Hai semua. Mari mari, hari ini kita nak sembang sembang pasal twitter yang hangat macam keropok lekor. Hehhh, tetiba sebut pasal keropok lekor. Lama tak makan. Siapa ada twitter kat sini ? Meh bagi link, nanti kita follow awak eh. Tapi kita tak ada twitter pun. Ehh ? Acano tu, tak ada twitter tapi nak follow. Haa, nampak tak permainannya di situ. *muka blur*
Haihh, orang kata twitter sekarang ni penting. Yeke penting ? Sila bagi secara terperinci apa kepentingan twitter ? Orang kata twitter ni sangat penting sekarang ni.
Friendster - Myspace - Facebook.
Itu turutan laman sosial yang kitorang ada. Tapi malangnya, sedihnya, Facebook je yang kitorang guna sekarang ni. Yang lagi dua tu dah lama kitorang tinggalkan. Tak dinafikan, laman sosial banyak kebaikan tapi tak kurang juga dengan keburukan. Hmm, faham faham sendiri lah kebaikan dan keburukannya. Kena pandai jaga dirilah bila dah masuk dalam benda benda macam ni kan. :)
Buka balik kotak memori. Suatu hari, tengah borak borak dengan kawan. Tiba tiba muncul topik handphone baru. Sebab masa tu ada kawan lain beli handphone baru. Oh lupa pulak nak bagi tahu, kawan tu beli handphone touch screen yang sangat popular masa kini. Faham faham jelah bila sebut masa kini tu. Kitorang ni guna handphone biasa biasa je.
Borak punya borak, tetiba masuk pasal twitter. Sorang kawan ni kata, "Nanti aku nak beli handphone macam ni jugak. Senang nak online.. bla bla bla. Sekarang ni twitter penting untuk student macam kita. Bila class cancel ke apa, orang bagi tahu kat twitter je. Senang kan." Ehh ? Bila kawan cakap macam tu kan, macam haaa ?! Penting sangat ke ??
Haihh, entahlah. Senang kata, benda benda macam tu orang anggap penting. Mungkin jugak pentingkan. Ada jugak kawan kawan suggests suruh buat twitter. Katanya seronok. Kitorang tengok twitter macam ramai orang orang yang famous je. Macam segan pulak nak buat. Haihh, entahlah. Handphone kitorang tak canggih, boleh selalu tweet sana sini. HAHA. Tapi ada seorang sahabat baik ni kata, online guna laptop lagi best berbanding handphone. Bila senang senang barulah tweet katanya. :)
Tak apa lah, pandangan masing masing kan. Kalau rajin, kalau rasa nak buat, kitorang buat twitter. Tak dinafikan, ramai kawan kawan rapat dah beralih ke twitter. Facebook jadi sunyi sebab tak ada dia orang semua :'(
Kitorang sekadar ingin meluah rasa, dan berkongsi. Maaf kalau ada yang terasa. Jujur, kitorang tak ada nak buat sesiapa terasa. Bagi yang ada twitter, selamat ber-tweet. HEHE. ;p
Panjang lebar entri kali ini,salah dan silap harap maklum. Sekian untuk kali ini, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)