Hai semua. Sebenarnya kitorang dah lama nak buat entry ni. Tapi asyik tertangguh je. Rasanya ni mungkin entry terakhir dari kitorang. Lepas ni mungkin dah tak update lagi. Kitorang ingat nak minta cadangan dari bloggers, tentang blog kitorang ni. Tapi bila fikir-fikir balik, tak apa lah. Kitorang buat keputusan sendiri bahawa kitorang akan DEACTIVE blog kitorang ni.
Kenapa ?
Sebab kitorang akan berpisah. So lepas ni dah tak ada kisah tentang Si Kembar. Nama pun kisahsukadukakami.blogspot.com kan, kami tu mesti lah merujuk pada kitorang ni. HEHE. Update pun mesti lah kena update pasal kitorang je. Kitorang share blog ni sebab sharing is caring. ;p
Lepas ni kitorang dah tak update. Mungkin ini last entry dari kitorang. Kalau ada yang rindu nak baca entry kitorang, tunggu lah bila kitorang bergabung balik. Dulu masa nak dekat SPM, kitorang tak ada pun nak deactive blog ni sebab kitorang masih bersama. Tapi sekarang dah lain. Memang lain sangat-sangat. Zaman sekolah pun dah berlalu. Rasa sekejap sangat masa berlalu.
Terima kasih kepada yang sudi membaca entry merepek kitorang selama ni. Terima kasih jugak kepada follower yang sudi follow blog kitorang ni. Semestinya kitorang akan rindu dengan blog ni. Macam-macam cerita yang kitorang kongsi dalam blog ni. Bila-bila masa je kitorang akan deactive blog ni.
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)