Hai semua.... Kitorang ada cerita hot hari ni. Kalau nak tahu, sekarang ni cuaca agak panas. Haaaa.. Itulah cerita hot. Awal-awal lagi dah merepek si kembar ni. Memandangkan cuaca sekarang agak panas, jaga lah kesihatan ye... Banyakkan minum air masak tau. Pesanan ikhlas ni tau, bukan iklan ke apa. HEHE.
Berbalik pada tajuk entry tu. Kitorang pergi pesta buku di PWTC tu. Korang semua pergi tak ? Ramai yang dah update kat blog pergi PWTC. Kitorang ni je yang baru nak update. Sekolah-sekolah pun banyak yang buat rombongan pergi pesta buku tu. Confirm tiap-tiap tahun mesti dapat sambutan.
Kitorang pergi hari selasa 1 Mei bersamaan dengan Hari Pekerja. Haaa ! Bila sebut pasal hari pekerja, mestilah pekerja-pekerja cuti kan. Tapi ada jugak yang kerja... HEHE. Nasib lah kan, kitorang pergi masa ramai orang tengah cuti, mesti lah sesak sikit kat PWTC tu. Boleh dikatakan sesak sampai susah nak berjalan. HAHA. So, maknanya bukanlah sesat, tapi sesak. :D
Wahhh ! Muka teruja sebab dapat beli novel dekat PWTC. :D Kitorang tak pergi banyak tempat sebab ramai sangat orang. Kitorang cari novel je.... HEHE. Ingatkan nak ambil gambar kat PWTC, tapi hajat tak kesampaian. Nak jalan pun payah, lagi mau ambil gambar ? Haaaa.. Cuba bayangkan. Bawak je camera, ambil gambarnya tidak. HAHA.
Tak sangka dapat jumpa cikgu sekolah kitorang dekat PWTC. Kebetulan sekolah kitorang pun ada buat rombongan masa tu. Ada jugak la terjumpa dengan beberapa orang junior. Mesti ramai yang beli buku rujukan. Kitorang dulu pun sama, cari buku rujukan, tapi sekarang ni dah tinggalkan bangku sekolah cari novel pulak. ;p
Salah satu novel yang kitorang beli tu, ada tanda tangan dari penulisnya iaitu Siti Rosmizah. Wahhh ! Happynya.... ;D Lepas dah shopping novel, kitorang pergi tengok wayang. Wohooo ~ Jangan terkejut pulak, kitorang bukan keluar berdua je tapi dengan kakak. HEHE. Keberanian belum cukup kuat untuk pergi berdua je di tempat-tempat seperti itu. KAHKAHKAH. Kitorang tengok cerita Battleship. HAHA. Dah lapuk kan ? Orang dah lama tengok, kitorang baru tengok. ;p
Sekian untuk laporan hari ini. HAHA. Kitorang dah lama tak update sebab banyak masalah yang menimpa. HUHU. -.-
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)