welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya !


Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Macam biasa, si kembar ni mesti lambat ucap selamat hari raya. HEHE. Biasa lah, hari raya ni malam-malam baru dapat online. ;p

Raya tahun ni biasa-biasa aje. Cuma lain sikit, sebab kitorang dalam 2-3 hari nak raya baru ada dekat rumah. Sekarang ni kitorang dah jadi anak perantau. HEHE. So faham-faham jelah... Dapat feeling-feeling naik bas sambil dengar lagu Balik Kampung. HAHA. Lepastu sampai depan rumah, dengan bawak beg balik kampung, kitorang jerit kuat-kuat "assalamualaikum ! Saya dah balik." HAHA.
Suatu pengalaman yang baru dalam hidup kitorang. :)

Fatehah a.k.a Orang Ganu

Atiqah

Kenapa Fatehah ada a.k.a Orang Ganu ? HAHA. Sebab dia study dekat sana sekarang. Masa beraya kat rumah saudara, semua orang kata " itu haaa, orang ganu dah sampai. " HEHE. Saudara-mara pun ramai yang tanya macam life kitorang sepanjang berada kat tempat orang. Alhamdulillah, semua okay je. Insya Allah.... :) Tapi orang lebih banyak tanya kat Fatehah je, sebab dia jauh kat Ganu sana. Atiqah ni kira dekat jugak lah dekat Negeri Sembilan tu je. * merajuk ahh cemni. HUHU. ;p

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dapat beraya sama-sama. Kitorang rindu sangat-sangat antara satu sama lain. Hmm, kitorang ni kembar, so faham-faham jelah bila berjauhan. HUHU. :')

Bestnya kalau dapat jumpa kawan-kawan sekolah. Rindu pulak dekat diaorang semua. Dengar cerita, dah nak UPSR dengan trial SPM lepas raya nanti. Apa-apa pun, good luck untuk adik-adik. :)

Akhir kata dari si kembar, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


p/s : Assignment ohh assignment ! :D


Thanks for reading . Lot's of love :)

0 budak comel:

 
Copyright@Semua kandungan blog ini adalah hak milik Si Kembar :)