welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Thursday, June 7, 2018

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 3)

Assalamualaikum.
Terima kasih pada yang sudi baca blog ni terutama sekali untuk entry diploma pengurusan dan teknologi pejabat.  Entry kali ni tiqa cerita pasal semester 3 pula.  Tapi, awal-awal tiqa nak minta maaf sebab ada subjek yang tiqa tak berapa nak ingat content nya apa. Hehehe.  Sebab dah lama tinggalkan zaman diploma ni.  Sesiapa yang nak baca entry yang sebelum-sebelum ni boleh klik SEMESTER 1 dan SEMESTER 2.

Courses for Diploma in Office Management and Technology (Part 3)

  1. BEL 311 - English for Academic Purposes
  2. BMD 101 - Mandarin Language I
  3. CSC 134 - Computer and Information Processing
  4. CTU 263 - Islamic and Management
  5. HSK 117 - Football
  6. OMT 155 - Interpersonal Communication for Office Professionals
  7. OMT 167 - Records Management for Office Professionals
  8. OMT 200 - Executive Note-Taking


  • BEL311 ni course english.  Yang tiqa ingat, time ni belajar academic writing.  Basic academic writing yang kita kena tahu.  Macam mana cara nak tulis academic writing, citation and references.  Ada beberapa assignment, tapi semua writing lah kalau tak silap.  Sorry, tiqa tak ingat sangat.
  • BMD101 ni mandarin.  Ni first time belajar mandarin.  Seronok sebab kita dapat tahu basic mandarin.  Ada assessment atau test oral, writing, listening dan video.  Part paling best adalah video sebab kitaorang kena berlakon dan buat video tu.
  • CSC134 ni lebih kepada belajar teknologi maklumat.  Dah nama pun teknologi pejabat kan?  Mestilah kena belajar sikit pasal teknologi maklumat.  
  • CTU263 ni kira subjek agama.  Untuk student islam sahaja.  Non-muslim ambil code lain.
  • HSK117 yang ni adalah kokurikulum.  Sepatutnya tiqa kokurikulum rekreasi kesinambungan daripada semester 2 punya koku.  Tapi disebabkan waktu tu ramai ahli dalam rekreasi tu kena pindah kampus, sebab waktu tu banyak kampus uitm yang baru dibuka.  So, ada certain program yang kena pindah kampus.  Ahli koku pun berkurangan, jadinya di bubarkan.  Tiqa terpaksa masuk bola sepak!  Hahahahahahahahahahaha.  Sepanjang koku tu, tak pernah pun main bola sepak.  Coach pun faham sebab ramai perempuan kena masuk bola sepak, so kitaorang belajar teori sahaja.
  • OMT155 ni belajar culture and communication secara menyeluruh.  Contohnya, cara communicate di negara yang lain, simbolik, isyarat dan macam macam lagi. 
  • OMT167 ni bukunya yang warna purple tu.  Belajar pasal record keeping. 
  • OMT200 yes ni memang best!  Belajar tulisan ringkasan untuk note taking.  Time ni kalau ada test, memang tulis laju laju tak pandang kiri kanan dah.  Lecturer baca apa yang kena note taking, lepastu kena taip dan print.
Kat sini tiqa nak tegaskan, syllabus waktu zaman tiqa dengan sekarang mungkin berbeza.  So, harap tak ada yang keliru ye nanti. 


Rasanya ni gambar group tiqa pergi company visit untuk assignment OMT155.  Tiqa pun tak ingat dah.  Masa ni kitorang pergi Majlis Daerah Rembau rasanya.  Ok tu jelah kot untuk semester 3 punya serba sedikit info.  Nak tanya apa apa, drop je comment ataupun email atiqahahmadfuzi94.aaf@gmail.com.  Insha Allah, ada masa nanti tiqa reply ye.  Terima kasih sudi baca. :)