welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Wednesday, December 4, 2019

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) di UPSI [AE14]

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Lama betul rasanya tak buka blog ni. Entah kenapa tiba-tiba hari ni terdetik hati ni nak buka. Lepastu, saja lah buka bahagian komen, sekali tengok lahhhhhhh. Banyak juga orang komen dekat post Atiqah pasal course Diploma dia dulu. Maaf sangat-sangat mana yang kami tak respon tu ya. InshaAllah, kalau ada kesempatan, ruang dan waktu yang diizinkan oleh-Nya, Atiqah akan update next post pasal course dia ya. Doakan ya! Happy dia dapat bantu walaupun sedikit je input kepada adik-adik yang nak sambung belajar tu :)

So, sekarang izinkan Fatehah (Teha) pula buat entri. Disebabkan blog ni kami masih share, so kita decide bila nak update guna nama masing-masing. Mana yang pembaca baru tu, jangan keliru pulak. Kami ni kembar. Sorang Fatehah dan sorang lagi Atiqah. Yang buat post ni Fatehah tau! Hahah. Kalau pening, abaikan jelah. Mana yang baik dan bermanfaat boleh diambil. Mana yang tidak, awal-awal nak minta maaf ye.

Alhamdulillah.
Teha dan Tiqa dua-dua dah tamatkan pengajian diploma dan degree.
Atiqah, diploma dan degree di UITM.
Fatehah pula diploma di UniSZA dan degree di UPSI.
Jadi tujuan Teha buat entry ni pun sebab tengok respon dan view untuk entri Atiqah yang pasal course dia tu agak memberangsangkan. Fuhh kemain ayat! Hahaha. 

Teha ingat nak cerita pasal course masa diploma di UniSZA dulu. Tapi macam dah terlalu lama. Yelah, Teha habis belajar 2013 di UniSZA. Sekarang dah 2019, berapa gap dah tuuuu. Memori pun dah berkarat, just ingat sikit-sikit je silibus apa yang belajar dulu. 
Jadi, Teha ingat nak share pasal course degree sepanjang Teha di UPSI.

Nak tak? 

Sementara masih ingat lagi sikit pasal course yang Teha ambil di UPSI.
Course apa? Haaa, baca tajuk entri tuu :)
Teha sebut code course je senang. AE14.

Course ni direka bentuk berdasarkan kolaborasi dengan pihak industri bagi membolehkan graduan memperoleh manfaat dari segi kecekapan, kemahiran dan kualiti cemerlang dalam bidang perkhidmatan kewangan. Course ini biasanya ambilannya terhad dan tak ramai.

Kalau ada yang nak...Teha share.
Kot ada yang dapat course ni di UPSI, dan nak tahu apa-apa, boleh tinggalkan komen okay.
Teha nak kumpulkan memori dulu pasal course yang Teha ambil ni hehe :)

Okay, belanja satu gambar masa orientasi. Hehe.

Semasa upacara bacaan ikrar di Dewan Besar UPSI atau sekarang dikenali dengan nama Dewan Tuanku Canselor UPSI. Teha duduk depan tau yang perempuan nombor 2 (ke kanan) selepas lelaki pakai tie. Hahah.

Okay, that's all for this entry. Doakan Teha diberi kesihatan dan waktu untuk share pada korang pasal course AE14 tu untuk next entry ya.

Nak baca post untuk semester yang lain-lain boleh klik link di bawah ni

SEMESTER 1  |  SEMESTER 2  |  SEMESTER 3

Thanks for reading!


20 comments:

  1. Salam, tumpang tanya, kawan saya ada dapat course sama jugak which is AE14 kt UPSI. Dia nervous n ada tanya, course ni diajar dalam BI or BM ya? Terima kasih 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Semua subjek diajar dalam BI. Kecuali ada beberapa subjek universiti yang diajar dalam BM. Tapi ikut jugak, kalau ada international student dalam kelas tu biasanya pensyarah akan ajar BI :)

      Delete
  2. Saya dapat kos ni sama macam Teha. Kemasukan februari 2020. Doakan saya dapat habiskan degree dengan baik InsyaAllah. Tak sabar nak tahu pengalaman degree teha di upsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tahniah!! Semoga dipermudahkan segala urusannya :)

      Delete
  3. Assalamualaikum. Berapa tempoh untuk tamat pengajian ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tempoh pengajian untuk course ni 4 tahun.

      Delete
  4. Assalamualaikum....tahniah anak manis krn telah taman pengajian
    anak acik pun dpt kos ini...in shaa allah akan dftr ujg bln dpn...moga dipermudahkan semua urusan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih banyak acik. Tahniah juga buat acik dan anak acik. Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah. InshaaAllah 😊

      Delete
  5. Assalamualaikum . Saya pelajar baru upsi hebahan kedua masuk 26.10 haritu kos AE14 jgk. Saya ada macam² masalah sbab saya masuk lmbat tpi digabungkan dengan budak first intake. Jadi saya bnyak ketinggalan. Skrg dah pertengahan midsem tapi saya taktahu mcm mana nk mntak ptptn. Saya dah beli no pin apa smua secara online tpi bila nk pilih ipta dngan kos apa smua tu saya blank terus. Koko pon saya tak daftar sbb taktahu apa² . Budak first intake pon bila tnya asyik tak tahu je. Bila call pihak upsi pon jawab nak tak nak. Boleh tlg saya mcm mana nk isi ptptn? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Untuk PTPTN, ada tarikh-tarikh tertentu permohonan dibuka. Awak boleh check terus melalui website PTPTN atau biasanya pihak UPSI akan buat hebahan/memo di PORTAL UPSI bila tarikh urusan PTPTN dan sebagainya. Maaf lambat reply. Anything awak boleh email saya okay? Thank you :)

      Delete
  6. salam teha kalau ambik course ni, dapat jadi cikgu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak, sebab bukan ijazah sarjana muda pendidikan.

      Delete
  7. course ini berkaitan dengan apa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkhidmatan kewangan. Boleh check kat website UPSI atau website Fakulti Pengurusan & Ekonomi UPSI. Course syllabus banyak yang baru dan dah berubah.

      Delete
  8. Hi saya nak tanya. Saya diploma pengajian perniagaan dari uitm tapi dapat kos perkhidmatan kewangan di upsi. Boleh ke saya nak buat pindahan kredit untuk kos ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada subjek (syllabus) dan gred result subjek masa awak diploma dulu.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada subjek (syllabus) dan gred result subjek masa awak diploma dulu.

      Delete
  10. AE14 tak ada subjek pengurusan kokurikulum?

    ReplyDelete
  11. boleh tak share laluan kerjaya untuk course ni?

    ReplyDelete

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)