welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Monday, February 17, 2020

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 4)

Assalamualaikum.
Terima kasih pada yang sudi baca blog ni terutama sekali untuk entry diploma pengurusan dan teknologi pejabat.  Tak sangka sebenarnya entry-entry yang sebelum ni dapat sambutan.  Maaf juga sebab dah lama update.  Entry kali ni tiqa cerita pasal semester 4  pula.  Tapi, awal-awal tiqa nak minta maaf sebab ada subjek yang tiqa tak berapa nak ingat content nya apa. Hehehe.  Sebab dah lama tinggalkan zaman diploma ni.

Nak tahu berapa lama dah tinggalkan zaman belajar?
2013 - 2015 diploma
2016 - 2018 degree
Memang dah lama sangat dan for sure banyak yang berubah terutamanya syllabus dan courses.  Tiqa share ni untuk rujukan dan pengalaman zaman tiqa ye.  Harap bermanfaat dan berguna serba sedikit.

Courses for Diploma in Office Management and Technology (Part 4)

  1. BEL 312  -  English for Occupational
  2. BMD 151  -  Mandarin Language II
  3. COM 165  -  Public Speaking
  4. ECO 120  -  Principles of Economics
  5. OMT 255  -  Office Software
  6. OMT 290  -  Organizing Events
  7. OMT 360  -  Behavior in Organizations


  • BEL 312 ni english.  Setiap semester ada course english cuma berbeza dari segi content lah.  English course untuk semester 4 ni paaaaaaling mencabar bagi tiqa.  Tak boleh lupa sebab tiqa dapat lecturer yang saaaaaaangat garang ! Hahaha.  Tiqa masih ingat lagi, kita orang satu kelas kena pecah kepada beberapa group, dan setiap group tu kena represent big company yang cecah profit more than berapa billion entah tak ingat.  Waktu tu group tiqa pilih Sime Darby, dan setiap orang kena cari satu produk yang ada dalam company tu untuk di perbaharui, kena present.  Lepastu ada assessment kena buat mock meeting.  Assessment yang lain-lain tak ingat.  Time tu menangis juga lah mungkin sebab kami dapat lecturer yang garang.
  • BMD 151 ni third language iaitu Mandarin.  Untuk kita orang, memang wajib ambil mandarin sebagai third language.  Macam biasa, assessment dia writing, reading dan oral.  Lepastu ada assessment kena berlakon dan buat video in a group dalam bahasa mandarin.
  • COM 165 ni public speaking.  One of my favourite sebab kita kena buat public speaking.  Memang lah nervous, tapi dari situ boleh practice kita punya delivery skills dan english kita.  Tak silap tiqa ada 3 assessment rasanya.  Setiap assessment ada tema, contoh tema travel / tourist guide.  Time tu tiqa jadi tourist guide untuk Saudi, so present as tourist guide terangkan lah tempat-tempat menarik yang ada dekat sana.  Ikut lah creativity korang nak guna prop ke, presentation slides ke, video ke, tak kisah lah apa-apa pun.  Macam mana nak susun content, macam mana cara semua kita orang belajar dalam course ni.  Memang best !
  • ECO 120 ni economy pun my favourite.  Dapat pula lecturer yang best, penerangan semua tip top.  Yang penting, kena faham konsep lepastu banyak buat latihan terutamanya past years questions.  Kalau tak faham tu, terus tanya lecturer.
  • OMT 255 ni office software.  Best walaupun pening sikit nak buat.  Kita kena cipta website kita sendiri, lepastu publish.  Nak buat ni kena banyak-banyak bersabar sebab yelah benda-benda yang melibatkan software ni memang rumit.  Pada pandangan tiqa, benda ni seronok dan sentiasa anggap benda ni best sebab kita kan belajar sesuatu yang baru.  
  • OMT 290 ni organizing events.  Pada tiqa, semester ni paling tough sekali sebab kena organize event.  Masa ni memang kena kuat dari segi mental.  Untuk organize event ni, kita orang gabung dua group (kelas) lain.  Tiqa kelas A, gabung dengan kelas B.  Penasihat mestilah lecturer kita, lepastu setiap orang ditugaskan dengan biro atau jawatan.  Event kita orang yang paling meletop sekali sebab kita orang punya event ni ala-ala karnival yang bernama Gegau Fest.  Kalau nak tengok, boleh KLIK SINI untuk tahu lebih banyak pasal event kita orang.  Happy dan puas hati sangat-sangat walaupun penat.
  • OMT 360 ni behavior in organizations.  Course ni banyak membaca dan ada grouping assigment yang melibatkan tugas luar.  Kita cari mana-mana company atau jabatan dan tanya soalan-soalan yang berkaitan dengan behavior in organizations.  Tak silap tiqa, waktu ni kita orang pergi Pejabat Polis Daerah Rembau.
Rasa macam panjang pula entry kali ni.  Hehehe.  Sorry okay kalau terpanjang sangat, tapi rasa macam banyak lagi nak taip sebenarnya.  Terima kasih yang sudi baca.  Bawah ni tiqa share gambar-gambar mana yang ada waktu semester 4.  


Poster event kami.

Weekly meeting untuk event.  Tiqa adalah biro program / aturcara.  Semua perempuan je biro tiqa.  Kita orang lah yang pecah kepala fikir aktiviti-aktiviti sepanjang event tu.

Hari kedua event kami.  Oh ya, lupa nak bagi tahu yang event kita orang ni berlangsung dua hari sebab festival kan takkan sehari je.  Hehehe.

 Tema event kami merah.  So waktu hari pertama event tu, kami pakai tshirt yang ditempah untuk semua ahli.  Yang lain-lain macam tag dan button badge semua tu semua team kami juga yang buat.  Sempat lah bergambar dengan artis jemputan untuk event kami, Kaka Azraff dan Encik Mimpi.  Meletop kan event kami?  Hehehehe.

Hari kedua iaitu last day event kami.  Nak buat event ni mesti kena ada modal, lepastu mesti ada pulangan modal tu.  Alhamdulillah memang berbaloi dengan penat lelah kami semua dapat pulangan yang memang tak dijangka.

Itu sahaja untuk entry kali ni.  Terima kasih pada yang sudi baca.  Ada apa-apa pertanyaan boleh email tiqa DEKAT SINI inshaAllah tiqa akan balas sebab ramai je yang email tiqa tanya pasal diploma ni, semua tiqa reply.  Sorry pada yang tiqa tak reply comment dekat dalam blog.  Huhuhu dah lama sangat tak on blog.

Nak baca semester yang lain-lain boleh klik link bawah ni

SEMESTER 1  |  SEMESTER 2  |  SEMESTER 3  |  SEMESTER 5


26 comments:

  1. Replies
    1. Dulu zaman saya belajar boleh apply insentif makan dan zakat.

      Delete
  2. Course ni takde elaun ke, yuran nya brpa ikut sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman akak dulu boleh apply elaun/insentif makan. Tak pasti untuk sekarang ada lagi atau tak.
      Yuran uitm untuk diploma sekarang maybe dah berubah.

      Delete
  3. Replies
    1. Depends lah nak ambil ke tak course ni.
      Course mana-mana pun ok, susah senang tu adat belajar :)

      Delete
  4. akak,sekarang kerja apa and sambung degree apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Degree ambil Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat

      Delete
  5. Third language mmg belajar bahasa cina ke? Bahsa lain ada x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk bahasa ketiga, zaman akak memang dah ditetapkan mandarin. Kalau yang sekarang ni taktahu lah boleh pilih atau tak. Jangan risau, nanti dah masuk belajar mesti rasa seronok dapat belajar bahasa ketiga. Tak kisah lah bahasa apa pun, anggap itu sebagai pengalaman dalam belajar :)

      Delete
  6. Replies
    1. Sekarang UiTM dah banyak cawangan kan. Akak pun tak pasti lah dekat semua cawangan ataupun tidak. Tapi student bukan boleh tukar penempatan kampus pun. Terima je dapat kat mana mana pun. Have fun ok :)

      Delete
  7. Tiqa ambik kursus ni di mana?

    ReplyDelete
  8. Kak tiqa , saye bukan budak sains , bukan budak account . Subject tambahan saye untuk SPM ade addmath dengan grafik komunikasi teknikal . Agak" kalau saye amek kursus mcm ni layak ke ? .

    ReplyDelete
  9. Kalau failed obm200 b4 this boleh register obm255 ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf, saya tak pasti dan tak ingat kesinambungan subjek yang gagal boleh ambil subjek yang lain ke tidak. Alhamdulillah, sepanjang saya belajar, saya tak pernah gagal mana-mana subjek :)

      Delete
  10. kak tiqa masih belajar atau dah bekerja skrg..kalau dh kerja kerja apa..and time akak apply this course..kak tiqa buat pilihan 1 ke mcm mmne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas habis diploma, akak sambung degree. Soal kerja, kerja je apa-apa dik. Sebab zaman sekarang ni, memang tak boleh memilih. Waktu apply course ni, akak apply melalui penerapan UiTM Pra Diploma ke Diploma. Masa tu akak ambil Pra Diploma, then baru masuk Diploma. Ya, akak memang letak ni pilihan yang pertama.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak saya rasa saya berminat dengan course ni lagipun tak banyak pilihan yang saya ada untuk sambung belajar jadi terima kasih untuk perkongsian maklumat ni kak saya doakan rezeki akak dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sama-sama, semoga bermanfaat untuk semua. Good luck! Terima kasih atas doanya. Aamiinnn :)

      Delete
  13. Kak tiqa,kalau budak sains stream dan x ambik akaun boleh ke ambik course ni,lepastu bnyak ke kena belajar akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sains stream ambil course ni. Dulu kelas akak pun datang dari pelbagai aliran. Masa akak, akaun ni ambil satu sem je. Tak pastilah sekarang macam mana.

      Delete
  14. Kak,kalau subjek math tak credit boleh ke ambik course ni?

    ReplyDelete

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)