welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Wednesday, October 31, 2012

sebelas a.k.a november

Pejam dan celik. Wahh, sekejap je dah masuk november. Masa memang semakin pantas. Bila sebut pasal november, bulan ni jugak kitorang akan menghadap result. Ohh ya, result final exam yang kitorang nanti nantikan. Dengar cerita ada lagi yang belum habis final exam, dan ada juga yang baru mula final exam. Semoga kalian dapat jawab dengan berhemah dan dengan jayanya. All the best k ! 

Cerita pasal bulan november, teringat pulak masa nak menduduki spm. Fuhh fuhhh. Nak buka balik kotak memori. HAHA. Part yang paling best, masa last paper untuk spm. Hmm, mana boleh lupa dalam memori ni. Ingat sampai bila bila tau, time tu subjek prinsip perakaunan. Dalam dewan exam, tengok member semua macam resah gelisah je. Semua macam tak sabar nak keluar. Bila dah keluar, ada yang bantai menjerit. Haihh, rindu semua tu. :')


Saje nak letak gambar lama. Mengimbau balik kenangan silam. Cehh, kenangan terindah ni beb ! ;p

Haaa, lagi berapa hari je adik adik batch'95 dah nak spm kan. Semoga korang dapat buat yang terbaik. Jawab soalan tu jangan gelabah. Tak cukup masa ke apa, itu perkara biasa. Yang paling penting, lepas dah jawab exam tu, jangan nak dok bincang apa apa lagi. Benda dah lepas, jangan nak ingat balik. Benda benda macam ni akan buat korang stress je nanti sebab jawapan korang lain dari member.

 Banyak membebel pulak kitorang kali ni. Tak ada motif langsung kan ? -.- 

Dah masuk bulan november ni. Sampai laaaaa ni kami tak tengok movie lagi. Haduihh, bila nak pi tengok pun tak tau lah. Dalam pada itu, kami tak tau nak tengok cerita apa. Tu diaaa, ayat karangan dah keluaq. :p

Jom lah tengok movie weyh sebelum cuti sem habis ! :'( Dah banyak kali buat muka sedih, tapi tak ada siapa nak ambil peduli. Wuwuwu. Tunjuk simpati lah kononnya. HAHA. 

Kitorang doakan yang terbaik untuk rakan seperjuangan yang akan menerima result final exam tak lama lagi. Tak lupa juga untuk yang sedang menduduki exam, semoga semuanya baik baik ye sayang. :D Macam biasa entri kitorang semakin bosan dan hambar, sekian untuk hari ini.
Assalamualaikum.


1 comment:

★ aIsyaH ★ said...

gudlak tok result final exam ye..xD

^^