Masuk bulan Oktober. Bulan yang sangat-sangat istimewa untuk semua orang yang bergelar pelajar. Wuwuwu. Masa untuk memerah otak untuk menjawab segala yang tertera di atas kertas ajaib. Fuhh ajaib katanya. HAHA. Hmm, lama benor tak update. Kasihan sungguh ! -.-
Study week hari tu kitorang tak balik Klang pun. Tak balik langsung ? Ye, memang tak balik langsung. Percaya atau tak, tapi kitorang memang tak balik langsung. Haishh, berapa kali mau bagi tau daaa. :p HEHE. Hmmpphh ! Betapa tabahnya kitorang mengharungi godaan nak balik rumah. Wuwuwu. Poyo je lebih. Padahal dalam hati dah meraung raung nak balik. KAHKAHKAH.
Sepanjang study week kitorang study jelah. Bila orang call je, " kau buat apa ". Jawapnya, " aku tengah study ". Fuhh.. rajinnya. Ada je member yang balik seminggu, esok nak exam baru dia orang balik kampus. Kesepian melanda diri ini tatkala KB semua tak ada. Ehh, amenda pulak KB ni ? Bahasa baru ke apa. HAHA. Gua cilok ayat member gua lah bro. Sorry, gua cilok kejap je. KB ni maknanya Kawan Baik. Betul ke ni maknanya ? Ehh entahlah, aku ni main hentam je bagi makna. HEHE. Jangan marah yek. ;p
Dan sekarang ni, tengah final exam. Sempat lagi nak update blog ? Hmm, sempat je. Apa salahnya nak luangkan sikit masa ni dengan blog. Lagi pun bukan selalu update blog. *nak buat ayat sedih kononnya ;p Sesetengah orang fikir, orang yang online ni tak study langsung. Astaghfirullah al azim. Tak baik fikir macam tu. Ikut cara masing-masing lah untuk bahagikan masa tu kan. :)
rindu nak ambil gambar sama-sama :'(
Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat.
Ayat tu memang sesuai sangat-sangat dengan kitorang. Kembar yang terpisah. HUAHUAHUA ;p
Sempena final exam ni, kitorang doakan untuk semua kawan-kawan yang tengah final exam jugak. Tak kira lah korang kat sekolah, kolej, matriks dan universiti. Kitorang doakan korang semoga dapat buat yang terbaik. Insya Allah. :)
Terima kasih yang tak terhingga untuk mak dengan abah.
Kitorang minta maaf kalau ada buat silap. Doakan kitorang jugak ye untuk final exam ni.
Terima kasih :)
p/s: Setelah beberapa bulan tak jawab exam, akhirnya jawab exam lagi. Ehh ? :]
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)