welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Sunday, April 1, 2012

Perhimpunan Generasi Keluarga Hj. Sirat

Haaaa.... Walaupun kitorang ni dah dapat sijil berhenti sekolah, tapi kitorang masih lagi pergi perhimpunan. Ini bukan perhimpunan sekolah ye. Ini perhimpunan generasi keluarga Hj Sirat. Hj Sirat ni moyang kitorang. Kiranya kitorang ni pangkat cicit laaa. Hj Sirat ni ada empat orang isteri. Anak pun mestilah ramai, cucu lagi, cicit lagi laaaa... Fuhh, kiranya dah banyak generasi la keluarga Hj Sirat ni. Nak terangkan secara terperinci panjang sangat. Jari jemari yang keding-keding ni pun boleh kejang. Agaknya kalau entry ni kalau ada sambungan, part 10 belum tentu habis lagi. HEHE. ;p

Perhimpunan ni berlangsung pada 31 Mac 2012 ( Sabtu ). Perhimpunan ni dibuat secara sederhana tapi meriah. Tujuan perhimpunan ni dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Perhimpunan ni dirancang oleh AJK generasi keluarga Hj Sirat.

Siap buat banner lagi tuu..

Kira ramai jugak la yang datang. Tak sangka yang kitorang ni ramai saudara-mara. Rasa macam pergi kenduri kahwin je.


 Ini keluarga kitorang termasuk saudara-mara. Sepatutnya ramai lagi. Tapi ada yang tak dapat datang.

Ini yang paling ramai rasanya.

Keluarga Hj Sirat ni sebenarnya belah Emak kitorang. Tak sempat nak berkenalan dengan semua. Itu baru gambar dua family. Belum family yang lain. Rasa-rasanya ada la dalam 19 family kot. Semoga tali persaudaraan kita semua kukuh. Insya'Allah. :)



No comments: