welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Thursday, October 25, 2012

Aidil Adha

Hai semua. 
Selamat hari raya aidil adha. Selamat berkorban bagi sesiapa yang berkorban. Kitorang masih belum berkesempatan nak ziarah lembu lembu. Mungkin esok agaknya dapat melihat kalian. Hari ni mungkin kitorang akan menghabiskan masa di rumah sahaja. Makan makan makan dan makan. Macam itu lah bila hari raya menjelma. Lagi lagi bila kena penangan rendang ayam dan kuah kacang dari mak kesayangan. Di tambah pula dengan nasi impit. Nak buat ketupat, tapi tak ada masa. Nasi impit pun jadilah, cuma kurang 'ummmphh' sebab kalau dengan ketupat lagi best !


Harap maklum, ini bukan gambar hari raya. Hari ni seorang pakai jubah, seorang lagi berbaju kurung. Jangan ingat, kembar mesti semua nak sefesyen aje. KAHKAH. Gambar di atas hanya suka suka. Yang kiri Atiqah, yang kanan Fatehah. Hari raya kali ni tak ada gambar pun. Malas nak keluarkan kamera. Eh, boleh pulak cenggitu ? -.-

Dah nak sampai ke penghujung bulan oktober. Lagi berapa hari je nak spm. Cuak cuak cuak ! All the best untuk adik adik yang nak ber-spm ye. Kitorang sekarang ni berdebar tunggu final exam result. Sementara tengah cuti sem ni, enjoy enjoy dulu. Bersuka ria di rumah yang tercinta. ;D

Kitorang undur diri dulu ye. Nak pergi sambung membedal kuah kacang dengan rendang ayam.
Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)