welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Saturday, August 25, 2012

balik , jangan tak balik !

Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa, ' Buku Raya ' bagi si kembar ditutup secara rasmi. Uwaaaa ! Oh tidaaaak ! Sedihnya, buku raya dah tutup. HUHU :p

Pejam celik pejam celik, cuti raya dah nak habis. Sekejap je kan masa berlalu. Adik-adik yang bersekolah pun cuti seminggu jugak. Hmmm, bila online facebook ramai yang update status tak nak balik kampus ! dan seangkatan dengannya. HAHA. Aduihhh, bila dah balik rumah mesti rasa malas nak balik kampus.-.-

Nak balik ke, tak nak balik ke, kena balik kampus jugak ! :D

Bila dah balik kampus, blog ni memang tak ber-update lah jawabnya. HUHU. Rindu ohhh dekat blog ni nanti. Tapi lagi rindu dekat family dan rumah... HEHE :') 

Hmmmm, tak tau nak update apa sebenarnya. Mood sedih sebab berpisah lagi. Insya Allah, nanti jumpa lagi. Doakan perjalanan kitorang nak balik kampus semuanya berjalan dengan lancar. Fatehah balik Terengganu. Atiqah pulak balik Negeri Sembilan. Fatehah mesti tak sabar nak jumpa nasi dagang, keropok lekor. Atiqah pulak tak sabar nak jumpa masak lomak cili api. Wuwuwu. HAHA. ;p

Cepat teka mana satu Fatehah, mana satu Atiqah :D

Untuk semua yang akan pulang ke kampus,
Selamat pulang ke kampus ! :)




p/s : Terima kasih pada semua, terutama mak dan abah. :')

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya !

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Macam biasa, si kembar ni mesti lambat ucap selamat hari raya. HEHE. Biasa lah, hari raya ni malam-malam baru dapat online. ;p

Raya tahun ni biasa-biasa aje. Cuma lain sikit, sebab kitorang dalam 2-3 hari nak raya baru ada dekat rumah. Sekarang ni kitorang dah jadi anak perantau. HEHE. So faham-faham jelah... Dapat feeling-feeling naik bas sambil dengar lagu Balik Kampung. HAHA. Lepastu sampai depan rumah, dengan bawak beg balik kampung, kitorang jerit kuat-kuat "assalamualaikum ! Saya dah balik." HAHA.
Suatu pengalaman yang baru dalam hidup kitorang. :)

Fatehah a.k.a Orang Ganu

Atiqah

Kenapa Fatehah ada a.k.a Orang Ganu ? HAHA. Sebab dia study dekat sana sekarang. Masa beraya kat rumah saudara, semua orang kata " itu haaa, orang ganu dah sampai. " HEHE. Saudara-mara pun ramai yang tanya macam life kitorang sepanjang berada kat tempat orang. Alhamdulillah, semua okay je. Insya Allah.... :) Tapi orang lebih banyak tanya kat Fatehah je, sebab dia jauh kat Ganu sana. Atiqah ni kira dekat jugak lah dekat Negeri Sembilan tu je. * merajuk ahh cemni. HUHU. ;p

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dapat beraya sama-sama. Kitorang rindu sangat-sangat antara satu sama lain. Hmm, kitorang ni kembar, so faham-faham jelah bila berjauhan. HUHU. :')

Bestnya kalau dapat jumpa kawan-kawan sekolah. Rindu pulak dekat diaorang semua. Dengar cerita, dah nak UPSR dengan trial SPM lepas raya nanti. Apa-apa pun, good luck untuk adik-adik. :)

Akhir kata dari si kembar, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


p/s : Assignment ohh assignment ! :D

Sunday, August 5, 2012

You're fired as a Blogger !

Hai hai hai. Masuk je blog ni, terus buat muka sedih dan berkerut. Mana taknya, blog ni berhabuk bersawang berlumpur semua ada. Ehh, bila pulak blog ni berkubang dalam lumpur. -.- 

Wahh.. Dah lama tak update, makin bertambah la merapu merepek si kembar ni. Uhuk uhuk. ;p Serious, rindu tahap maksimum dengan blog ni. Dah berapa bulan tak ber-update. Lagi pun kitorang private blog ni. Masihkah kau ingat dengan entry ini ----> Selamat Tinggal Romeo. Ecewaaah ! Selamat tinggal romeo konon. HAHA. Rasa macam tak layak pun nak tanya korang sama ada ingat lagi atau tak dengan entry tu. HUHU. >.<


Ehh, sorry ! Lupa nak ucap Selamat Menjalani Ramadhan. Macam dah terlambat sangat nak ucap. Biasalah, dah lama tak update. Macam-macam yang kitorang terlepas nak ucap. *sedih 

Kitorang sekarang ni dah terpisah. Terpisah kerana mengikut tuntutan sebagai seorang remaja. Ececeh, faham-faham jelah apa maknanya. Kalau tak faham, kitorang bagi hint sebagai seorang pelajar. Haaa, jelas kan. HEHE. ;) Di mana lokasinya ? Seorang kat Terengganu, seorang lagi kat Negeri Sembilan. Bayangkanlah betapa jauhnya si kembar ni terpisah. Uwaaaa. Tempat yang spesifiknya, kitorang rasa tak nak heboh-heboh. :)

Ingat nak letak latest photo kat sini. Tapi tak ada. Hmmm, acano ? Letak jelah gambar lama. :(
Alhamdulillah, first puasa kitorang dapat puasa bersama di tempat kelahiran kitorang iaitu Klang, Selangor. Ecewah, ayat nak power gituh. HAHA. Bangga benorr dengan KL - ANG nya ! :D

Ada sesiapa yang rindu dengan kitorang tak ? HEHE. Rindu dengan entry blog kitorang ke, rindu dengan blog comel ni ke... Cehh, sekiranya ada sila simpan dalam hati. Tetapi sekiranya tiada, sila letak tangan di dada mata ke atas. :p