welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Tuesday, February 28, 2012

#12 Wordless Wednesday - Tudung Bawal :)


Monday, February 27, 2012

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkaitan Kuku

Lama kan kitorang tak update blog. Kalau update pun pasal join giveaway. HEHE. Haaa.. Tiba-tiba hari ni nak kongsi fakta menarik dengan korang semua. Ermmm, menarik sangat ke ? Korang nilai la sendiri ye. ;p



10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU BERKAITAN KUKU 

1. Kuku adalah sama seperti rambut di mana kedua-duanya dari protein yang sama iaitu keratin.
2. Kadar pertumbuhan kuku adalah 1 mm setiap hari. Jadi ia memerlukan 100 hari untuk tumbuh sepanjang 1 cm. Sekiranya kuku anda tercabut, ia mengambil masa empat hingga enam bulan untuk tumbuh sepenuhnya. Tetapi bagi kuku kaki kadar pertumbuhan semua adalah antara 12 hingga 18 bulan.
3. Kadar pertumbuhan kuku bagi lelaki adalah lebih cepat berbanding perempuan. * patutla lelaki kukunya panjang. malas nak potong lettuw ;p
4. Baik lelaki atau perempuan, kadar pertumbuhan kuku tangan lebih cepat berbanding kuku kaki.
5. Kadar pertumbuhan kuku ibu jari adalah yang terlambat.
6. Bagi orang yang kidal, pertumbuhan kuku di tangan kanan adalah lebih cepat dari tangan kiri dan begitulah sebaliknya. 
7. Kuku tumbuh lebih cepat pada waktu sejuk, malam dan ketika mengandung. 
8. Amalan menaip dapat merangsang pertumbuhan kuku. * wahhh.. fakta ni sesuai untuk blogger sebab selalu menaip. ;D 
9. Kuku menggambarkan keadaan kesihatan seseorang. 
10. Rekod kuku terpanjang yang pernah dicatatkan ialah sepangjang 48 inci iaitu dimiliki oleh seorang lelaki India. 

kredit :

keluaran Februari

Amacam ? Menarik tak ? Kitorang suka fakta yang nombor 8. HAHA.  :)



Friday, February 24, 2012

free HEADER untuk SAYA dari BELOG GILA!

klik banner untuk join. :)


free HEADER untuk SAYA dari BELOG GILA dengan hanya copy paste sahaja ayat ini sahaja! ini adalah sempena followers BELOG GILA yang sudah mencapai 150 orang dan alexa ranking yang mencapai bawah 1 juta! tiga blog yang menyertai akan dipilih melalui random.org dan akan mendapat header percuma dari BELOG GILA. Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda!



p/s : Semoga penyertaan kitorang diterima dan ada rezeki dapat header baru ! HEHE. Nak header baru, please ~ :D

Tuesday, February 21, 2012

Mega Giveaway by Ina, Aisyah and Bella

dah lama tak join giveaway. kitorang tertarik nak join giveaway yang dianjurkan oleh adik-adik yang comel ni.


klik banner kalau nak join.

p/s : semoga penyertaan kitorang ini diterima dan ada rezeki untuk menang. :)

Thursday, February 16, 2012

Edit Blog Kawan

sebenarnya kitorang baru pertama kali edit blog orang. mesti korang nak tergelak kan ? yela, blog kitorang pun biasa-biasa je tapi nak edit blog orang. HAHA. terpulanglah pendapat masing-masing. kitorang yang offer nak edit blog dia. kawan kitorang ni masih baru lagi dalam dunia blogger. kitorang pun masih baru, tapi dia lagi baru. haaaa.. cakap pun dah putar belit. ;p



klik banner kat atas ni kalau nak tengok blog yang kitorang edit tu. 

haaa... amacam ? ok tak kitorang edit ? dia suka colour biru, kitorang pun buat la tema warna biru. HEHE. sebenarnya blogger ni kawan sekolah kitorang. kitorang offer nak edit blog dia, dia pun terus setuju. nak tahu berapa upah yang kitorang ambil untuk edit blog dia ? jangan terkejut dengan harganya. kitorang bagi dia PERCUMA je. kitorang niat nak tolong dia, nak happy kan dia. Alhamdulillah, dia suka selepas kitorang edit blog dia. dia happy, kitorang pun happy. walaupun kitorang edit biasa-biasa je... :)

kitorang bagi tahu sikit apa yang di edit.

  1. background tu kitorang ambil kat HOT BLIGGITY BLOG
  2. header tu kitorang yang buatkan, guna paint je.
  3. cursor tu kitorang ambil dekat CIK ELYANA
  4. chatbox pun kitorang yang buatkan.
  5. favicon pun kitorang yang letak.
  6. centerkan post title dan sidebar title
  7. buat dotted line kat bawah sidebar title dan tarikh
 ohh ya ! jangan lupa follow blog kawan kitorang tu ye. 
thank you :)

p/s : bagi komen sikit, ok atau tak kitorang edit blog tu boleh ? thanks.

Sunday, February 12, 2012

tiada lagi Hari Kekasih ! [ WAJIB BACA ]

bila masuk je bulan Februari, mulalah anak-anak muda gembira, teruja dan seumpama dengannya. entah kenapa agaknya ? dekat facebook tu, ada saja yang menyebut namanya. yang agama lain, tak usah kata laa... ini orang Islam yang sibuk berkata soal dia. siapa dia ? rasanya kalau tak sebut pun orang dah tahu apa yang ada bulan Februari ni. apa lagi kalau bukan Valentine's Day.

bila cerita pasal Valentine's Day, rasanya ada yang dah muak untuk membacanya. umum mengetahui, umat islam dilarang menyambutnya. rasanya tidak perlulah lagi diceritakan dari mana asal-usulnya sambutan hari tersebut. cara itu hanya menyebabkan ramai muda-mudi hafal tentang sejarah valentine's day berbanding sejarah Maulidur Rasul sendiri.



bunga ros laku bagai iPhone 4, coklat laku bagai pisang goreng yang panas. semua ini bukan gurauan tapi untuk dihadiahkan kepada kekasih. ada yang menterjemahkan dengan bahasa yang lebih lunak iaitu sambutan valentine's day adalah hari untuk melahirkan kasih sayang yang bukan sekadar kepada kekasih juga kepada keluarga dan sahabat. betulkah itu ?

Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) telah memutuskan, menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan : Bahawa amalan meraikan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh islam. roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.

Para ulama berpendapat bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan Muslim rosak akidahnya sekiranya meraikan perayaan tersebut :

  1. Menyambut hari valentine dengan mengucap ' I love you ', memberikan bunga ros, bertukar-tukar hadiah, memberi manisan, memakai baju merah, kasut merah dan apa saja perlakuan yang mengarah kepada sambutan perayaan itu.
  2. Menjual dan membeli barang sempena Hari Valentine seperti bunga ros merah dan kad ucapan.
  3. Mempromosi dan mengiklankan Hari Valentine.
  4. Menghantar kad ucapan dan sistem pesanan ringkas ( SMS ).
  5. Membungkus hadiah sempena hari valentine atau apa-apa perlakuan yang membawa kepada menolong orang melakukan maksiat.
  6. Menulis nama pada cenderahati sebagai ingatan sempena hari Valentine.
Sumber : Majalah Al Islam

===============================================================
kitorang ambil bahan rujukan ini dari majalah Al Islam keluaran Februari 2012. cuma ada edit sikit-sikit je.
p/s : sekadar ingin berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri juga. :)

Wednesday, February 8, 2012

BEST PHOTO CONTEST by AkinAmar

klik banner untuk join.

kitorang join contest lagi. contest yang melibatkan gambar lagi. harap-harap tak kalah lagi lagi lagi dan lagi. HAHA. ;p nak tengok gambar yang kitorang rasa ada harapan nak menang ? :D

let's check it out !

  Saya rasa gambar saya best kerana... gambar ni di ambil beberapa hari sebelum SPM. agaknya dah terlampau stress, itu yang jadi meroyan depan camera. konon-konon nak merawat jiwa yang lara sebab tak sabar nak dating dengan SPM. :D  kitorang ni gila camera, bila nampak camera memang jadi macam ni. kebetulan gambar ni dalam bilik, memang happening gilos laaa.. ;p

kitorang tag : 

p/s: semoga penyertaan kitorang diterima. Aminn. :)

Wednesday, February 1, 2012

berbaju kurung memang cun lah !

yeappy !! dah masuk bulan 2. entah kenapa hati ini girang pabila mendengar gossip pasal buah hati kitorang yang bernama SPM. dengar cerita dia nak keluar bulan 3 nanti. yahoooooo ! -.-

nak tanya korang sikit. kalau korang pakai baju kurung pergi shopping, korang rasa malu tak? HAHA. salah ke pakai baju kurung kat tempat-tempat macam tu ? kalau nak tengok wayang pun boleh je kan. :D mungkin ada sesetengah orang kata orang pakai baju kurung nampak kekampungan dan kolot. haaaa... tolak tepi je semua tu. lantak pi la dia nak habaq lagu mana punn !! :p berbaju kurung lagi nampak sopan dan ayu gituhh...

kitorang pernah je pakai baju kurung kat tempat shopping. HEHE. masa tu kat Alamanda Putrajaya. kebetulan baru balik dari kenduri kahwin, terus singgah situ. time tengah jalan-jalan ada pulak mamat tegur     " hai dik, nak pergi mana.. " dan banyak juga mata yang memandang dek kerana kitorang berbaju kurung. sebenarnya bukan pertama kali kitorang berbaju kurung kat tempat macam tu. rasanya dah banyak kali kott. HAHA. buat tak tahu kalau orang pandang semacam. kitorang pakai baju, bukannya tak berbaju. yang nak pelik sangat apasal kan. HAHA.


cuba tengok gambar kat atas tu haaa.. cun kan ? HAHA. kembang kempis hidung nak posing ayu cenggitu. :p tak ingat umur berapa entah masa tu. molek sungguh anak dara ni. :D

jangan rasa segan silu untuk berbaju kurung. sepatutnya kita bangga sebab memakai pakaian tradisional yang melambangkan ciri-ciri kewanitaan. ececehhh... tetiba je semangat. :p

#11 Wordless Wednesday - Layan...