welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Wednesday, December 4, 2019

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) di UPSI [AE14]

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Lama betul rasanya tak buka blog ni. Entah kenapa tiba-tiba hari ni terdetik hati ni nak buka. Lepastu, saja lah buka bahagian komen, sekali tengok lahhhhhhh. Banyak juga orang komen dekat post Atiqah pasal course Diploma dia dulu. Maaf sangat-sangat mana yang kami tak respon tu ya. InshaAllah, kalau ada kesempatan, ruang dan waktu yang diizinkan oleh-Nya, Atiqah akan update next post pasal course dia ya. Doakan ya! Happy dia dapat bantu walaupun sedikit je input kepada adik-adik yang nak sambung belajar tu :)

So, sekarang izinkan Fatehah (Teha) pula buat entri. Disebabkan blog ni kami masih share, so kita decide bila nak update guna nama masing-masing. Mana yang pembaca baru tu, jangan keliru pulak. Kami ni kembar. Sorang Fatehah dan sorang lagi Atiqah. Yang buat post ni Fatehah tau! Hahah. Kalau pening, abaikan jelah. Mana yang baik dan bermanfaat boleh diambil. Mana yang tidak, awal-awal nak minta maaf ye.

Alhamdulillah.
Teha dan Tiqa dua-dua dah tamatkan pengajian diploma dan degree.
Atiqah, diploma dan degree di UITM.
Fatehah pula diploma di UniSZA dan degree di UPSI.
Jadi tujuan Teha buat entry ni pun sebab tengok respon dan view untuk entri Atiqah yang pasal course dia tu agak memberangsangkan. Fuhh kemain ayat! Hahaha. 

Teha ingat nak cerita pasal course masa diploma di UniSZA dulu. Tapi macam dah terlalu lama. Yelah, Teha habis belajar 2013 di UniSZA. Sekarang dah 2019, berapa gap dah tuuuu. Memori pun dah berkarat, just ingat sikit-sikit je silibus apa yang belajar dulu. 
Jadi, Teha ingat nak share pasal course degree sepanjang Teha di UPSI.

Nak tak? 

Sementara masih ingat lagi sikit pasal course yang Teha ambil di UPSI.
Course apa? Haaa, baca tajuk entri tuu :)
Teha sebut code course je senang. AE14.

Course ni direka bentuk berdasarkan kolaborasi dengan pihak industri bagi membolehkan graduan memperoleh manfaat dari segi kecekapan, kemahiran dan kualiti cemerlang dalam bidang perkhidmatan kewangan. Course ini biasanya ambilannya terhad dan tak ramai.

Kalau ada yang nak...Teha share.
Kot ada yang dapat course ni di UPSI, dan nak tahu apa-apa, boleh tinggalkan komen okay.
Teha nak kumpulkan memori dulu pasal course yang Teha ambil ni hehe :)

Okay, belanja satu gambar masa orientasi. Hehe.

Semasa upacara bacaan ikrar di Dewan Besar UPSI atau sekarang dikenali dengan nama Dewan Tuanku Canselor UPSI. Teha duduk depan tau yang perempuan nombor 2 (ke kanan) selepas lelaki pakai tie. Hahah.

Okay, that's all for this entry. Doakan Teha diberi kesihatan dan waktu untuk share pada korang pasal course AE14 tu untuk next entry ya.

Nak baca post untuk semester yang lain-lain boleh klik link di bawah ni

SEMESTER 1  |  SEMESTER 2  |  SEMESTER 3

Thanks for reading!