya lah tu). Hehe.

Teha mungkin akan combine entry untuk certain semester kot. Mungkinlahhh. Sebab total semester untuk course ni adalah 8 semester. Kita tengok dulu macam mana okay. Semoga mood rajin semakin bertambah!

Haritu ada dapat komen, tanya subjek-subjek yang diajar dalam course ni nanti dalam Bahasa Melayu atau English. Okay, untuk kursus-kursus universiti, kebanyakkannya diajar dalam Bahasa Melayu. Biasanya yang akan di ambil masa semester 1 dan 2 sahaja. Melainkan ada international student (pelajar dari luar negara) dalam kelas, pensyarah memang akan ajar dalam English ya. Untuk lain-lain kursus teras fakulti dan major, sejujurnya semua dalam English ya. Okay faham ya? Tak faham tanya je teha okay :)

Untuk semester 1, teha ambil 7 subjek. Kat sini, teha nak inform awal-awal. Sebabkan teha dulu lepasan diploma sebelum sambung degree di UPSI, jadi ada beberapa subjek yang teha dapat transfer credit (pengecualian kredit). Maknanya, teha tak ambil dah subjek tu sebab dapat pengecualian. Untuk mana-mana lepasan diploma yang sambung degree dalam bidang yang sama/berkaitan, kalian boleh mohon untuk pengecualian kredit ya. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk ke fakulti nanti. Kalau nak tanya teha pun boleh, nanti teha tolong jawab mana yang teha tahu ye. Anything email okay. Nanti last sekali teha letak email okay.

Courses for Bachelor of Business Administration (Financial Services) - Semester 1
  1. BMW3032 - Wacana Akademik Bahasa Melayu
  2. HNP2012 - Pengajian Kenegaraan
  3. PPB3173 - Management
  4. PPB3053 - Business Mathematics
  5. PPI3012 - Enculturation of Entreprenuership
  6. BIU2012 - English Proficiency 1
  7. Kokurikulum
  8. PAF3113 - Business Accounting (teha dapat transfer credit)

Based on the above courses, teha hanya dapat cerita dari nombor 1 sampai 7 sahaja ya. Untuk Business Accounting tu, teha tak ambil sebab dapat transfer credit. Tapi tengok nama subjek pun dah boleh tahu belajar pasal apa kan. Mestilah akaun.

  • BMW3032 - Wacana Akademik Bahasa Melayu. Untuk subjek ni, diajar dalam Bahasa Melayu. Sebab subjek ni adalah kursus universiti yang semua Courses wajib ambil. Tak kisah lah ambil degree apa pun kat UPSI tu nanti, subjek ni wajib ambil. Subjek ni kita akan belajar cara-cara macam mana kita nak buat citation yang betul, kajian lapangan and so on. Sebab tu subjek ni kena ambil masa sem 1 lagi. Penting ya sebab kalau dalam kelas ni kalian tak pay attention, rugilah. Semua assigment nanti perlukan citation yang betul, ikut format APA apa semua. Haaa, masa ni lah kita diajar. Bukan main copy paste sebiji dari google, jurnal dan buku ya. Salah tu, plagiat namanya. Kalau dah sem akhir masih taktahu format APA, buat references pun tak betul lagi. Haihhhh entahlah nakkk. Jangan susahkan kawan-kawan lain ya bila bab assignment ni.
  • HNP2012 - Pengajian Kenegaraan. Subjek ni pun diajar dalam Bahasa Melayu. Belajar mengenai sejarah Malaysia. Masa teha ambil subjek ni, pensyarah akan bagi satu sub-topik yang kita perlu bentangkan dalam kelas. Macam biasa, group presentation.
  • PPB3173 - Management. Untuk subjek ni fokus kepada pengurusan organisasi. Kita belajar prinsip pengurusan yang diaplikasikan secara umum kepada semua bentuk organisasi. Tak kiralah organisasi tu kecil, sederhana atau besar. Macam mana keputusan dibuat dalam sesuatu organisasi tu, cara kepimpinan organisasi dan kawalan serta konsep terkini dalam pengurusan. Lepastu, ada juga diberi tugasan untuk lakukan aktiviti CSR. Masa tu ahli kumpulan teha pilih tadika. Kami buat beberapa aktiviti di tadika tu, hiburkan kanak-kanak kat sana, tolong kemas mana yang patut. Buat report dan presentation.
  • PPB3053 - Business Mathematics. Nampak dah kan tulis matematik tu, mestilah subjek calculation. Belajar pasal algebra dan calculus. Topik-topik yang merangkumi linear function, quadratic function, matrices, differentition dan integration. Lepastu ada jugak silibus mengenai problem solving technique yang berkaitan dengan pengurusan dan ekonomi. All about calculation lah senang ceritanya. 
  • PPI3012 - Enculturation of Entreprenuership. Ni pula subjek Budaya Keusahawanan. Subjek ni seronok lah bagi teha tapi mencabar juga. Masa teha ambil subjek ni, setiap orang akan dibahagikan dalam satu kumpulan dan setiap kumpulan perlu interview mana-mana perusahaan/industri kecil & sederhana. Pergilah kedai perusahaan tu, tengok macam mana perniagaan dia. Apa kekuatan, kekurangan, peluang dan cabaran/ancaman bagi perusahaan tu. Buat report dan presentation. Selain dari tugasan tu, teha kena jual barang yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Masa batch teha, kami kena jual minyak gamat. Hahaha. Bayangkan macam mana kita nak promosikan minyak gamat pada orang. Kena buat report ceritakan apa strategi marketing kita.
  • BIU2012 - English Proficiency 1. Subjek ni mestilah belajar english kan. Nak cerita apa lagi haha.
  • Kokurikulum. Okay untuk koku, biasa yang orang fikir mesti boleh pilih mana-mana je kan. Tapi tak masa batch teha. Kami wajib ambil CMP2011 - Pengurusan Kokurikulum masa tu. Tak pasti untuk sekarang ni wajib lagi ke tidak. Rasa macam dah boleh buat pilihan kot, sebab last time tanya junior dia orang bebas dah nak pilih apa pun. Sebab kalau ambil Pengurusan Koku ni, sesuai untuk pelajar yang ambil bidang pendidikan. 

Fuhhh rasa panjang pula entry kali ni. Hehehe. Sorry ya kalau terpanjang sangat, tapi rasa macam nak share lebih lagi sebenarnya. Terima kasih yang sudi baca. Bawah ni teha share gambar-gambar yang ada waktu semester 1. Mengimbau kenangan.


Semasa Seminar Wacana Akademik Bahasa Melayu. Masa ni gabung sekali dengan course lain juga. Tak silap masa ni dengan student dari course Muzik and Pendidikan Jasmani. 


Semasa kelas Pengurusan Kokurikulum. Masa ni kami kena organize pertandingan bola jaring dan pertandingan koir.


Itu sahaja untuk entry kali ni. Terima kasih pada yang sudi baca. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya untuk mana adik-adik/rakan-rakan yang nak buat rujukan dan sebagainya. Kalau ada mana-mana informasi yang salah teha minta maaf ya. InshaAllah, ada rezeki teha sambung untuk semester 2 pula ya. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di entry ni atau nak tanya personal boleh email teha dekat SINI. InshaAllah teha akan balas :)

Untuk semester 2, boleh tengok link bawah ni:


Monday, February 17, 2020

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 4)

Assalamualaikum.
Terima kasih pada yang sudi baca blog ni terutama sekali untuk entry diploma pengurusan dan teknologi pejabat.  Tak sangka sebenarnya entry-entry yang sebelum ni dapat sambutan.  Maaf juga sebab dah lama update.  Entry kali ni tiqa cerita pasal semester 4  pula.  Tapi, awal-awal tiqa nak minta maaf sebab ada subjek yang tiqa tak berapa nak ingat content nya apa. Hehehe.  Sebab dah lama tinggalkan zaman diploma ni.

Nak tahu berapa lama dah tinggalkan zaman belajar?
2013 - 2015 diploma
2016 - 2018 degree
Memang dah lama sangat dan for sure banyak yang berubah terutamanya syllabus dan courses.  Tiqa share ni untuk rujukan dan pengalaman zaman tiqa ye.  Harap bermanfaat dan berguna serba sedikit.

Courses for Diploma in Office Management and Technology (Part 4)

  1. BEL 312  -  English for Occupational
  2. BMD 151  -  Mandarin Language II
  3. COM 165  -  Public Speaking
  4. ECO 120  -  Principles of Economics
  5. OMT 255  -  Office Software
  6. OMT 290  -  Organizing Events
  7. OMT 360  -  Behavior in Organizations


  • BEL 312 ni english.  Setiap semester ada course english cuma berbeza dari segi content lah.  English course untuk semester 4 ni paaaaaaling mencabar bagi tiqa.  Tak boleh lupa sebab tiqa dapat lecturer yang saaaaaaangat garang ! Hahaha.  Tiqa masih ingat lagi, kita orang satu kelas kena pecah kepada beberapa group, dan setiap group tu kena represent big company yang cecah profit more than berapa billion entah tak ingat.  Waktu tu group tiqa pilih Sime Darby, dan setiap orang kena cari satu produk yang ada dalam company tu untuk di perbaharui, kena present.  Lepastu ada assessment kena buat mock meeting.  Assessment yang lain-lain tak ingat.  Time tu menangis juga lah mungkin sebab kami dapat lecturer yang garang.
  • BMD 151 ni third language iaitu Mandarin.  Untuk kita orang, memang wajib ambil mandarin sebagai third language.  Macam biasa, assessment dia writing, reading dan oral.  Lepastu ada assessment kena berlakon dan buat video in a group dalam bahasa mandarin.
  • COM 165 ni public speaking.  One of my favourite sebab kita kena buat public speaking.  Memang lah nervous, tapi dari situ boleh practice kita punya delivery skills dan english kita.  Tak silap tiqa ada 3 assessment rasanya.  Setiap assessment ada tema, contoh tema travel / tourist guide.  Time tu tiqa jadi tourist guide untuk Saudi, so present as tourist guide terangkan lah tempat-tempat menarik yang ada dekat sana.  Ikut lah creativity korang nak guna prop ke, presentation slides ke, video ke, tak kisah lah apa-apa pun.  Macam mana nak susun content, macam mana cara semua kita orang belajar dalam course ni.  Memang best !
  • ECO 120 ni economy pun my favourite.  Dapat pula lecturer yang best, penerangan semua tip top.  Yang penting, kena faham konsep lepastu banyak buat latihan terutamanya past years questions.  Kalau tak faham tu, terus tanya lecturer.
  • OMT 255 ni office software.  Best walaupun pening sikit nak buat.  Kita kena cipta website kita sendiri, lepastu publish.  Nak buat ni kena banyak-banyak bersabar sebab yelah benda-benda yang melibatkan software ni memang rumit.  Pada pandangan tiqa, benda ni seronok dan sentiasa anggap benda ni best sebab kita kan belajar sesuatu yang baru.  
  • OMT 290 ni organizing events.  Pada tiqa, semester ni paling tough sekali sebab kena organize event.  Masa ni memang kena kuat dari segi mental.  Untuk organize event ni, kita orang gabung dua group (kelas) lain.  Tiqa kelas A, gabung dengan kelas B.  Penasihat mestilah lecturer kita, lepastu setiap orang ditugaskan dengan biro atau jawatan.  Event kita orang yang paling meletop sekali sebab kita orang punya event ni ala-ala karnival yang bernama Gegau Fest.  Kalau nak tengok, boleh KLIK SINI untuk tahu lebih banyak pasal event kita orang.  Happy dan puas hati sangat-sangat walaupun penat.
  • OMT 360 ni behavior in organizations.  Course ni banyak membaca dan ada grouping assigment yang melibatkan tugas luar.  Kita cari mana-mana company atau jabatan dan tanya soalan-soalan yang berkaitan dengan behavior in organizations.  Tak silap tiqa, waktu ni kita orang pergi Pejabat Polis Daerah Rembau.
Rasa macam panjang pula entry kali ni.  Hehehe.  Sorry okay kalau terpanjang sangat, tapi rasa macam banyak lagi nak taip sebenarnya.  Terima kasih yang sudi baca.  Bawah ni tiqa share gambar-gambar mana yang ada waktu semester 4.  


Poster event kami.

Weekly meeting untuk event.  Tiqa adalah biro program / aturcara.  Semua perempuan je biro tiqa.  Kita orang lah yang pecah kepala fikir aktiviti-aktiviti sepanjang event tu.

Hari kedua event kami.  Oh ya, lupa nak bagi tahu yang event kita orang ni berlangsung dua hari sebab festival kan takkan sehari je.  Hehehe.

 Tema event kami merah.  So waktu hari pertama event tu, kami pakai tshirt yang ditempah untuk semua ahli.  Yang lain-lain macam tag dan button badge semua tu semua team kami juga yang buat.  Sempat lah bergambar dengan artis jemputan untuk event kami, Kaka Azraff dan Encik Mimpi.  Meletop kan event kami?  Hehehehe.

Hari kedua iaitu last day event kami.  Nak buat event ni mesti kena ada modal, lepastu mesti ada pulangan modal tu.  Alhamdulillah memang berbaloi dengan penat lelah kami semua dapat pulangan yang memang tak dijangka.

Itu sahaja untuk entry kali ni.  Terima kasih pada yang sudi baca.  Ada apa-apa pertanyaan boleh email tiqa DEKAT SINI inshaAllah tiqa akan balas sebab ramai je yang email tiqa tanya pasal diploma ni, semua tiqa reply.  Sorry pada yang tiqa tak reply comment dekat dalam blog.  Huhuhu dah lama sangat tak on blog.

Nak baca semester yang lain-lain boleh klik link bawah ni

SEMESTER 1  |  SEMESTER 2  |  SEMESTER 3  |  SEMESTER 5