welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Wednesday, December 14, 2011

senyum di hujung minggu :)

hi you all ? how are you ?
amboii. nak cakap orang putih pula dia. HAHA. tak berani nak guna english dalam entry. takut salah pula nanti. mesti maluuuu. HAHA. lebih baik guna bahasa ibunda kita kan ? lagi bagus..... ;p mana la confident dalam diri kitorang ni kan ? takut sangat english kitorang salah. hari ni bukannya nak cerita pasal bahasa. dah lari tajuk pun sebenarnya. HAHA. biasa la, si kembar memang suka merepek. :D

benda ni berlaku minggu lepas sebenarnya. tapi terasa jari jemari ni malas pula nak menaip banyak. tiba-tiba hari ni mood rajin dah datang, so cepat-cepat la update. HEHE. lagipun kalau update panjang-panjang pun belum tentu ada orang yang baca. syok sendiri je pula nanti. cerita minggu lepas pun masih nak update ke ? HAHA. "ehhh.. shukew hati tittew leww.. ni blog tittew." mak aiii.. mesti ramai yang menyampah gila nak baca. HAHA. ayat gedik gila. sorry.. saje suka-suka. ;p

minggu lepas kitorang pergi main bowling dengan kakak-kakak yang tersayang. ecehhhh... tersayang gituhh ! HAHA. kitorang plan pun dah last minute. malam-malam baru nak message ajak kakak main bowling. dia setuju, kitorang pun melompat la. HAHA.

Ole-ole Shah Alam je kitorang pergi. Buat apa nak pergi jauh-jauhkan kalau yang dekat ada. Orang kata dekat Sunway best. entah la... itu pendapat orang. tapi dekat Ole-ole pun best juga. gambar kakak kitorang yang lagi seorang tu je yang tak ada. HEHE. dia sibuk jaga anak dia. gambar husband dia ada la. ;)


ini abang ipar kitorang.

 Kak Wa. kakak kitorang. 

Fatehah.
tengok bola tu macam nak ke longkang je kan ? HAHA. tapi tak masuk longkang pun tau. :D

Atiqah. 
yang budak kecil ni anak buah kitorang. lupa nak ambil gambar adik dia. HIHI. dia memang suka tengok orang main bowling.

HEHE. yang tengah minum susu tu la adik dia.

dalam kereta kalau tak menggila memang tak sah. HAHA.

muka macam apa je ? HAHA. penat kot. ;p

lepas main bowling, kitorang ronda-ronda kompleks PKNS. jalan-jalan cuci mata je. lepas tu kitorang pergi makan. perut pun dah kenyang, kitorang terus balik rumah. lagipun emak dah call kenapa tak balik-balik lagi. anak dara kalau keluar macam tak ingat rumah. HAHA.

memang enjoy la hang out dengan kakak-kakak tersayang. HAHA. puji lebih ! ;p
bukan senang nak hang out dengan dia orang tu. ada juga la yang masuk longkang. HEHE. yang kelakarnya, anak buah kitorang tu tepuk tangan bila bola masuk longkang. time tu semua orang gelak. balik cerita dekat emak dengan abah, tiba-tiba abah kata lain kita main pula. HAHA. amboiiii !

ehem ehem !!
lupa pula nak cerita pasal mamat-mamat yang main bowling kat situ. line dia orang kat sebelah line kitorang. kitorang memang berdoa supaya tak berjiran dengan budak lelaki. sebab dulu pernah main, berjiran dengan budak lelaki juga. HAHA. apa lah nasib.... :p of course la dia orang semua pro main bowling. ada seorang tu kitorang perhatikan, dia memang pro gila lah. not bad la orangnya, nama dia Apek. HAHA. sempat tengok nama kat screen dia orang. rasanya dia orang semua tu student universiti kot. HEHE. 

jangan fikir kitorang senyum sebab mamat-mamat  tu. tapi kitorang senyum sebab dapat spent time dengan kakak-kakak kitorang. itulah senyuman di hujung minggu.
:)

No comments:

Post a Comment

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)