welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Thursday, May 17, 2012

Delima, bijinya dari Syurga

Hai semua. Kali ni nak update pasal buah-buahan ke ? HEHE. Buah apa korang nak ? Sorry, pilihan berada di jari-jemari ini. Maka hari ni, kitorang nak cerita tentang buah delima. Kitorang memang tertarik sangat dengan artikel ni. Tak rugi pun kalau korang baca sampai habis. Harap-harap ada lah yang sudi baca entry ni. :)

------------------------------------------------------------------

Ramai orang berkata tentang kebaikan buah delima. Malah ada yang mengatakan, bila makan buah delima, makanlah sepenuhnya dan jangan ditinggalkan walau sebiji pun dari biji-biji yang ada di dalam buah tersebut. Kata mereka, di antara biji-biji yang dimakan itu, ada biji yang ada keberkatannya.

Pokok buah delima atau nama saintifiknya dikenali sebagai punica granatum, tidak dinafikan kaya dengan khasiat. Selain mempunyai kadar gula yang mudah dicerba, ia juga mengandungi kadar lemak yang rendah, potasium, kalsium, magnisum, fostor, zat besi, vitamin C dan banyak lagi. Dan kerana khasiat yang banyak itu Ali r.a. dalam satu riwayat dari Rabia'ah binti I'yadh al-Kilbiyyah berkata, " Saya pernah mendengar Ali r.a. berkata, makanlah delima dengan kulitnya, sesungguhnya ia membersihkan saluran penghadaman. " Apa pun Rasulullah juga pernah berkata, " Tidak ada satu delima pun kecuali di dalamnya terdapat satu biji yang berasal dari delima syurga. "

Manakala dalam satu riwayat Ibn Abbas r.a. mengatakan, " Beliau pernah mengambil satu biji delima lalu memakannya. Ada seseorang yang bertanya, Hai, Ibnu Abbas, mengapa kamu berbuat demikian ? Beliau menjawab, " Sesungguhnya saya mendapat berita bahawa tidak ada satu buah delima pun di bumi ini kecuali ia diisi dengan satu biji delima dari syurga. Barang kali ini termasuk buah delima dari syurga itu. "

---------------------------------------------------------------------


Itulah buah delima. Ada sesiapa yang tak pernah tengok buah ni ? Pernah rasa tak ? Kitorang pernah rasa buah delima. Dalam dia memang banyak biji. Dan biji-biji itulah yang dimakan. Kebanyakan produk kesihatan menggunakan buah delima, contoh macam jus buah. 

Semoga artikel ni dapat menambah serba sedikit pengetahuan kita. Hmmmm, sekarang baru tahu apa yang dimaksudkan " Delima, bijinya dari Syurga ". Terima kasih pada yang sudi membaca.

Sumber : Al - Islam

3 comments:

  1. thanks share dear !! ^_^


    hit me back if you dont mind ;) tq
    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2012/05/candy-doll-lipgloss-in-strawberry-milk.html

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebb follow dik :)
    have a blast..


    berinformasi..rumah akk dulu ade pokok delima, bayk khasiat. skrang takde, kena tebang :/

    hehe

    ReplyDelete

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)