welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Sunday, May 13, 2012

Akhirnya kau kembali jua !


Ya Allah. Syukur Alhamdulillah. Gembira tak terkata. Sukar di ungkapkan perasaan ini. Setelah berhari-hari kitorang tunggu kau, rindu dekat kau. Rasa macam nak menangis je masa kau tak ada. Memang rindu gila lah dekat kau. Dah terbiasa tengok muka kau hari-hari. Mana boleh tak rindu kan. Fuhhh !

Hamboi ! Ayat macam nak berdrama pulak kat sini. HAHA. Tak reti lah nak guna ayat yang berbunga-bunga ni, kasi hentam jelah. ;p Rasa kekok pulak sebab dah lama tak menatap wajah kekasih hati ni. Wah wah wah.. Kekasih hati gituhh. Senang cerita, kekasih hati kitorang ni lebih di kenali sebagai komputer atau pc. Dah lama beb tak menatap pc. Wuuuuu...

Nak tahu kenapa ? Sebab kawan baik kepada komputer atau pc ni kurang sihat. Kawan dia lebih dikenali sebagai cpu atau anak gajah. Tak payah nak pelik sangat kenapa panggil anak gajah. Suka hati lah nak panggil apa pun. ;p Selalu sangat tak sihat, nak bawak pergi klinik atau hospital bukan murah kos rawatannya. Fuhh, boleh pening kepala bila fikir. ;D


Hmmm. Tenang je bila tengok laut, tapi bila laut bergelora macam tu lah kitorang rasa di saat kekasih hati tak sihat. HAHA. Tak ada kena mengena langsung eh ? Merepek la pulak. :D

Sepanjang kekasih hati kitorang tak sihat, kitorang guna inisiatif yang lain untuk online. Cewahhh, inisiatif konon. HEHE. Apa-apa pun, kitorang bersyukur sangat-sangat sebab kekasih hati ni dah sihat. Tolonglah jangan sakit lagi. Kitorang susah hati tahu tak ? ;p


Thanks for reading . Lot's of love :)

0 budak comel:

 
Copyright@Semua kandungan blog ini adalah hak milik Si Kembar :)