welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan sudah, Syawal pula.

Yezzzzzzzzza ! Dah berzaman tak update blog. Semakin busy dengan semester kali ni. Nak cerita macam-macam tapi rasanya tak perlu ye dokkk ? Cerita dah lapuk semua nak cerita pun tak seronok kadang-kadang. Biarkan ia berlalu ~

Ramadhan kali ini macam biasa je. Tak balik rumah langsung. Berpuasa di perantauan bersama rakan-rakan tercinta di kampus. Wehuu. Nak balik time berpuasa rasa macam tak larat sangat. Lagipun bukan ada cuti pun, sadisssssss.

Esok insya Allah, nak raya dah kan. Sekejap benor rasa. Nak raya tapi rasa macam biasa-biasa je. Time kecik-kecik dulu yelah seronok yang amat. Cuti pun rasa macam tak je kan, campus life ~ 
Assignment wajib mengiringi kepulangan ku.


Tunggu raya nanti, rasa macam rajin je nak update blog. HEHE. Sebab kalau raya kan wajib bergambor sakan. Boleh tempek banyak-banyak kat blog. Tak ada orang tengok pun, kitorng jugak yang tengok sendiri nanti. HAHA. 

Kita berjumpa lagi Syawal. Semoga kita berjumpa lagi Ramadhan.
Insya Allah :)

No comments: