Assalamualaikum w.b.t.
Hai, kali ni teha nak sambung untuk courses yang teha ambil masa semester 2.
Harap maklum, mungkin syllabus untuk setiap subjek dah berlainan pada masa akan datang.
Dan setiap pelajar mungkin pada semester tertentu, subjek yang mereka ambil juga mungkin tak sama dengan rakan-rakan kelas yang lain. Sebab ada beberapa courses yang ada pra-syarat tertentu sebelum kita register untuk semester tu. Contoh, kita kena lulus subjek Akaun dulu (masa semester 1), baru boleh ambil subjek Kewangan (masa semester 2).
Yang penting, nasihat teha untuk adik-adik sekalian seeloknya ikut lah courses guideline yang fakulti dah tetapkan setiap semester. Supaya tak ada masalah dikemudian hari okay? Faham?
Yang penting, nasihat teha untuk adik-adik sekalian seeloknya ikut lah courses guideline yang fakulti dah tetapkan setiap semester. Supaya tak ada masalah dikemudian hari okay? Faham?
Teha cerita mana yang teha ingat untuk semester 2 ni.
Courses for Bachelor of Business Administration (Financial Services) - Semester 2
- BIU2022 English Proficiency 2
- CSP2071 Olahraga
- HNH2012 TITAS
- HNS2012 Hubungan Etnik
- PET3023 Microeconomic
- PPB3063 Business Statistics
- PPM3023 Marketing
- PPB3163 Business Elements
- BIU2022 English Proficiency 2. Subjek ni kena lulus dulu English Proficiency 1. Biasanya untuk subjek English, dalam satu-satu kelas tu memang akan campur dengan pelajar-pelajar dari bidang lain. Dan selalunya, kita boleh pilih nak kelas mana satu ikut kesesuaian jadual kelas kita yang lain. Kalau boleh, jangan lah pilih sebab nak sama kelas juga dengan kawan-kawan kelas kita yang lain. Tapi pilih lah mengikut kesesuaian jadual kita. Jangan semata-mata nak sama dengan classmate yang lain, korang yang terbeban sebab jadual terlalu pack dalam sehari. Kalau tak faham apa yang teha cakap ni tak apa. Nanti dah masuk UPSI, korang tahu lah sebab apa. Sebab jadual selalunya bertindih dengan subjek lain. Hahaha.
- CSP2071 Olahraga. Ni subjek kokurikulum. Masa batch teha dulu, wajib ambil olahraga ni tak kisah sama ada bidang pendidikan ataupun tidak. Tapi tak pasti untuk junior akan datang. Rasanya dah boleh pilih lain. Olahraga ni macam biasalah, ada lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, acara larian dan lain-lain aktiviti olahraga lah senang ceritanya.
- HNH2012 TITAS. Ini subjek universiti yang semua wajib ambil. TITAS ni singkatan untuk Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Lebih kurang macam sejarah juga lah. Belajar tentang konsep ketamadunan, istilah tamadun, tamadun Islam, tamadun India, tamadun China, tamadun Malaysia. Masa teha ambil subjek ni, kami diberi tugasan individu untuk pilih tajuk yang berkaitan tamadun. Tajuk ni kena ada unsur-unsur simbolik atau merujuk kepada tamadun, yang sehingga sekarang masih diguna pakai atau menjadi adat lah dalam kata mudahnya. Sebab tamadun kan menjadi ikutan. Walaupun TITAS ni subjek universiti, tapi pada teha agak mencabar jugalah. Yelah, fikir tajuk tugasan je masa tu pening kepala. Ada juga yang kena reject tajuknya. Tapi syukur, alhamdulillah tajuk teha approved. Yang penting apa-apa yang kita tak faham atau kurang jelas tentang tugasan, tanya je pensyarah. Masatu teha pilih tajuk "Tepak Sirih: Komunikasi Bukan Lisan Dalam Adat Perkahwinan Melayu". Haaa boleh kaitkan tak tajuk tugasan teha dengan kehendak yang pensyarah inginkan? Mestilah ada, sebab tepak sirih ni kan adat melayu. Sepanjang buat tugasan ni, teha rasa seronok tau. Sebab secara tak langsung dapat tahu simbolik disebalik tepak sirih ni.
- HNS2012 Hubungan Etnik. Masa teha ambil subjek ni, teha dapat pensyarah yang sangat strict. Nak pergi kelas pun berdebar-debar je rasa, dah kelas pagi hahaha. Okay, subjek hubungan etnik ni pun subjek universiti tau. Untuk subjek ni, banyak belajar mengenai etnik-etnik di Malaysia. Pada teha, seronok lah subjek ni. Dari sini, kita boleh tahu macam mana wujudnya pelbagai etnik di Malaysia ni. Antara yang teha ingat, belajar mengenai konsep-konsep yang digunakan dalam pendekatan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam pembinaan negara bangsa, dan banyak lagi. Masa teha dulu, kami diberi tugasan berkumpulan untuk buat satu presentation. Presentation tu mesti berkaitan dengan perpaduan kaum. Contohnya kita ambil pantun, sajak, iklan, poster, filem dan lain-lain, kemudian kita kena olah dan terangkan macam mana perkara-perkara tersebut boleh menyatu padukan rakyat Malaysia. Dan ahli kumpulan juga kena terdiri daripada berbilang bangsa, tak boleh satu bangsa saja ya. Masa tu, kumpulan teha ada melayu dan india. Kami olahkan mengenai filem Ola Bola. Kenapa filem tu ada unsur perpaduan dan sebagainya. Dan kemudian kami selitkan deklamasi sajak di akhir presentation. First time teha bersajak tau masa tu haha.
- PET3023 Microeconomic. Okay untuk subjek ni, banyak belajar mengenai teori dan aplikasi consumer and producer behaviour, production and cost, market structure, determination of input price and general. Kalau untuk yang pernah belajar ekonomi masa sekolah menengah dulu, mungkin mudah lah sikit bagi mereka. Tapi untuk teha yang tak ada basic ekonomi ni, struggle lah sikit untuk faham economic terms macam demand, supply, pastu ada graf semua tu. Tapi apa pun, lain orang lain kefahaman kan. Ni berdasarkan pengalaman teha lah ya. Yang penting usaha. InshaAllah boleh :)
- PPB3063 Business Statistics. Ni salah satu subjek favourite teha masa semester 2. Subjek ni meliputi konsep-konsep asas statistik, sususan data, taburan kekerapan (frequency distributions), jadual dan graf, measures central tendency, measures of variation, basic probability theory, set theory, time series and index numbers dan banyak lagi. Basically, subjek ni more to calculation. Untuk subjek ni, pelajar akan diajar kaedah menggunakan SPSS software untuk analisa statistik. Jadi kita kena install lah software tu nanti. Subjek ni pada teha penting. Sebab apa penting, sebab untuk kegunaan semester akan datang lebih-lebih lagi untuk subjek-subjek lain yang memerlukan kita untuk pengiraan data soal selidik dan proses pengutipan data, dan kaedah-kaedah analisa statistik. Dah nama pun statistik kan, jadi tugasan yang diberi pun berkaitan lah. Teha kena pilih satu kajian dikalangan student. Masa tu, kumpulan teha buat kajian mengenai online shopping dikalangan pelajar upsi. Kena buat borang soal selidik dan edarkan pada 300 orang pelajar. Tak mudah tapi proses pembelajarannya seronok bagi teha.
- PPM3023 Marketing. Yang ini pun antara subjek favourite. Subjek ni lebih kepada theory, so banyak membaca lah. Teha belajar asas dalam pemasaran dari segi konsep utama, kaedah analisis, strategi dan taktik dalam pemasaran. Selain itu, termasuk juga konsep-konsep kritikal dalam menguruskan hubungan pelangaan yang mendatangkan keuntungan dalam syarikat. Macam-macam mana penetapan harga, persaingan dengan pesaing dan sebagainya. Untuk tugasan, macam biasa ada tugasan bertulis dan juga presentation. Masa teha, kami perlu pilih tiga company (company tersebut mestilah dalam sektor/bidang yang sama), kemudian kena terangkan strategi pemasarannya, SWOT analysis dan sebagainya. Kumpulan teha masa tu pilih company Guardian, Watson dan Caring Pharmacy.
- PPB3163 Business Elements. Okay yang ini pun antara subjek favourite. Rezeki teha dapat pensyarah yang sangat sempoi dan fun waktu tu. Untuk subjek ni belajar tentang isu membuka perniagaan, penyusunan dan pengurusan perniagaan, cara menguruskan individu dalam organisasi, pengurusan pengeluaran dan pengurusan pemasaran, isu-isu dalam perniagaan dan cabaran-cabaran dalam perniaagaan.
Done untuk semester 2!
Itulah sedikit info yang teha dapat kongsikan subjek yang teha ambil untuk semester 2. Semoga bermanfaat untuk yang membaca. Kalau ada apa-apa yang nak tanya teha, boleh komen di entry ni, atau segan nak komen, email je personal pada teha pun boleh. InshaAllah, teha balas :)
Boleh email teha kat >> SINI << ok.
Last sekali, teha share sikit gambar masa semester 2 hehe. Zaman muda-mudi.
Ahli kumpulan teha untuk subjek Hubungan Etnik. Masa ni baru lepas buat presentation tu. Ada lagi dua orang sebenarnya, diaorang dah balik awal ada hal haha.
Ni pulak gambar masa kelas terakhir Olahraga, bersama dengan instruktor kelas. Kelas masa ni campur tau. Campur dengan course lain juga.
Teha dan ahli kumpulan bersama dengan pensyarah kami (Dr Wan Salmuni) untuk subjek Business Statistics. Masa ni tak silap last discussion and presentation untuk tugasan berkumpulan tu sebelum final submission.
Okay itu sahaja setakat ni. InshaAllah, lain hari teha sambung untuk semester 3 pula ya.
Terima kasih.
Nak baca semester lain punya, boleh klik link di bawah ini:
Sem 3 dan seterusnya xde?
ReplyDeleteHai. Baru update untuk semester 3 punya. InshaAllah, ada rezeki akan update untuk semester lain punya ya. Terima kasih :)
DeleteHi sis, saya nak tanya business admin tu dia ada banyak cabang ke selain financial service? Apa beza utk course ni dengan course business admin yg lain? TQ sis ^_^
ReplyDeleteHai. Dekat UPSI, untuk business admin ada major in Financial Services and Human Resource Management. Kedua-duanya memang berbeza dari segi subjek sebab subjek major sangat berbeza dan lain-lain :)
Delete