welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Thursday, December 29, 2011

Contest The MOST Fabulous Blog by Miss Lovouis

hari ni kitorang nak join contest lagi. sebenarnya kitorang takut nak masuk contest ni, sebab blog kitorang ni biasa-biasa je. nak touch up blog ni pun kitorang tengok tutorial orang. HEHE. syarat-syarat contest ni pun simple, so memang senang kalau nak join.

klik banner tu kalau nak join. :)

untuk Miss Lovouis, kitorang tak tahu nak buat sticky post. HAHA. so, tak payah la kan ? maklumlah.. kitorang ni blogger baru. memang banyak yang kitorang kena belajar lagi. hadiah contest ni memang FABULOUS bak kata tuan empunya blog tu. :)

jom la kita join ramai-ramai ye. tak rugi apa pun. mana tahu ada nasib, blog kita menjadi pilihan. sebenarnya tak payah tag sesiapa pun, tapi kitorang nak tag jugakkk ! HAHA.

semoga ada rezeki untuk menang contest ni. Aminnnnn. :)

Monday, December 26, 2011

yesterday was awsome !

tak sabar rasanya nak update. walaupun cerita tak berapa nak meletup macam bunga api, tapi kitorang tetap nak update. HAHA. walaupun cerita tak meletop, tapi kitorang yang dah meletup. :D meletup bukan sebab makan sambal belacan yang teramat pedas, tapi disebabkan hari semalam. HEHE. ;)

pertama sekali, kitorang memang tak sangka lah yang kitorang dapat buat semua ni lepas spm. Buat apa la tu kan ? HAHA. dah dah dahhhhh ! jangan fikir bukan-bukan ye. malas nak merapu panjang lebar, nanti korang bosan pula. HIHI.
mehh kita bagi intro picture sikit. :)


haaa.. korang dah dapat agak tak kitorang pergi mana ? mesti korang semua dah tahu kan. sebab tu la kitorang happy sangat-sangat. ini lah Berjaya Times Square Theme Park. :D ramai sangat orang kat sana sebab kebetulan cuti umum sempena christmas. kitorang pergi sana dengan kakak. dah sampai sana kitorang jalan berasingan. fuhhh ! beranikan kitorang. dah la tak pernah pergi sana. first time ni weyhhh. HAHA. kitorang pergi main, dia pergi jalan-jalan cuci mata.

mula-mula sekali, kitorang main ni. nampak macam untuk budak-budak je kan. tapi, best gila. pusing laju-laju sampai pening. HAHA. orang yang lebih tua dari kitorang pun ramai yang naik benda tu. ;p

rasanya benda ni lah yang paling gila kitorang pernah naik. tonggang terbalik macam apa je... kepala kat bawah, kaki kat atas. time tu ramai juga la yang terjerit-jerit. termasuk la kitorang pun menjerit. memang syok habis. rasa macam nak tercabut jantung. HAHA.

yang ni pun awsome ! ikut suka la kau nak langgar siapa. HAHA. 

nampak macam sesuai untuk budak-budak je. tapi sebenarnya tidak ! best gila yang ni. tapi agak pening sikit la. nama benda tu dizzy izzy. HAHA. masa dia pusing tu macam whoaaaa ! takut jatuh je.


yang ni level untuk budak-budak punya. tapi dekat atas la. kitorang cuma tengok-tengok je. ada juga orang dewasa yang join main sekali dengan budak-budak. terutamanya parents yang teman anak-anak la. ada je orang yang bukan parents main kat situ. HAHA.

super sonic odyssey tu sebenarnya roller coaster. kitorang tak naik pun. HEHE. rasa macam rugi tak naik, tapi tak apa lah.. kitorang tak nak cari pasal. HAHA. benda tu pusing, silap-silap kitorang pengsan. ada lagi satu yang kitorang tak naik, tak ingat pula nama dia. tapi benda tu lebih kurang macam kapak la. HAHA.

haaaa.. tu diaaa. ni dia tak gerak laju, sekali dia gerak.. makkk aii.. ;p
dia lalu atas kepala je.. memang meriah dengan teriakan orang yang naik benda tu. HAHA.

wohooooo ! :D

macam budak-budak je. menggedik nak bergambar kat situ. HAHA. sebenarnya muka masing-masing dah penat dan takut. HEHE. :p




tak ada gambar berdua. sebab tak ada siapa nak tolong ambilkan gambar. HEHE. ada tiga ekor maskot yang comel gila. ingat nak ambil gambar sama-sama. tapi tak sempat nak kejar dia, dia lari laju sangat. HAHA.

last but not least. 
kitorang enjoy sangat-sangat. banyak lagi game yang kitorang main, tapi lupa nak ambil gambar. lagipun orang ramai sangat kat sana. kitorang akan ingat experience ni sampai bila-bila. bagi korang yang belum pernah pergi sana, nanti kalau nak main make sure jangan makan dulu. sebab kat sana ada orang yang muntah weyhh.. mana tak nya tonggak terbalik bagaiiii. HAHA. harga tiket kitorang tak ingat la pula. sebab orang yang belanja. HEHE ;) terima kasih banyak-banyak kat orang yang belanja tu ye. 
you know what ?
YERTERDAY WAS AWSOME !!!

Wednesday, December 21, 2011

semoga kita berjumpa lagi. :D


we're gonna miss you !
:)

Thursday, December 15, 2011

CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA

hari ini kitorang nak join satu contest. sebelum ni kitorang tak pernah join sebarang contest yang melibatkan tentang blog. HEHE. selama ni join giveaway dan contest melibatkan gambar je. terima kasih dekat kawan kitorang, RAJA NABIHAH yang tag kitorang. :)



klik banner tu kalau nak join okay ?

blog kitorang ni biasa je kan ? tapi ada hati nak masuk contest blog superawsome ni. HAHA. mana tau kalau ada rezeki menang. HEHE. ecehhh.. ;p tak rugi pun kalau join. persaingan yang sihat walaupun tak melibatkan tubuh badan. HAHA. cuma jari jemari ni saje yang kena menaip dan klik sana sini. HEHE. ;)

blog ni kitorang edit sendiri, kecuali header tu je. header tu orang yang hadiahkan. time tu kitorang jadi lucky commentor, dia bagi header tu. lagipun kitorang tak reti nak buat transparents header. HAHA. kesian kan ? jujur..... ;p

kitorang tag :

harap-harap penyertaan kitorang ni diterima dan mudah-mudahan kitorang menang. HEHE.
Aminnnn. :)

Wednesday, December 14, 2011

senyum di hujung minggu :)

hi you all ? how are you ?
amboii. nak cakap orang putih pula dia. HAHA. tak berani nak guna english dalam entry. takut salah pula nanti. mesti maluuuu. HAHA. lebih baik guna bahasa ibunda kita kan ? lagi bagus..... ;p mana la confident dalam diri kitorang ni kan ? takut sangat english kitorang salah. hari ni bukannya nak cerita pasal bahasa. dah lari tajuk pun sebenarnya. HAHA. biasa la, si kembar memang suka merepek. :D

benda ni berlaku minggu lepas sebenarnya. tapi terasa jari jemari ni malas pula nak menaip banyak. tiba-tiba hari ni mood rajin dah datang, so cepat-cepat la update. HEHE. lagipun kalau update panjang-panjang pun belum tentu ada orang yang baca. syok sendiri je pula nanti. cerita minggu lepas pun masih nak update ke ? HAHA. "ehhh.. shukew hati tittew leww.. ni blog tittew." mak aiii.. mesti ramai yang menyampah gila nak baca. HAHA. ayat gedik gila. sorry.. saje suka-suka. ;p

minggu lepas kitorang pergi main bowling dengan kakak-kakak yang tersayang. ecehhhh... tersayang gituhh ! HAHA. kitorang plan pun dah last minute. malam-malam baru nak message ajak kakak main bowling. dia setuju, kitorang pun melompat la. HAHA.

Ole-ole Shah Alam je kitorang pergi. Buat apa nak pergi jauh-jauhkan kalau yang dekat ada. Orang kata dekat Sunway best. entah la... itu pendapat orang. tapi dekat Ole-ole pun best juga. gambar kakak kitorang yang lagi seorang tu je yang tak ada. HEHE. dia sibuk jaga anak dia. gambar husband dia ada la. ;)


ini abang ipar kitorang.

 Kak Wa. kakak kitorang. 

Fatehah.
tengok bola tu macam nak ke longkang je kan ? HAHA. tapi tak masuk longkang pun tau. :D

Atiqah. 
yang budak kecil ni anak buah kitorang. lupa nak ambil gambar adik dia. HIHI. dia memang suka tengok orang main bowling.

HEHE. yang tengah minum susu tu la adik dia.

dalam kereta kalau tak menggila memang tak sah. HAHA.

muka macam apa je ? HAHA. penat kot. ;p

lepas main bowling, kitorang ronda-ronda kompleks PKNS. jalan-jalan cuci mata je. lepas tu kitorang pergi makan. perut pun dah kenyang, kitorang terus balik rumah. lagipun emak dah call kenapa tak balik-balik lagi. anak dara kalau keluar macam tak ingat rumah. HAHA.

memang enjoy la hang out dengan kakak-kakak tersayang. HAHA. puji lebih ! ;p
bukan senang nak hang out dengan dia orang tu. ada juga la yang masuk longkang. HEHE. yang kelakarnya, anak buah kitorang tu tepuk tangan bila bola masuk longkang. time tu semua orang gelak. balik cerita dekat emak dengan abah, tiba-tiba abah kata lain kita main pula. HAHA. amboiiii !

ehem ehem !!
lupa pula nak cerita pasal mamat-mamat yang main bowling kat situ. line dia orang kat sebelah line kitorang. kitorang memang berdoa supaya tak berjiran dengan budak lelaki. sebab dulu pernah main, berjiran dengan budak lelaki juga. HAHA. apa lah nasib.... :p of course la dia orang semua pro main bowling. ada seorang tu kitorang perhatikan, dia memang pro gila lah. not bad la orangnya, nama dia Apek. HAHA. sempat tengok nama kat screen dia orang. rasanya dia orang semua tu student universiti kot. HEHE. 

jangan fikir kitorang senyum sebab mamat-mamat  tu. tapi kitorang senyum sebab dapat spent time dengan kakak-kakak kitorang. itulah senyuman di hujung minggu.
:)

Tuesday, December 13, 2011

#8 Wordless Wednesday - Goodbye school


" Biar rupa tak cantik, asalkan pandangan mata jelas dan cantik".
:D

Monday, December 12, 2011

contest senyuman menawan by huda raihana & daten yusfarina

tak sabar rasanya nak join contest ni.
lagi pun kitorang dah lama tak join contest.
kitorang join pun last minute. HEHE.

klik banner tu kalau nak join.

let's check it out our photos. :)






gambar tu semua kitorang tak edit.
untuk pihak penganjur, kitorang memang share blog sebab kitorang ni kembar.
takut pihak penganjur terkejut pula.
mungkin ramai blogger yang letak gambar mereka seorang je.
harap-harap penyertaan kitorang ni diterima la ye ? HEHE.
thanks. :)

p/s : mudah-mudahan ada rezeki untuk menang. Aminnn ;)

Friday, December 9, 2011

no idea

entry kedua setelah tamat spm. HEHE. blog dah berwajah baru. yela, dah habis spm baru ada masa nak touch up blog ni.  dah lama tak touch up blog. menggigil juga la tangan ni nak godam sana sini. HAHA. nasib baik la ramai blogger yang buat tutorial. so, senang la sikit nak dapatkan rujukan. HEHE. apa pendapat korang tentang blog kitorang yang berwajah baru ni ? :]
okey tak ?

dah lepas spm ni, macam-macam benda yang nak dibuat. nak tengok wayang, baca novel, main bowling, hang out dengan kawan-kawan. tapi macam susah je nak tunaikan semua hajat dihati tu. HAHA. it's okay ! banyak lagi masa yang ada. melainkan kalau umur tak panjang. ;)



gambar kat atas ni time raya haji sebenarnya. tapi untuk raya haji kitorang tak ada update pun kan.
jadi gambarnya baru sekarang la nak menempek kat blog ni. HEHE.
banyak lagi gambar time raya haji tu. tapi yang ini, kitorang buat versi muka sedih ala-ala risau. errrr.. macam pelik je ayat tu. :D
yela, time tu dah nak dekat spm. tengah countdown untuk spm la tu.
*konon-konon* HEHE ;p

kitorang ni update blog macam tak ada topik je nak dikongsikan.
mesti bosan baca blog kitorang ni kan ? HAHA.
memang sesuai sangat la kan dengan tajuk entry ni.
" no idea "
kalau blog orang lain tu, cerita pasal aktiviti harian dia je kitorang dah tertarik nak baca. :)
terutamanya blogger yang famous. HEHE.

 untuk kawan-kawan kitorang yang ada baca blog ni, tinggalkan lah jejak/komen dekat chatbox tu ok ?
teringin juga nak dengar komen dari kawan-kawan. HEHE.
itu pun kalau ada kawan-kawan yang baca la ye.
:)

p/s : mood sekarang layan novel cinta. HAHA

Tuesday, December 6, 2011

5 disember 2011 MERDEKA !

yeay !!!dah habis SPM. alhamdulillah, kitorang diberi kesihatan yang baik untuk jawab spm. 5 disember 2011. keluar je dari bilik exam, terus menjerit. HAHA. okay, itu semua tipu. kitorang masih dapat kawal kegembiraan tu. nak jerit, tapi rasa segan pula. senyum lebar menandakan kitorang happy. :D

untuk calon-calon SPM yang belum habis exam, sabar ye. nanti korang akan rasa apa yang kitorang rasa ni.
time tu korang nak melompat, menjerit, menangis, dipersilakan. opssss !! melebih-lebih pula. HAHA.

khas untuk awak wahai SPM :)

Awak....
Saya minta maaf.
Kita terpaksa berpisah.
9 kali kita dating.
Saya happy dengan awak.
Saya sayang awak sangat-sangat.
Berat hati saya nak tinggalkan awak.
Saya akan rindukan awak.
Tapi saya tak nak jumpa awak lagi.
Saya minta maaf.
Selamat tinggal SPM.
:')


9 kali kita dating tu, maknanya kitorang ambil 9 subjek. HEHE. gambar tu, lepas kitorang balik dari sekolah.
muka macam apa je kan ? tapi itulah muka orang dah habis SPM. abaikan background yang tak berapa nak cantik tu. HAHA. ada sebarang komen tentang gambar tu ?  :D




tengok dua-dua gambar kat atas tu. last update bulan oktober. bulan november punya tak ada langsung. rasa macam pelik je. HAHA. tapi lepas ni, nak update hari-hari pun boleh. memang banyak merepek jela dalam blog ni. orang yang nak baca pun tak ada selera. bila baca entry yang lama-lama macam tak matang je. ohh ! please jangan gelakkan okay ? HEHE. biasa la kan, kitorang masih baru dalam dunia blog ni. ececehh. kepada blogger yang veteran tu, sila la tunjuk ajar kat kitorang ni ye. cehhh ! tak tau malu nak minta-minta pula. HAHA. apa salahnya kalau ada yang sudi ................ ;)

kitorang rasa setakat ni je la dulu entry kali ni. rindu sangat-sangat dengan blog ni.
tak sabar nak blog walking, join contest and giveaway.
kalau ada blogger yang buat giveaway tu, cepat-cepat bagi tahu kitorang okay ?
HEHE.