welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Friday, April 27, 2012

Merokok trendy atau stylo ?

Hai semua. Hari ni nak kongsi cerita pasal rokok. Ehh.. bukan kitorang yang merokok tau. Jangan salah sangka ye. HEHE. Harap-harap entry kitorang ni memberi manfaat atau pengajaran untuk semua orang. Tak kisah la sama ada orang tu merokok ataupun tidak.



Kitorang nak kongsi persepsi tentang rokok. Ada dua persepsi tentang rokok iaitu sama ada SALAH dan BETUL

Persepsi salah - Merokok lambang kedewasaan.
Fakta sebenar - Ramai remaja yang tidak merokok didapati matang dan dewasa. Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri.

Persepsi salah - Dengan merokok seseorang itu mudah mendapat kawan.
Fakta sebenar - Apa guna mendapat kawan sekiranya tidak baik. Dengan tidak merokok remaja akan mendapat ramai kawan yang baik kerana majoriti remaja adalah tidak merokok.

Persepsi salah - Merokok mencetus ilham.
Fakta sebenar - Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya sekadar meredakan ketagihan. Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara produktif.

Persepsi salah - Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan.
Fakta sebenar - Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan badan. Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan cara makan yang sihat. Ia bukan sahaja lebih berkesan tetapi lebih berpanjangan. Malah remaja akan menjadi lebih sihat dan terhindar daripada berbagai jenis penyakit seperti jantung, kanser dan lain-lain.

Persepsi salah - Merokok melambangkan kehebatan bagi lelaki dan bergaya untuk perempuan.
Fakta sebenar - Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu yang diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan. Fakta yang sebenarnya kelihatan lebih selekeh, nampak tua dan nafas berbau.

Haaaa.. amacam ? Apa pandangan anda ? HEHE. Kitorang ambil artikel ni dari majalah Remaja. Keluaran bila entah... Tak ingat pulak sebab dah lama sangat. Punggah-punggah almari terjumpa majalah tu, selak-selak sikit dan terjumpa lah artikel yang menarik ni. HEHE. Dan.... kitorang pun buatlah entry ini. ;D

Kitorang tak suka bau asap rokok. Lagi-lagi bila orang merokok kat tempat makan. Selamba je dia fuhhhh asap rokok dekat orang yang tengah makan. Ohh please ~

p/s: Sharing is caring. " Katakan tak nak pada rokok. "

Thursday, April 26, 2012

Cincin makanan yang comel.

Hai semua. Hari ni nak kongsi sesuatu yang comel. Tangan ni kan suka sangat meng-explore website yang menarik. Tiba-tiba terjumpa sesuatu yang menarik bagi kitorang. 

Memang kreatif la orang yang design cincin ni. Ini antara yang menarik bagi kitorang. HEHE. :) Tapi rasa-rasanya semua memang menarik dan unik. HAHA. ;p


Haaa. Comel kan. Awas !! Itu bukan makanan yang real tau. Takut nanti ada yang tak tahan lapar, pergi telan pulak cincin tu. HAHA. Tengok cincin tu je dah rasa macam inginku gigit-gigit. HUHU. ;p

Kalau nak tengok macam-macam lagi jenis cincin, KLIK SINI. Macam-macam adaaa ! Comey-comey semuanya. Geram tengok cincin tu semua. Grrrr... uhuk uhuk. ;p

Nak satu boleh ? HEHE. Tapi kan, nak pakai pergi mana ek ? HAHA.


Friday, April 20, 2012

Nostalgia Batu Seremban

Hey bloggers and readers. HEHE. Hari ni kitorang nak cerita pasal batu seremban. Pernah dengar tak ? Ada juga yang panggil batu seremban ni selambut. Ada sesiapa yang tak tahu apa itu batu seremban ? Sila search di Google. HAHA. Batu seremban ni sejenis permainan pada zaman dahulu kala. Cewahh.. Zaman dahulu kala hokayy !! HAHA. Kiranya batu seremban ni permainan tradisional la.

Dah lama tak main batu seremban. Kali terakhir main masa sekolah rendah. Itu pun tak ingat masa darjah berapa. Uwaa... rindunya nak main batu seremban. Zaman sekolah rendah dulu, selalu lawan main batu seremban dengan kawan-kawan. Terutamanya bila dah nak dekat akhir tahun. Masa tu semua dah habis exam, bawa permainan pergi sekolah. HAHA. Mulalah duduk berkumpul main batu seremban. Main ramai-ramai memang best. Siapa yang selalu menang, jadi champion la kiranya. HAHA. Alamak weyh... rindu pulak kenangan tu semua. Entah dia orang ingat lagi ke tidak. HEHE.

Google je ;)

Itu lah salah satu bentuk batu seremban. Ada macam-macam bentuk. Tapi mak kata, zaman dolu dolu guna batu yang original atau biji getah. HAHA. Best gila ! Siapa yang baling tinggi, kena la bangun, silap-silap jatuh atas kepala. KAHKAHKAH. ;p Tak boleh lupa bila baling, tapi jatuh nunn jauh di mana-mana entah. ;D

Agaknya budak-budak sekarang tahu ke tak apa benda batu seremban. Yelah, zaman semakin canggih dengan teknologi kan.. Sentuh je iPad tu, dah ada macam-macam game. Budak-budak sekarang kenal angry bird je. HUHU. ;)

Tapi ni lah permainan kesukaan kitorang zaman kanak-kanak dulu. Cewaaah. ;p Suruh mak jahit sarung batu seremban, guna kain perca yang comey-comey. HAHA. Kadang-kadang tu berlawan-lawan dengan kawan, siapa punya batu seremban paling gemuk. :D

Ohhh... rindu.... rindu serindu rindunya.... :)



Thursday, April 19, 2012

MiaDuniaku 1st Giveaway

Join giveaway lagi !

klik banner untuk join.

tags : Eyryn | Tikah

p/s : Semoga penyertaan kitorang diterima dan ada rezeki untuk menang. Aminn :)

Monday, April 16, 2012

Barangan Garnier Untuk Direbut #3 by Pupel Liyana

Woahhh ! Giveaway ni wajib join. HAHA. Sebab kitorang memang pengguna Garnier. :)

klik banner untuk join.

p/s : Semoga penyertaan kitorang diterima dan ada rezeki untuk menang. Aminn :)

Sunday, April 15, 2012

FreeShawls GIVEAWAY by missmyd

Jom join giveaway !


klik banner kalau nak join.

tags : Sera | Diera | Ain

p/s : Semoga penyertaan kitorang diterima dan ada rezeki untuk menang. Aminn :)

Kekasihku Buta



Seorang wanita ini tidak diberi rezeki untuk melihat, iaitu dia buta. Dan semua orang disekelilingnya tak suka pada dia.

Namun, kekasihnya tetap setia menjaga dia bagai menatang minyak yang penuh.

Suatu hari, doktor peribadinya memberitahu wanita itu ada insan yang ingin mendermakan mata nya. Wanita itu sangat sangat gembira dan berkata kepada kekasihnya " aku akan menikahi mu sebaik sahaja aku mendapat melihat semula.

Setelah pembedahan selamat dijalankan, wanita itu dapat melihat semula untuk menikmati keindahan alam ini. Namun dia terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Sejak itu, wanita itu semakin tidak senang berdamping dengan kekasihnya yang juga buta itu.Kekasihnya melamar wanita itu untuk menjadi isterinya. Wanita itu serta merta menolak lamaran itu.

Lelaki itu tersenyum dan berkata " Baiklah, awak jagalah elok-elok mata saya tu." lalu berlalu pergi dari situ.

#Copy
Sumber : Facebook.com

Thursday, April 12, 2012

Lyssa Faizureen follow blog kitorang .........

Hai bloggers !! Lyssa Faizureen blogger yang popular dengan blog tutorial follow blog kitorang ke ? Elehhh.. Itu pun nak bagi tahu ke. Kepoh betul si kembar ni. HAHA. Chopp ! Jangan salah anggap ye. Baca dulu sampai habis. Cuba cari kat follower kitorang. Ada tak Lyssa Faizureen ? Ada tak ? Haaaa.. Tak ada kan ? Ehh.. Kitorang ada bukti lah. Tak percaya ke ? HEHE.


Sebenarnya, Lyssa Faizureen bukannya follow blog kitorang. Lyssa Faizureen follow blog kitorang ....... punya kawan. HAHA. Saja je title tu konon nak show-off. Haaa.. Nampak tak muka comel akak Lyssa tu ? Kotak merah tuuuu...

Kawan kitorang tu sebenarnya nak fix blog dia sikit-sikit biar jadi comel. HEHE. Dia tanya kitorang, macam mana nak touch up blog. Kitorang pun bagi lah link blog Lyssa Faizureen sebab blog dia kan banyak tips dan tutorial yang sangat berguna. 

Cewahhh ! Tak sangka pulak yang Lyssa Faizureen follow blog Haziqah ni. Uwaaaaa.. jealous nya. HUHU. So, gambar follower tu bukannya follower kitorang. Itu follower blog Haziqah kawan kitorang. Tipahhh tertipuuuu banggg ! HEHE. ;p

Alang-alang dah update ni, kitorang promote la sekali blog mereka ini. :

Akak Lyssa Faizureen :)

 Kawan kitorang. :)

Bye ~



Tuesday, April 10, 2012

Saturday, April 7, 2012

First Blog Giveaway: Guestbook

Join giveaway lagi. :)

Hadiah giveaway tu. Comel kan ? Klik gambar tu kalau nak join. 

p/s : Semoga penyertaan kitorang ni diterima dan ada rezeki untuk menang. :)


Thursday, April 5, 2012

Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

Jom join contest.

klik banner untuk join.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .
2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny
3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .
4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)
5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya
5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .
6. Link entry korang kat ruangan komen (KALAU PRIVACY BLOG  , takleh buka , AUTOMATIK  batal)
HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::
SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch
THIRD PRIZE
❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch


NOTES 
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh  :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012 
-atau maybe dipanjangkan-

Kitorang ni kembar. Blog ni kitorang share, jadi gambar pun mestilah berdua. Harap-harap Farina terima lah penyertaan kitorang ni.
Gambar yang kitorang pertaruhkan



 

p/s : Semoga penyertaan kitorang diterima dan ada rezeki untuk menang. :)

NEW Semester Giveaway!

join giveaway lagi :)

meh la klik kalau nak join. HEHE.

tags : Haziqah | Miss Q | Aqilah


p/s: Semoga penyertaan kitorang diterima dan ada rezeki untuk menang. :)

Wednesday, April 4, 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012

Join giveaway lagi ! :D

jom klik kalau nak join. cun kan jam ni ? HEHE.


p/s: Semoga penyertaan kitorang diterima dan ada rezeki untuk menang. :)

Tuesday, April 3, 2012

#17 Wordless Wednesday - Tick Tock


Time can change but can't stop.


Monday, April 2, 2012

Sweet memories between us :)

Bestnya, bestnya, bestnya !! Alhamdulillah, Allah temukan kita lagi. Gembira tak terkata tau. Rindu yang terbuku di dalam hati ini akhirnya terlerai jua. Hamboihh, ayat konon nak jiwang karett ! HAHA. sekali sekala je, tu pun tak berapa nak karett. :D

1 April 2012 merupakan kenangan manis dalam hidup kitorang. Walaupun tak semanis kurma, semanis gula-gula pun jadi laa.. *shoo shuweet. ;p Dah bertahun kitorang tak jumpa, memang rindu bangett deyh ! Dah banyak kali planning nak dating, tapi asyik tak jadi je. Rasanya last kita dating ber-empat ni masa kita semua form 4. Tak ingat pulak bila, tapi kitorang ada update di blog ni. Akhirnya.... dapat jugak kita dating lagi kan kan ? HEHE. :)


Nak taip panjang-panjang, macam terlampau rajin la pulok. HEHE. Salah sorang kawan kitorang ni pun ada blog jugak. Segala-galanya dia dah ceritakan, Haziqah  dah update kat blog dia. Aienal yang ambil kitorang kat rumah. Kitorang tumpang dia, sebab dia dah ada lesen. Congrats yaww ! :D Tapi dia tersalah masuk lorong. HAHA. It's okay my dear... ;p

Kitorang sampai di lokasi dating tu agak awal. So, ada kejadian yang agak menyeramkan di situ. HAHA. Takde la seram mana pun, saje nak menyakat si Aienal tuu.. Beberapa minit kemudian, kitorang berempat bertemu jua akhirnya... Rasa macam nak menjerit je bila kita berempat dapat bersatu. Jom nyanyi sikit, Kita.... Berempat bersatu.... HAHA. Rosak lagu orang weyhh. Sorry lewww, kitorang ubah lirik lagu Berdua Bersatu nyanyian Forteen. ;D

Kitorang pergi tengok wayang, makan-makan, window shopping, dan yang paling penting kitorang ber-click sana dan sini dengan camera. HAHA.

aksi kami. HAHA. 

relax kejap. 

awwww.. shooo shuweett. :p

Love

:D

Ohh ya, lupa nak bagi tahu.. Yang cun dan cantik tu la kawan kitorang. Yang bermata specky tu mestilah kitorang. HEHE. Duduk dekat depan, dan yang drive nama dia Aienal Najwa. Dan yang duduk di belakang tu, nama dia Haziqah. Dia orang cantik kan ? :) Penat ohhh dating dengan dorang ni, sebab banyak buat senaman mulut yang menyihatkan. Asyik gelak je..... :D

Last but not least,

Sayang korangg ! Kalau korang semakin jauh nanti, jangan lupa kat kitorang ye ? :') Mana la tahu ada rezeki, dapat sambung study.. Good luck. :)

Sedih sangat bila baca ayat Haziqah : " Bila nak berpisah tu rasa macam keberatan je :'( Bukan selalu. Sangat jarang oh. " Alhamdulillah... dah lima tahun kita berkawan, sejak form 1. Jangan lupa pahit manis persahabatan kita tau. Sayaaaaaaaaaaang korang ! :D





Sunday, April 1, 2012

Perhimpunan Generasi Keluarga Hj. Sirat

Haaaa.... Walaupun kitorang ni dah dapat sijil berhenti sekolah, tapi kitorang masih lagi pergi perhimpunan. Ini bukan perhimpunan sekolah ye. Ini perhimpunan generasi keluarga Hj Sirat. Hj Sirat ni moyang kitorang. Kiranya kitorang ni pangkat cicit laaa. Hj Sirat ni ada empat orang isteri. Anak pun mestilah ramai, cucu lagi, cicit lagi laaaa... Fuhh, kiranya dah banyak generasi la keluarga Hj Sirat ni. Nak terangkan secara terperinci panjang sangat. Jari jemari yang keding-keding ni pun boleh kejang. Agaknya kalau entry ni kalau ada sambungan, part 10 belum tentu habis lagi. HEHE. ;p

Perhimpunan ni berlangsung pada 31 Mac 2012 ( Sabtu ). Perhimpunan ni dibuat secara sederhana tapi meriah. Tujuan perhimpunan ni dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Perhimpunan ni dirancang oleh AJK generasi keluarga Hj Sirat.

Siap buat banner lagi tuu..

Kira ramai jugak la yang datang. Tak sangka yang kitorang ni ramai saudara-mara. Rasa macam pergi kenduri kahwin je.


 Ini keluarga kitorang termasuk saudara-mara. Sepatutnya ramai lagi. Tapi ada yang tak dapat datang.

Ini yang paling ramai rasanya.

Keluarga Hj Sirat ni sebenarnya belah Emak kitorang. Tak sempat nak berkenalan dengan semua. Itu baru gambar dua family. Belum family yang lain. Rasa-rasanya ada la dalam 19 family kot. Semoga tali persaudaraan kita semua kukuh. Insya'Allah. :)