Siapa yang tak suka kalau ada temu janji dengan buah hati tersayang. Haaa, temu janji gitu. HAHA. Dah lama benorrr tak jumpa buah hati. Siapa yang tak rindu-rinduan. Bukan selalu kitorang dapat peluang-peluang macam ni. Dengan kesibukan belajar, menguruskan itu ini. *Ehh, poyo semacam pulak. ;p
Khamis, 2 Mei 2013.
Pagi tu kitorang bangun awal sikit. Semangat nak jumpa buah hati, nak dating dengan beliau. Kitorang naik bas je nak pergi dating. Sangat klasik kan ? Dengar pun macam sweet je... HAHA. Keluar rumah pun awal sikit sebab takut susah dapat bas. Destinasi pilihan Aeon Bukit Tinggi Klang.
Dah sampai sana, tercari-cari mana pulak si buah hati. Sebab kitorang keluar berasingan, dah janji tunggu kat sana dalam pukul 10 macam tu lah. Kitorang terlambat sikit, biasalah naik bas. HUHU. Jalan-jalan dalam aeon tu, jumpa jugak akhirnya. Maka tercetuslah lambaian tangan yang begitu teruja dan teriakan macam kanak-kanak ribena. Dah lama sangat tak jumpa, peluk-peluk tanpa hiraukan orang lain. HAHA.
Buah hati kitorang tu namanya Haziqah. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Hubungan kitorang ni atas dasar kawan je, tak lebih dari tu. HAHA.
Dapat lepas rindu, kitorang decided nak tengok movie. Ironman 3 menjadi pilihan di hati. Cewahh. Jealous lah tengok orang dok post kat twitter cerita tu best. HAHA. Haziqah dah tengok cerita tu, tapi demi best friends dia sanggup tengok cerita tu lagi. Sayang kau lah weh ! :D Lepas dah membeku dalam panggung wayang, kitorang pergi solat dulu. Lepas tu baru pergi lunch. HEHE.
Ehem, masa tengah lunch tu lah macam-macam benda nak borak. Dapat mengusik Haziqah tu yang best. ;p Borak pasal studies, campus, friends and boyfriend. Topik akhir tu yang paling best ! HAHA. Usik Haziqah habis-habisan. >.<
Perut pun dah kenyang, kitorang jalan-jalan cuci mata jelah. Dalam pukul 4 lebih macam tu kitorang balik. Haziqah balik sama-sama dengan kitorang naik bas. Singgah rumah kitorang dulu. Hmmm ruginya rasa bila kitorang tak ambil gambar sama-sama. Camera bawak, tapi boleh lupa nak ambil gambar. Entah apa yang di ingat. -.- Ada pun gambar yang kitorang ambil kat photo booth yang guna token tu. :(
Haziqah stay rumah kitorang sampai maghrib. Sempat lah lagi borak itu ini dengan dia. Makan keropok lekor dari Terengganu sama-sama. Dan yang paling best, Haziqah sempat makan malam kat rumah kitorang. Dia kata, gemuk lah kalau aku stay sini asyik makan je. HEHE. Lepas tu lepak-lepak dalam bilik kitorang.
Minta maaf banyak-banyak kat Aienal sebab keluar tanpa kau. Selalu memang kita keluar berempat kan, tapi kali ni kau tak ada. Next time kita keluar ok ? Sebab Fatehah cuti tak lama. :(
Simpan gambar tu elok-elok tau Haziqah. :D Aienal, jangan marah kitorang tau. :(
Friends till Jannah. Insya Allah.
Minta maaf banyak-banyak kat Aienal sebab keluar tanpa kau. Selalu memang kita keluar berempat kan, tapi kali ni kau tak ada. Next time kita keluar ok ? Sebab Fatehah cuti tak lama. :(
Simpan gambar tu elok-elok tau Haziqah. :D Aienal, jangan marah kitorang tau. :(
Friends till Jannah. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)