welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Friday, December 28, 2012

Maksu kuasa dua


Hoyeah ! Si kembar berjumpa lagi. Cuti sekejap je. So dapat jumpa pun sekejap jelah. Sebab cuti kitorang tak sama. Rindunya, rindunya, rindunya. Ahhhh ! Ehh, ter-over pulak. Ehem, malas nak cakap banyak. Ehh, tak cakap pun kan. Perlu menaip je. Dah lama tak menaip ketuk ketak ketuk ketak. Errr, macam tu ke bunyi orang menaip ? Kesimpulannya, dah tak tahu nak kembangkan idea mahupun cerita cerita menarik di blog ini. Kita layan jelah cerita apa pun hokay. -.-



Dua gambar di atas. Siapa yang paling comel ? Haa, dah tahu dah jawapannya. Tak payah tanya pun dah tahu. Budak kecik tu yang comel kan ? Nama dia Muhammad Alif Aiman, anak buah kitorang yang kelima. Jangan keliru dengan gambar tersebut. Kedua dua gambar itu, anak buah yang sama. Cuma makciknya je lain lain. Tapi dua dua tu maksu kepada budak kecik tu. Haaa, faham ? Tak faham ? Maaf, tiada ulangan untuk penerangan tersebut. :p

Dapat balik rumah, jumpa anak-anak buah kesayangan.

Amina Safiyah, Muhammad Danial, Arbaiyah, Muhammad Danish.

Itu lagi empat orang anak buah kitorang. Alif Aiman adik beradik dengan Amina Safiyah dan Arbaiyah. Manakala Danial pula adik beradik dengan Danish. Ehh, jadi kerja pula kitorang nak kenalkan anak anak buah kitorang. :D

Maksu² sayang dan rindu korang semua. Ahaa, nampak tak maksu kuasa dua. HAHA. Kesian, kadang-kadang dia orang keliru sebab ada dua orang maksu. Part yang paling kelakar, dia orang panggil, 'maksu lagi satu'. :'D

Bila duduk kat kampus kan, kadang-kadang tu teringat gelagat dia orang. Mula timbul rasa rindu.  Ehem, maksu² tak garang kan... HEHE. Macam seronok pula cerita pasal anak buah ni. ;p

Maksu² sayang korang semua
Tak lama lagi nak masuk 2013, semoga semuanya dipermudahkan olehNya.
  


Thanks for reading . Lot's of love :)

 
Copyright@Semua kandungan blog ini adalah hak milik Si Kembar :)