Hai semua. Korang semua sihat ? Harap-harap sihat la ye. Sekarang ni cuaca tak menentu, ramai yang tak berapa sihat. Kitorang tak sabar nak update sebenarnya. Post title tu macam gempak je kan. Si kembar masuk istana ... Wuuuuu, ingat senang-senang ke boleh masuk istana. Cewah. ;p
Kitorang pergi istana ni 21 May 2012. Pagi tu kitorang pergi Institut Jantung Negara ( IJN ) dulu. Haa, buat apa pulak pergi IJN tu ? Tak payah tahu lah buat apa kitorang pergi sana. Kitorang nak cerita pasal masuk istana, bukannya tentang pergi IJN. HEHE. So, dalam tengah hari baru kitorang pergi istana. Kebetulan kitorang pergi hari Isnin, hari orang bekerja kan. So tak ada lah ramai sangat pengunjung.
Ehh jap, istana mana pulak yang kitorang pergi ni. Dekat Malaysia ni kan banyak istana. Lupa pulak nak bagi tahu kitorang pergi Istana Negara ( lama ). Yang lama tau, bukan Istana Baru Jalan Duta tu. Rasanya ramai yang dah tahu Istana Negara ( lama ) dijadikan Muzium Diraja. Kitorang pergi sempena Pameran Raja Kita yang diadakan pada 16 April - 15 Jun 2012 dan dibuka dari pukul 9 pagi - 5 petang.
Nak masuk istana tu kenalah jalan kaki. Kalau penat, ada orang jual air kat situ. ;)
Masuk istana ni percuma. Tapi kalau bawa kamera kena bayar. Jangan risau, tak mahal pun. Kamera telefon bimbit RM3, kamera / telefon bimbit video RM5, dan perakam video RM10. Itu pun kalau nak ambil gambar. Rugilah kan dapat masuk istana tapi tak ambil gambar. Nak masuk istana kena buka kasut tau.
Selalu tengok dalam tv je kan, akhirnya dapat jugak tengok dengan mata kepala sendiri.
Yang tengah tu kakak kitorang. HEHE.
Si Kembar
Abah dan Emak
Dapat cenderamata
Inilah masanya untuk merasa masuk istana. Jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Istana Negara ( lama ) dan melawat Pameran Raja Kita. Ingat tau 16 April - 15 Jun 2012, 9 pagi - 5 petang.
Gambar yang kitorang ambil memang banyak. Tak terlarat nak letak semua dalam entry ni. Kalau nak rasa dan tahu macam mana keadaan dalam istana tu, datanglah okay ! Pelancong dari luar negara pun ramai yang melawat. Jom la kita sebagai rakyat Malaysia meluangkan masa untuk melawat istana .............
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)