welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Thursday, November 29, 2012

Tak untung, tak rugi

Hai blogger sekalian. Lambai tangan sikit. Ehem, sedar tak sedar. Sekejap betul masa berlalu. Ayat biasa yang didengar, masa mencemburui kita. Apa yang masa cemburu dengan kita pun tak tau lah. Ehh ? Kau ni memang kuat merepek. 

Untuk adik-adik sekalian. *Ehem* Tak ada adik pun sebenarnya. Ahh, untuk batch'95 yang dah meninggalkan sekolah. Tahniah ye korang. Enjoy your new life. Bagi sesiapa yang dapat PLKN, jangan bersedih. Disebalik kesedihan, ada kegembiraan. Percayalah. *Pheuww, bermadah pulak.

Diam tak diam. Abang-abang, kakak-kakak nak balik ke kampus masing-masing. *Ehem* Kita ada seorang abang je, dua orang kakak. Tapi semua dah habis belajar. Dah bekerja. Dah berkahwin. So, ayat yang tadi tu untuk para senior dan untuk kitorang lah kot ? Ehh

Apa kena mengena pulak tak untung, tak rugi ? Entah, aku pun tak tahu. -.- Kebosanan melanda, beginilah jadinya. Hmm, sedihnya. Nak balik kampus dah. Rindu semua, semua, semua yang ada. Haishh, yakin diri. Kau tabah, aku tabah. Ada cuti kita balik. Kita meroyan sama-sama. *Tetiba.

 Aku comel

 Dia ayu

Blog ni, aku bukan nak ambil alih. Si kembar tetap si kembar. Bila dah bergabung nanti pasti ada cerita yang kebaboom. Hmm, kebaboom lah sangat. Nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimah, anak dan pelajar. Harap maklum, tanggungjawab seorang pelajar, maknanya masa untuk berblogging memang tiada. Eh, bukan tiada langsung, cuma tiada masa. Ehh ? Acano tu. Hmm, entah lah. *Fikir sejenak.

Seorang di Terengganu, seorang lagi di Negeri Sembilan. Semoga semester ini berjalan dengan lancarnya. Bukannya semester lepas tak lancar, cuma berharap semester yang ini lebih lancar. Dengan semangat yang baru, Bismillahirrahmanirrahim. Semoga doa kalian mengiringi kami semua untuk menuntut ilmu. Terima kasih tak terhingga. 

Salah dan silap harap dimaafi. Kita cuma manusia biasa. Assalamualaikum.

Friday, November 23, 2012

Cuci mata di Terengganu

Beberapa hari yang lepas, berkesempatan lagi menjejakkan kaki di Terengganu. *cewah, ayat skema.
Tenang, memang tenang sangat dapat melihat ciptaan Allah. Cuci mata tak semestinya masa window shopping je. Tak semestinya tengok kakak-kakak yang cun, abang-abang yang kacak. Ehh ? -.-

 Pagi sesudah subuh, siap-siap nak pergi sarapan. Siapa yang siap awal, dia lah yang ikut. Yang kena tinggal tu, jangan nak jealous pulak. Cepuk jugak kang. Siapa suruh siap lambat ? Wuuuu :p



Subhanallah. Cantiknya ciptaan Allah. Rasa tenang sangat dapat tengok laut dan pantai ni. Indahnya rasa. Bukan selalu dapat tengok semua ni. Walaupun tak lama, tapi dapat lapangkan minda, tenangkan hati, tenteramkan jiwa. Fuhh, dah macam ayat dalam drama pulak. -.-

Gambar tu semua waktu pagi ye. Bukannya waktu senja. Hmm, best sangat kalau dapat ambil gambar sang mentari terbit. Ramai jurugambar disitu mengambil gambar sang mentari. Camera mereka semua hebat-hebat belaka. Rasa segan pulak nak men-joinkan diri bersama kalian. Tuan hamba punya camera comel sangat. *dah kenapa semua ayat lain macam je ni ? aduhhh -.-

Kali ni tak ada langsung wajah manusia di entri. Rasa bosan pulak asyik menempekkan wajah di sini. Ehh ? ;p Hmm, rasa macam cantik jugak gambar yang aku ambil ni kan. Tak ada edit-edit ni tau. Dah boleh jadi photographer ni. *cehh, masuk bakul angkat sendiri. tutup muka >.<

Sekadar mengisi masa terluang. Assalamualaikum.

Sunday, November 11, 2012

Yeay, impian tercapai !

Semua ada wish list, kitorang pun nak jugak. Jealous tau tengok orang ada wish list. Tahniah la pada sesiapa yang hasrat atau impian kalian tercapai. Tak kisah lah apa pun wish list korang. ;D 

Haaa ni nak habaq maii. Kitorang punya wish list tak ada lah sehebat korang. Tapi boleh dikira hebat jugak lah kot. Ehh ? -.-


Tuu diaaa, dia dah maii dah. Percaya atau tak, impian kitorang dah tercapai. Syukur alhamdulillah. Perasaan ni tak tau macam mana nak habaq lahh. Terharu segala bagai, sedih pun ada kot. Rasa macam nak mengalir air mata ni. Ehh, tetiba nak emosi. 


Alhamdulillah, semua dah tercapai. Dah selamat diijab kabul dalam perut. Ehh, yang iPhone tadi tu ? Hmmm, iSengaja letak gambar tu. iMinta maaf sebab dah mengaburi mata kalian. Memang gempak lah kalau kitorang dapat iPhone. Sorang satu pulak tu. Hamboihhhh ~ 

Terima kasih tak terhingga buat mak abah kerana mengikut kemahuan anak kembarmu ini. Mak abah tak kisah kalau bab makan makan ni. Abah pun nampak senang hati je tengok kitorang makan. :p Suka hati, suka hati yang penting kita happy ! :D

Wednesday, November 7, 2012

Friday, November 2, 2012

Twitter sangat penting !

Hai semua. Mari mari, hari ini kita nak sembang sembang pasal twitter yang hangat macam keropok lekor. Hehhh, tetiba sebut pasal keropok lekor. Lama tak makan. Siapa ada twitter kat sini ? Meh bagi link, nanti kita follow awak eh. Tapi kita tak ada twitter pun. Ehh ? Acano tu, tak ada twitter tapi nak follow. Haa, nampak tak permainannya di situ. *muka blur*

Haihh, orang kata twitter sekarang ni penting. Yeke penting ? Sila bagi secara terperinci apa kepentingan twitter ? Orang kata twitter ni sangat penting sekarang ni.

Friendster - Myspace - Facebook.

Itu turutan laman sosial yang kitorang ada. Tapi malangnya, sedihnya, Facebook je yang kitorang guna sekarang ni. Yang lagi dua tu dah lama kitorang tinggalkan. Tak dinafikan, laman sosial banyak kebaikan tapi tak kurang juga dengan keburukan. Hmm, faham faham sendiri lah kebaikan dan keburukannya. Kena pandai jaga dirilah bila dah masuk dalam benda benda macam ni kan. :)

Buka balik kotak memori. Suatu hari, tengah borak borak dengan kawan. Tiba tiba muncul topik handphone baru. Sebab masa tu ada kawan lain beli handphone baru. Oh lupa pulak nak bagi tahu, kawan tu beli handphone touch screen yang sangat popular masa kini. Faham faham jelah bila sebut masa kini tu. Kitorang ni guna handphone biasa biasa je.

Borak punya borak, tetiba masuk pasal twitter. Sorang kawan ni kata, "Nanti aku nak beli handphone macam ni jugak. Senang nak online.. bla bla bla. Sekarang ni twitter penting untuk student macam kita. Bila class cancel ke apa, orang bagi tahu kat twitter je. Senang kan."  Ehh ? Bila kawan cakap macam tu kan, macam haaa ?! Penting sangat ke ?? 

Haihh, entahlah. Senang kata, benda benda macam tu orang anggap penting. Mungkin jugak pentingkan. Ada jugak kawan kawan suggests suruh buat twitter. Katanya seronok. Kitorang tengok twitter macam ramai orang orang yang famous je. Macam segan pulak nak buat. Haihh, entahlah. Handphone kitorang tak canggih, boleh selalu tweet sana sini. HAHA. Tapi ada seorang sahabat baik ni kata, online guna laptop lagi best berbanding handphone. Bila senang senang barulah tweet katanya. :)


Tak apa lah, pandangan masing masing kan. Kalau rajin, kalau rasa nak buat, kitorang buat twitter. Tak dinafikan, ramai kawan kawan rapat dah beralih ke twitter. Facebook jadi sunyi sebab tak ada dia orang semua :'( 

Kitorang sekadar ingin meluah rasa, dan berkongsi. Maaf kalau ada yang terasa. Jujur, kitorang tak ada nak buat sesiapa terasa. Bagi yang ada twitter, selamat ber-tweet. HEHE. ;p

Panjang lebar entri kali ini,salah dan silap harap maklum. Sekian untuk kali ini, Assalamualaikum.