welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Sunday, October 21, 2012

Bereksperimen di Pusat Sains Negara


Cehh, tajuk entri bereksperimen ! Silalah percaya wahai teman-teman. Ini bukan cobaan. Si kembar ni buat eksperimen. Eksperimen yang sangat best ! Rindu pulak zaman sekolah dulu buat eksperimen. Haihh, lap air mata propa. Aiseyyh, suka suka cakap orang propa. Cepuk kang. :p Serious weh, kitorang rindu zaman sekolah. :')

Okay, balik pada tajuk. Kitorang pergi Pusat Sains Negara pada suatu hujung minggu. Ehh ? Betul ke ayat pada suatu hujung minggu ? HEHE. Kalau salah, maafkan kami cikguuuuuu :D Macam biasa, kitorang bila bab pergi jalan jalan ni mesti tak dirancang. Tiba tiba dapat panggilan telefon dari beloved sister ajak pergi sana. HEHE. Mohh leww kita ! 


Gambar terbaru, terhangat, terkini, dan segala bagai ter dari si kembar. Dah lama tak bergambar berdua cenggini. HUHU. Rindu sangat sangat. Haa, ni kira eksperimen kitorang yang pertama lah ni. Amacam ? Ok tak eksperimen kitorang ni. -.-

Siapa yang pernah pergi pusat sains negara mesti tahu apa yang ada kat dalam ni kan. Bagi sesiapa yang tak pernah pergi, banyak pengetahuan yang korang akan dapat. Dah nama pun pusat sains, banyak yang berkaitan dengan sains. Sangat seronok sebab dapat cuba macam macam. Jangan lepaskan peluang okay !


Rawrrr ! Kitorang suka sangat dengan gambar ni. Mungkin sebab gigi beliau yang putih menyinar macam pakai colgate ? Rasa macam dalam filem Jurassic Park pulak masuk dalam ni. Berangan sakan dalam tu. Aduihh, lupa nak habaq maii.. Masuk pusat sains ni kena bayar RM10 untuk dewasa, kanak kanak tak berapa nak ingat pulak berapa kena bayar. HEHE.


Yang ini, dinosaur comel namanya sebab ada bulu bulu. 


Terima kasih banyak banyak kepada mereka sebab bawa kitorang round pusat sains negara. Lepas ni, ke mana pula destinasi kita ? ;p 

Rasanya, ini jelah yang mampu kitorang update untuk kali ni. Luangkanlah masa anda di pusat sains negara. Assalamualaikum. ;)



Thanks for reading . Lot's of love :)

0 budak comel:

 
Copyright@Semua kandungan blog ini adalah hak milik Si Kembar :)