welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Tuesday, October 16, 2012

sekarang tengah cuti :D

Ehem ehem. Sekejapnya masa berlalu. Tak sangka sekarang ni tengah cuti sem. Wuhuuu. Dapatlah kitorang bergabung kembali. HEHE. Jangan nak suka sangat masa cuti sem ni. Result final nanti macam mana agaknya. Moga moga semuanya okay. Dah berusaha, kenalah berdoa, lepastu tawakal. :)

Macam biasa lah kan, bila dah cuti cuti ni ada saje planning kitorang. Awal awal lagi dah plan nak tengok movie. HAHA. Agak agak cerita apa yang best sekarang ni ? Ada cadangan tak nak tengok cerita apa ? HEHE. Bila dah duduk rumah, tak lain tak bukan kitorang ni asyik makan je. And and and, kitorang asyik tidur je. ;p Dekat rumah lah tempat nak manja manja kan diri. 




Hitam dan pink tu kitorang. Abaikan muka kitorang yang tak bermaya tu. -.- Yang lagi dua orang tu kakak kitorang. Sama tak muka kitorang berempat ? MUAHAHA. Gembira tak terkata sebab dapat usik mengusik lagi kakak kakak kitorang yang tercinta ini. :p Kitorang memang suka mengusik. :D

 Bila dah cuti macam macam yang kitorang nak buat. Perkara pertama yang kitorang buat, layan novel. Waduhh, novel cinta lah, apa lagi. HEHE. Lama wooo tak baca novel. Rindu gila nak baca novel. Jangan terkezut muka taiko macam kitorang ni pun layan novel. ( Elehh, taiko lah sangat ! ) Mengikut perancangan kitorang nak beli novel lagi. Hmm, itu pun kalau 'kertas' bernilai ada lah. Kalau tak cukup atau tak ada, kita main main mata dengan mak kesayangan. Mana lah tahu, ada orang nak belanja novel baru ke ? :p

Daaannnnnn, macam biasa mak suruh belajar memasak. Aduihh, ni yang lemah kepala lutut ni. HAHA. Ohhh ya ! Lupa nak bagi tahu, kitorang dah mula kerja. Kerja yang sama masa kitorang lepas SPM dulu, iaitu babysitters. Yeahh ~ Kerja yang sangat menyeronokkan kerana melayan kerenah lima orang anak buah. ;D

Sampai sini je kot entry kali ni. Maap leww, entry tersangat lah hambar. Perut tengah berkeroncong ni haaa. Duduk rumah asyik lah dia nak berkeroncong lah, irama asli lah, kadang kadang irama pop yeyeh pun ada. Ahhh, sudah merepek ! Chiaoo dulu yek ! Assalamualaikum. 


No comments: