Hai semua. Hari ni nak kongsi cerita pasal rokok. Ehh.. bukan kitorang yang merokok tau. Jangan salah sangka ye. HEHE. Harap-harap entry kitorang ni memberi manfaat atau pengajaran untuk semua orang. Tak kisah la sama ada orang tu merokok ataupun tidak.
Kitorang nak kongsi persepsi tentang rokok. Ada dua persepsi tentang rokok iaitu sama ada SALAH dan BETUL.
Persepsi salah - Merokok lambang kedewasaan.Fakta sebenar - Ramai remaja yang tidak merokok didapati matang dan dewasa. Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri.
Persepsi salah - Dengan merokok seseorang itu mudah mendapat kawan.Fakta sebenar - Apa guna mendapat kawan sekiranya tidak baik. Dengan tidak merokok remaja akan mendapat ramai kawan yang baik kerana majoriti remaja adalah tidak merokok.
Persepsi salah - Merokok mencetus ilham.Fakta sebenar - Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya sekadar meredakan ketagihan. Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara produktif.
Persepsi salah - Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan.Fakta sebenar - Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan badan. Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan cara makan yang sihat. Ia bukan sahaja lebih berkesan tetapi lebih berpanjangan. Malah remaja akan menjadi lebih sihat dan terhindar daripada berbagai jenis penyakit seperti jantung, kanser dan lain-lain.
Persepsi salah - Merokok melambangkan kehebatan bagi lelaki dan bergaya untuk perempuan.Fakta sebenar - Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu yang diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan. Fakta yang sebenarnya kelihatan lebih selekeh, nampak tua dan nafas berbau.
Haaaa.. amacam ? Apa pandangan anda ? HEHE. Kitorang ambil artikel ni dari majalah Remaja. Keluaran bila entah... Tak ingat pulak sebab dah lama sangat. Punggah-punggah almari terjumpa majalah tu, selak-selak sikit dan terjumpa lah artikel yang menarik ni. HEHE. Dan.... kitorang pun buatlah entry ini. ;D
Kitorang tak suka bau asap rokok. Lagi-lagi bila orang merokok kat tempat makan. Selamba je dia fuhhhh asap rokok dekat orang yang tengah makan. Ohh please ~
p/s: Sharing is caring. " Katakan tak nak pada rokok. "
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)