welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Monday, May 21, 2012

Dating di McDonald's je ...

Hai semua. Sekarang ni budak-budak lepasan SPM 2011 tengah sibuk nak menguruskan hal kemasukan ke universiti, matrikulasi dan sebagainya. Kiranya semua tengah sibuk dengan sambung belajar lah. Ada jugak yang masuk tingkatan enam dan kolej swasta. Tapi kitorang sibuk nak dating. HEHE.

Okay, back to the post title. Kitorang pergi dating lagi pada 20 May 2012. Tapi kali ni dating bukan secara formal. Ehh, ada pulak formal dengan tak formal ke ? Kitorang setakat minum-minum je, pastu borak-borak. Kiranya macam melepak la yehh ? Lebih kurang la kot. Melepak sekali-sekala, apa salahnya. ;p

Seperti biasa, sebelum jumpa kena lah buat perbincangan dahulu. Setelah berbincang, dan keputusan sebulat suara memilih McDonald's sebagai lokasi melepak. Macam ganas sangat la pulak bila guna ayat ' melepak ' tu. HAHA. Kita guna ayat manis-manis sikit la ye, dating okay.

Atas alasan apa kitorang nak jumpa ? Perlu ke alasan untuk ber-dating. Kalau perlu, kitorang ada alasannya, tapi biarlah rahsia. :)

Haziqah & Aienal

Dengan siapa lagi kitorang dating kalau bukan dengan dua orang budak cantik ni. Tapi kalau ada orang yang nak mengajak ber-dating, boleh je. Kena buat appointment dulu lah ye. Biasa lah, kitorang ni selalu busy. Cehh. Busy la sangat .... ;p

Macam biasa lah, dating dengan diaorang ni banyak gelak je. Mula-mula sampai kat McD tu, kitorang duduk kat tingkat bawah. Tingkat atas tak buka lagi sebab ada orang tengah mop lantai. Kitorang pergi pagi, ramai orang yang breakfast, so kitorang tak makan apa-apa. Sebab sebelum pergi kitorang dah breakfast dulu kat rumah. Aienal je yang makan, tu pun makan bubur je. Sakit tekak katanya. :D

Kitorang tunggu pukul 11 lebih baru order. Mula-mula lepak kat bawah je, tapi macam tak best la pulak. Yelah, kitorang kalau dating tak gelak memang tak sah. Kitorang pun pindah naik atas. Orang tak ramai lagi waktu tu. So nak gelak sakan kat atas tu tak ada lah segan sangat. HEHE. Kitorang pergi McD Andalas je. Orang yang duduk area Klang tahu lah Andalas ni dekat mana.

Segala macam topik kitorang borak sampai masuk bab artis. HAHA. Artis yang mana, biarlah rahsia. Tak berani nak cerita kat blog ni. Nanti tak pasal-pasal kitorang jadi popular pulak. Kitorang kalau dating memang tak sah kalau tak ambil gambar. Walaupun dekat McD je, tapi apa salahnya nak ambil gambar. Lagi pun orang tak ramai sangat, tak ada lah segan sangat nak posing. ;D



Itu posing yang ayu-ayu gituhh. Yang gila-gila memang banyak lah. Muka Aienal dengan Haziqah semua okay, tapi muka kitorang berdua macam apa je. -.-

Sudah cukup, cukup sudah .... Sekejap je masa berlalu. Tibalah masa untuk kita berpisah. Sedih weyh, nanti mesti dah susah nak jumpa. Bukan selalu kita dapat jumpa kan. Rasa macam nak nangis je masa nak balik tu. HUUUU :'(  Harap-harap itu bukan pertemuan terakhir kita.


Semoga persahabatan kita kekal. :)
Aminnnn .....

p/s : Thanks For Everything. 


2 comments:

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)