welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Saturday, February 22, 2020

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) AE14 - Semester 1

Assalamualaikum w.b.t.

Hai semua. First of all, teha nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca entry teha yang lepas mengenai course AE14 ni. Seperti yang dijanjikan, teha akan ceritakan serba sedikit mengenai course ni ikut semester. Teha panggil AE14 jelah ya, senang panggil code course je pendek. Hehe.

Okay teha habis belajar 2019 ya. Jadi pertama sekali, teha nak bagitahu mungkin ada penambahbaikan dari segi subjek dan silibus untuk setiap subjek ya. Sebab teha dan classmate yang lain bagi AE14 ni adalah First Batch yang ambil course ni. Jadi, kami lah yang mula-mula belajar pasal certain subject yang memang khusus untuk course ni. Bayangkanlah, kami tak ada senior course untuk refer bila taktahu pasal subjek tertentu. Soalan past year pun tak ada tau. The struggle is real ! :')
Alhamdulillah, dah konvo dah pun batch teha. Hehe. Yang bestnya, semua boleh refer pensyarah je.
Untung tau ambilan yang baru lepas ni, kalian boleh jugak rujuk senior (saya lah tu). Hehe.

Teha mungkin akan combine entry untuk certain semester kot. Mungkinlahhh. Sebab total semester untuk course ni adalah 8 semester. Kita tengok dulu macam mana okay. Semoga mood rajin semakin bertambah!

Haritu ada dapat komen, tanya subjek-subjek yang diajar dalam course ni nanti dalam Bahasa Melayu atau English. Okay, untuk kursus-kursus universiti, kebanyakkannya diajar dalam Bahasa Melayu. Biasanya yang akan di ambil masa semester 1 dan 2 sahaja. Melainkan ada international student (pelajar dari luar negara) dalam kelas, pensyarah memang akan ajar dalam English ya. Untuk lain-lain kursus teras fakulti dan major, sejujurnya semua dalam English ya. Okay faham ya? Tak faham tanya je teha okay :)

Untuk semester 1, teha ambil 7 subjek. Kat sini, teha nak inform awal-awal. Sebabkan teha dulu lepasan diploma sebelum sambung degree di UPSI, jadi ada beberapa subjek yang teha dapat transfer credit (pengecualian kredit). Maknanya, teha tak ambil dah subjek tu sebab dapat pengecualian. Untuk mana-mana lepasan diploma yang sambung degree dalam bidang yang sama/berkaitan, kalian boleh mohon untuk pengecualian kredit ya. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk ke fakulti nanti. Kalau nak tanya teha pun boleh, nanti teha tolong jawab mana yang teha tahu ye. Anything email okay. Nanti last sekali teha letak email okay.

Courses for Bachelor of Business Administration (Financial Services) - Semester 1
  1. BMW3032 - Wacana Akademik Bahasa Melayu
  2. HNP2012 - Pengajian Kenegaraan
  3. PPB3173 - Management
  4. PPB3053 - Business Mathematics
  5. PPI3012 - Enculturation of Entreprenuership
  6. BIU2012 - English Proficiency 1
  7. Kokurikulum
  8. PAF3113 - Business Accounting (teha dapat transfer credit)

Based on the above courses, teha hanya dapat cerita dari nombor 1 sampai 7 sahaja ya. Untuk Business Accounting tu, teha tak ambil sebab dapat transfer credit. Tapi tengok nama subjek pun dah boleh tahu belajar pasal apa kan. Mestilah akaun.

  • BMW3032 - Wacana Akademik Bahasa Melayu. Untuk subjek ni, diajar dalam Bahasa Melayu. Sebab subjek ni adalah kursus universiti yang semua Courses wajib ambil. Tak kisah lah ambil degree apa pun kat UPSI tu nanti, subjek ni wajib ambil. Subjek ni kita akan belajar cara-cara macam mana kita nak buat citation yang betul, kajian lapangan and so on. Sebab tu subjek ni kena ambil masa sem 1 lagi. Penting ya sebab kalau dalam kelas ni kalian tak pay attention, rugilah. Semua assigment nanti perlukan citation yang betul, ikut format APA apa semua. Haaa, masa ni lah kita diajar. Bukan main copy paste sebiji dari google, jurnal dan buku ya. Salah tu, plagiat namanya. Kalau dah sem akhir masih taktahu format APA, buat references pun tak betul lagi. Haihhhh entahlah nakkk. Jangan susahkan kawan-kawan lain ya bila bab assignment ni.
  • HNP2012 - Pengajian Kenegaraan. Subjek ni pun diajar dalam Bahasa Melayu. Belajar mengenai sejarah Malaysia. Masa teha ambil subjek ni, pensyarah akan bagi satu sub-topik yang kita perlu bentangkan dalam kelas. Macam biasa, group presentation.
  • PPB3173 - Management. Untuk subjek ni fokus kepada pengurusan organisasi. Kita belajar prinsip pengurusan yang diaplikasikan secara umum kepada semua bentuk organisasi. Tak kiralah organisasi tu kecil, sederhana atau besar. Macam mana keputusan dibuat dalam sesuatu organisasi tu, cara kepimpinan organisasi dan kawalan serta konsep terkini dalam pengurusan. Lepastu, ada juga diberi tugasan untuk lakukan aktiviti CSR. Masa tu ahli kumpulan teha pilih tadika. Kami buat beberapa aktiviti di tadika tu, hiburkan kanak-kanak kat sana, tolong kemas mana yang patut. Buat report dan presentation.
  • PPB3053 - Business Mathematics. Nampak dah kan tulis matematik tu, mestilah subjek calculation. Belajar pasal algebra dan calculus. Topik-topik yang merangkumi linear function, quadratic function, matrices, differentition dan integration. Lepastu ada jugak silibus mengenai problem solving technique yang berkaitan dengan pengurusan dan ekonomi. All about calculation lah senang ceritanya. 
  • PPI3012 - Enculturation of Entreprenuership. Ni pula subjek Budaya Keusahawanan. Subjek ni seronok lah bagi teha tapi mencabar juga. Masa teha ambil subjek ni, setiap orang akan dibahagikan dalam satu kumpulan dan setiap kumpulan perlu interview mana-mana perusahaan/industri kecil & sederhana. Pergilah kedai perusahaan tu, tengok macam mana perniagaan dia. Apa kekuatan, kekurangan, peluang dan cabaran/ancaman bagi perusahaan tu. Buat report dan presentation. Selain dari tugasan tu, teha kena jual barang yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Masa batch teha, kami kena jual minyak gamat. Hahaha. Bayangkan macam mana kita nak promosikan minyak gamat pada orang. Kena buat report ceritakan apa strategi marketing kita.
  • BIU2012 - English Proficiency 1. Subjek ni mestilah belajar english kan. Nak cerita apa lagi haha.
  • Kokurikulum. Okay untuk koku, biasa yang orang fikir mesti boleh pilih mana-mana je kan. Tapi tak masa batch teha. Kami wajib ambil CMP2011 - Pengurusan Kokurikulum masa tu. Tak pasti untuk sekarang ni wajib lagi ke tidak. Rasa macam dah boleh buat pilihan kot, sebab last time tanya junior dia orang bebas dah nak pilih apa pun. Sebab kalau ambil Pengurusan Koku ni, sesuai untuk pelajar yang ambil bidang pendidikan. 

Fuhhh rasa panjang pula entry kali ni. Hehehe. Sorry ya kalau terpanjang sangat, tapi rasa macam nak share lebih lagi sebenarnya. Terima kasih yang sudi baca. Bawah ni teha share gambar-gambar yang ada waktu semester 1. Mengimbau kenangan.


Semasa Seminar Wacana Akademik Bahasa Melayu. Masa ni gabung sekali dengan course lain juga. Tak silap masa ni dengan student dari course Muzik and Pendidikan Jasmani. 


Semasa kelas Pengurusan Kokurikulum. Masa ni kami kena organize pertandingan bola jaring dan pertandingan koir.


Itu sahaja untuk entry kali ni. Terima kasih pada yang sudi baca. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya untuk mana adik-adik/rakan-rakan yang nak buat rujukan dan sebagainya. Kalau ada mana-mana informasi yang salah teha minta maaf ya. InshaAllah, ada rezeki teha sambung untuk semester 2 pula ya. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di entry ni atau nak tanya personal boleh email teha dekat SINI. InshaAllah teha akan balas :)

Untuk semester 2, boleh tengok link bawah ni:


10 comments:

  1. Boleh x senaraikan semua subjek2 yg perlu diambil dari semester 1 sampai semester akhir ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, nanti akan update post untuk semester yang lain ya :)

      Delete
  2. Assalamualaikum kak . yg business mathematics tu , susah tak nk score ? Lelagi kalu yg math dia lemah . terima kasih !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. InshaAllah boleh. Dengan usaha dan tawakkal :)

      Delete
  3. salam kak macamana nak mohon degree pendidikan upsi, kalau saya diploma d uitm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf, tak pasti. Sebab akak tak ambil pendidikan di UPSI. Boleh check syarat kemasukan di website UPSI.

      Delete
  4. salam kak saya nk tanya knp yuran course ni plg mahal dkt upsi 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mahal sebab ada subjek (Module) yang berdaftar dengan Malaysian Financial Planning Council

      Delete
  5. Asslamualaikum kak saya nak tanya management, math, dengan Enculturation of Entreprenuership belajar in english atau melayu

    ReplyDelete

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)