welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Monday, February 27, 2012

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkaitan Kuku

Lama kan kitorang tak update blog. Kalau update pun pasal join giveaway. HEHE. Haaa.. Tiba-tiba hari ni nak kongsi fakta menarik dengan korang semua. Ermmm, menarik sangat ke ? Korang nilai la sendiri ye. ;p



10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU BERKAITAN KUKU 

1. Kuku adalah sama seperti rambut di mana kedua-duanya dari protein yang sama iaitu keratin.
2. Kadar pertumbuhan kuku adalah 1 mm setiap hari. Jadi ia memerlukan 100 hari untuk tumbuh sepanjang 1 cm. Sekiranya kuku anda tercabut, ia mengambil masa empat hingga enam bulan untuk tumbuh sepenuhnya. Tetapi bagi kuku kaki kadar pertumbuhan semua adalah antara 12 hingga 18 bulan.
3. Kadar pertumbuhan kuku bagi lelaki adalah lebih cepat berbanding perempuan. * patutla lelaki kukunya panjang. malas nak potong lettuw ;p
4. Baik lelaki atau perempuan, kadar pertumbuhan kuku tangan lebih cepat berbanding kuku kaki.
5. Kadar pertumbuhan kuku ibu jari adalah yang terlambat.
6. Bagi orang yang kidal, pertumbuhan kuku di tangan kanan adalah lebih cepat dari tangan kiri dan begitulah sebaliknya. 
7. Kuku tumbuh lebih cepat pada waktu sejuk, malam dan ketika mengandung. 
8. Amalan menaip dapat merangsang pertumbuhan kuku. * wahhh.. fakta ni sesuai untuk blogger sebab selalu menaip. ;D 
9. Kuku menggambarkan keadaan kesihatan seseorang. 
10. Rekod kuku terpanjang yang pernah dicatatkan ialah sepangjang 48 inci iaitu dimiliki oleh seorang lelaki India. 

kredit :

keluaran Februari

Amacam ? Menarik tak ? Kitorang suka fakta yang nombor 8. HAHA.  :)



2 comments:

  1. hello~
    fakta no.9 tu serious ke? @@
    so maksudnye kalau kuku tu buruk org tu pun buruk semacam jugak ke? :P

    ReplyDelete
  2. cuba baca balik fakta no.9 tu...
    menggambarkan kesihatan seseorang.

    ReplyDelete

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)