welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Tuesday, April 16, 2013

#23 Wordless Wednesday - Twins


 

We become what we want to be by consistently being what we want to become each day.




Thanks for reading . Lot's of love :)

Tambah koleksi


Di petang petang begini. Golek golek atas katil pun mata tak nak lelap. Cuaca panas sekarang ni. Ini semua dugaan dan juga nikmat dari-Nya. Kita perlu terima dengan redha Insya Allah. :)

Tak ada benda pun yang nak di celotehkan. Hmm, cuma nak kongsi satu benda je.


Nak tambah lagi kalau boleh. Sebelum sebelum ni banyak pinjam dari orang je. Sekarang ni baru datang minat nak tambah koleksi. Ehh yeke sekarang ? -.-

Kakak datang rumah hari tu. Dia tengok almari. "Amboi, lepas ni kau beli lagi banyak banyak tau. Lepas tu buat sewa" - Kakak yang kata

Jangan ingat kitorang ni tau baca cerita cinta je eh. Buku lain pun kitorang baca jugak. ;p


Sikit sikit lah kalau nak tambah koleksi pun. Yang belum baca pun banyak. Tak buka lagi plastik. HAHA.

Semoga usaha murni kitorang untuk menambah koleksi tercapai. :D


Thanks for reading . Lot's of love :)

Monday, April 8, 2013

Kosongkan minda


Fuh kanan, fuh kiri. Lama betul tak update blog. Alhamdulillah, exam semua dah selesai. Lega sikit otak ni nak memikir. Eh eh eh, tapi tak lega sangat lah sebab risau fikir result pulak kan. Insya Allah everythings gonna be fine. Kita dah berusaha ! :)

Move on bebeh. *Eh tetiba* Sekarang tengah cuti sem. Sepanjang cuti sem ni, banyak topup tidur je rasanya. Ermmm, tapi tak jugak lah. Baca novel yang menimbun kat rumah ni pun ye. HEHE. Dapat baucer buku ada beli novel. Ayat menimbun tu tipu je. Sila percaya. Dan benda wajib bila kat rumah, online puas-puas. :D


Home sweet home.

Cuti sem ni nak tengok rumah puas-puas. Nak duduk dalam rumah puas-puas. *Melampau* HAHA. Itulah rumah kitorang, comel je kan. Tinggal berempat je dalam rumah ni. Abang dan kakak-kakak dah kahwin, duduk rumah lain. HEHE. Si kembar dengan mak abah je yang tinggal. Betapa indahnya permandangan ~ Sejuk mata memandang rumah dipenuhi kehijauan. ;D


Memandangkan nak kosongkan minda, kita hang out sama-sama. Setelah sekian lama si kembar tak hang out bersama, maka muncul lah muka kebahagiaan di situ. Lama jugak kitorang tak berjumpa. HUHU. Rindu weh rindu.

Tapi sekejap je kita dapat spend time together. Si Fatehah cuma cuti seminggu je sebab beliau perlu pulang ke kampusnya untuk meneruskan pengajian beliau dengan short sem. Maka, pulanglah dia ke Terengganu. Hmm, kesepian si Atiqah. *Macam nak kena hempuk buat ayat macam ni* :p


 


 Atiqah | Fatehah

Si kembar terpisah lagi. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. Semoga kita berjumpa lagi. Insya Allah. :)


 

Thanks for reading . Lot's of love :)

 
Copyright@Semua kandungan blog ini adalah hak milik Si Kembar :)