Hai bloggers dan para pembaca. Semoga hari ni hari yang indah untuk kita semua. HEHE. Sebenarnya kitorang tak ada idea pun nak update blog. Kalau ada pun banyak merapu meraban. HAHA. Silap-silap orang yang baca boleh meroyan. Uishhh.... Jangan la sampai macam tu. ;p
Ni nak tanya sikit. Korang ada tak kawan kaki pau ? Tahu tak kaki pau tu apa ? Aduihhh.. Macam mana nak explain ni ek. HUHU.
Tapi yang penting, bukan pau yang untuk makan tu.... HAHA.
Jom kita kenali ciri-ciri teman atau kawan kaki pau.
Setiap kali jumpa orang pasti akan meminta. Bukan sahaja duit tetapi makanan, rokok dan sebagainya.
Kebiasaannya jumlah duit yang di pinjam oleh seorang 'kaki pau' tidak banyak dan tidak akan lebih dari RM10 kerana mahu mengelakkan orang lain perasan hobi mereka ini.
Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini kebiasaannya seorang yang kelakar, ceria dan happy go lucky. Dalam bergelak-ketawa itulah mereka akan mencari mangsa.
Lelaki lebih banyak tergolong dalam kumpulan ini berbanding perempuan.Tapi perempuan pun ada juga kan....
Sikap mereka yang selamba dan seperti tidak ada masalah duit membuatkan kamu tidak akan perasan masalah yang di hadapi oleh mereka-mereka ini.
Kaki pau bijak memilih situasi apabila mengenakan mangsanya. Mereka akan memilih situasi yang terdesak. Misalnya ikut kamu makan di kedai tetapi bila membayar minta kamu bayarkan kononnya tidak ada duit kecil ataupun tertinggal duit. Ataupun ketika membeli barang. Saat kamu beratur di kaunter, dia akan meletakkan barangnya sekali. Alasannya malas mahu beratur.
Kaki pau ini sangat sukar untuk berubah kerana sebahagiannya telah terbiasa. Namun sebagai sahabat kamulah yang perlu membantu untuk dia berubah.
Orang yang tergolong dalam kaki pau ini kebanyakkan kebal. Kamu cakaplah apa pun hanya akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jadi jangan berputus asa untuk menasihatinya.
Kitorang sekadar ingin berkongsi. Kalau ada sesiapa yang pernah mengalami, kenalah nasihatkan dia. Kepada yang belum pernah terkena tu, berhati-hati jelah sebelum kita terkena. Tak salah sekiranya kita berhati-hati dalam memilih kawan.
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber : Remaja
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)