welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Tuesday, May 28, 2013

Istilah Air

Hari ni rasa nak merajinkan diri meng-update blog. Wehuu, bukan selalu rajin nak menaip ni. Hari ni kita bincang pasal air. Air apa ? Air sirap, kopi atau teh ? Mari sama-sama kita baca. ;D


Air merupakan keperluan terpenting untuk semua jenis kehidupan dan dalam bahasa juga istilah yang menggunakan perkataan air juga penting walaupun kadang-kadang pening.


MATA AIR
Kalau makna biasanya punca air, mata air juga bermakna buah hati yang boleh buat mulut berair dan kadang kala mata berair bila berlaku perselisihan. Paling haru bila mata air kita rupanya ada mata air lain semata-mata kerana kita selalu kering. Makna yang sangat mendalam, agak-agak korang faham tak ?


HANTU AIR
Walaupun istilah hantu air ini tidak merujuk kepada makhluk yang menakutkan tu namun perlakuan manusia atau dengan lebih tepat lagi anak-anak yang dikategorikan sebagai hantu air akan membuatkan ibu bapa mereka menjerit-jerit macam hantu kerana mereka sering membazir air dan main dalam bilik air berjam-jam. Hmm, panjang betul penerangan. Siapa hantu air sila mengaku !


BUANG AIR
Perbuatan buang air ini tiada kaitan dengan syarikat bekalan air tetapi boleh dikaitkan pula dengan jabatan pembentungan tempatan. Kita bukan suka-suka nak membazirkan sumber alam semula jadi ni, tapi dah secara semula jadinya kita perlu buang air dari badan dan paling tak syoknya keadaan mencemaskan bila nak buang air di tempat yang tiada bilik air atau tempat yang tak ada bekalan air. Tapi buang air ni jugak sesuai untuk orang yang suka buang air. Tau-tau je bil air melambung !


MACAM AIR
Istilah ini selalu digunakan bila mana ada unsur membeli. Jika duit anda keluar macam air, cuba elakkan dan jauhkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang boleh buat duit keluar macam air. Marilah mengamalkan gaya hidup sihat. Eh ?


TAK ADA AIR
Istilah yang paling tak best dalam apa jua keadaan pun. Ini memang berkaitan dengan syarikat bekalan air tempatan dan sememangnya ia merupakan istilah yang boleh mengaitkan kita dengan tak mandi pagi, baju tak basuh, dan yang paling haru panik sebab dah tak tahan nak buang air. Hmm, tapi kadang-kadang tak boleh salahkan syarikat air jugak. Mungkin jugak sebab tak bayar bil air ? Aiyoooo.


Entry ini sekadar suka-suka mengisi masa lapang yang ada. Ada satu hari tengah sibuk dok mengemas almari buku, tetiba terjumpa satu majalah ni. Selak-selak tengok macam best je artikel tu.
Sumber: Majalah Apo ?


Air dalam istilah bahasa inggeris adalah udara. Selamat menikmati air, tak kiralah dalam istilah bahasa melayu atau inggeris ! ;D

No comments: