Fuhh fuhh fuhh. Tiup habuk sikit kat blog ni. Dah masuk bulan Februari kan ? Wuhuu, sekejapnya masa berlalu. Bulan ni, ada cuti lama sikit sempena raya cina. Seminggu je pun, tapi seminggu tu sangat berharga tau ! :D
Malas nak cerita panjang-panjang. Post title pasal kakak kahwin, so kita cerita pasal kahwin lah. Kitorang pulak yang excited lebih bila kakak nak kahwin. HAHA. Kitorang balik jugak walaupun tak ada cuti. Hmm, mana boleh tak balik. Kakak kita kahwin kot. 2 Februari, majlis pernikahan. 3 Februari pulak kendurinya.
Kenduri esoknya buat di dewan. Cantik kan ? :)
Si kembar. HEHE. Pakai baju princess cutting. Suka gila dengan baju ni sebab pergi tempah sendiri. :D
Majlis sebelah lelaki pula seminggu kemudian. Masa ni kitorang memang wajib balik sebab cuti raya cina. HEHE.
Family :)
Mak hujung belah kiri. Abah hujung belah kanan. HEHE.
Lima orang adik beradik. Kitorang ada seorang abang, dua orang kakak. Tinggal si kembar je belum kahwin. HAHA. :p
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dah selesai. Semoga semuanya diberkati oleh Allah S.W.T. Insya Allah. :)
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)