welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Friday, November 23, 2012

Cuci mata di Terengganu


Beberapa hari yang lepas, berkesempatan lagi menjejakkan kaki di Terengganu. *cewah, ayat skema.
Tenang, memang tenang sangat dapat melihat ciptaan Allah. Cuci mata tak semestinya masa window shopping je. Tak semestinya tengok kakak-kakak yang cun, abang-abang yang kacak. Ehh ? -.-

 Pagi sesudah subuh, siap-siap nak pergi sarapan. Siapa yang siap awal, dia lah yang ikut. Yang kena tinggal tu, jangan nak jealous pulak. Cepuk jugak kang. Siapa suruh siap lambat ? Wuuuu :p



Subhanallah. Cantiknya ciptaan Allah. Rasa tenang sangat dapat tengok laut dan pantai ni. Indahnya rasa. Bukan selalu dapat tengok semua ni. Walaupun tak lama, tapi dapat lapangkan minda, tenangkan hati, tenteramkan jiwa. Fuhh, dah macam ayat dalam drama pulak. -.-

Gambar tu semua waktu pagi ye. Bukannya waktu senja. Hmm, best sangat kalau dapat ambil gambar sang mentari terbit. Ramai jurugambar disitu mengambil gambar sang mentari. Camera mereka semua hebat-hebat belaka. Rasa segan pulak nak men-joinkan diri bersama kalian. Tuan hamba punya camera comel sangat. *dah kenapa semua ayat lain macam je ni ? aduhhh -.-

Kali ni tak ada langsung wajah manusia di entri. Rasa bosan pulak asyik menempekkan wajah di sini. Ehh ? ;p Hmm, rasa macam cantik jugak gambar yang aku ambil ni kan. Tak ada edit-edit ni tau. Dah boleh jadi photographer ni. *cehh, masuk bakul angkat sendiri. tutup muka >.<

Sekadar mengisi masa terluang. Assalamualaikum.


Thanks for reading . Lot's of love :)

0 budak comel:

 
Copyright@Semua kandungan blog ini adalah hak milik Si Kembar :)