welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Monday, February 13, 2017

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 1)

Assalamualaikum.
  Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan segala urusa dipermudahkan.  Previous entry, dah janji nak cerita pasal program yang di ambil sewaktu diploma.  Dalam entry ni, Atiqah (Tiqa) yang akan cerita tentang course ni.  Disebabkan blog ni kami masih share, so kita decide bila nak update, just guna nama masing-masing.  This blog just for fun and to share our stories.  

Alhamdulillah, tiqa dah tamat diploma dengan izin Allah.  Macam mana tiqa boleh ambil program ni, mungkin lebih panjang kalau nak cerita.  Tiqa akan fokuskan cerita tentang Semester 1 program ini.  Maaf sekiranya ada salah kat mana-mana sepanjang tiqa berkongsi maklumat.  Sebab tiqa masuk diploma tahun 2013 dan tamat tahun 2015.  Jadi, mungkin ada sedikit perubahan tentang course ni terutamanya dari segi courses untuk program ni.  Untuk pengetahuan semua, tiqa belajar dekat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Kampus Alor Gajah atau lebih famous lagi, UiTM Lendu.

Kalau ada yang rasa macam malas je nak baca entry ni, sebab entry ni memang akan panjang ! Hehe. Awak boleh terus klik SINI untuk tahu tentang program ini.  Semoga dapat serba sedikit info tentang program ni.  Sebelum tu nak bagi tahu, FACULTY, PROGRAMME dan COURSE adalah perkara yang berbeza.  Kalau tak tahu, boleh google dan tanya :)

Courses for Diploma in Office Management and Technology (Part 1)
  1. BEL120 -  Consolidating Language Skills 
  2. CTU101 -  Fundamental of Islam 
  3.  HBU111 -  National Kesatria  
  4. IMD101 -  Introduction to Information Skills
  5. MAT112 -  Business Mathematics
  6. OMT100 -  Personality Development
  7. OMT 121 -  Document Processing
  8. OMT 131 -  Office Administration


  • BEL120 course tentang english.  Bila cakap soal english, confirm akan belajar verbs, nouns, dan yang seangkatan dengannya.   
  • CTU101 course tentang agama Islam.  Course ni untuk students yang beragam Islam sahaja, untuk yang non-muslim, mereka akan belajar course lain. 
  • HBU111 ni kokurikulum tau.  Untuk code yang ni,  tiqa ambil Kesatria.  Untuk semester memang wajib ambil badan beruniform.  Tapi ada banyak pilihan selain dari Kesatria, ada JPAM, Bomba, PBSM dan Palapes.  Ada lagi kot yang lain, tapi tiqa tak ingat. Hehe. 
  • IMD101 course tentang pengursan rekod.  Tapi ni baru basic lah, akan belajar cara buat references. 
  • MAT112 mestilah matematik, tapi ni business mathematics.  Ni antara favourite course tiqa waktu part 1. 
  • OMT100 course tentang personaliti.  Belajar pasal makeup, table manners, senang cerita course ni pasal tatahias diri kita bila kerja office.  Best ! 
  • OMT121 course typing.  Yes ! Course yang paling wajib untuk student office adalah typing.  Belajar cara typing yang betul dengan laju, ada waktu yang ditetapkan setiap kali taip.  Alhamdulillah semua student office confirm boleh taip laju-laju. 
  • OMT131 course tentang office admin.  Ada grouping assignment yang kena keluar.  Maksudnya, kena buat appointment dengan mana-mana company untuk di interview.  Students kena interview orang dekat company tu.  Soalan-soalan yang nak tanya dekat company tu semua memang relate dengan apa yang dah belajar dalam course ni.

 Rasanya tu jelah kot nak cerita pasal courses waktu semester 1.  Untuk semester-semester yang berikutnya nanti tiqa update kemudian.  So far rasa ok tak apa yang tiqa cerita? Tak tahulah ada ke tak orang yang membaca blog ni. Haha. Tak apalah, niat nak share so kita share jelah.   Harap bermanfaat !

Nak share gambar-gambar waktu part 1, tapi tak banyak. Huhu.  Ni jelah antara gambar yang tiqa ada dan paling sayang dan paling suka ! Ni waktu dinner kolej and tiqa yang paling hujung kanan.  Hahah.  Yang lain tu ada yang kawan satu kolej, kawan kelas dan kawan kelas merangkap roommate. I miss them a lot ! Ok, that's all for this entry.  Kalau ada nak tanya tiqa, tinggalkan komen kat entry ni.  Thanks for reading.


Kalau nak baca semester yang seterusnya boleh klik link bawah ni

SEMESTER 2  |  SEMESTER 3  |  SEMESTER 4  |  SEMESTER 5