kali ni kitorang nak kongsi dengan korang semua adab belajar.
harap kita semua dapat manfaatkan fakta ni.
sama2 lah kita perbaiki diri sendiri untuk kebaikan.
okey !
tak payah nak membebel panjang.
terus ke tajuk utama.
:)
Adab-adab belajar mengikut Imam Al-Ghazali :
- Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai penghormatan.( ikut jantina )
- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
- Jangan banyak bercakap jika tidak ditanya.
- Jangan bertanya melainkan jika diarah oleh guru.
- Jangan menyangkal kata-kata guru.
- Jangan mengumpat guru.
- Jangan mengumpat pelajar lain.
- Jangan berbisik di hadapan guru.
- Jangan berpaling kiri dan kanan.
- Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
- Berdiri apabila guru bangun. ( ketika guru keluar dan masuk )
- Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
- Rujuk guru dalam memilih ilmu.
- Jangan duduk tempat guru.
- Jangan berjalan di hadapan guru ketika belajar kecuali darurat.
- Sentiasa mendapat keredaannya dan jauhkan kemurkaannya.
- Selalu berhubung dengan guru.
- Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
- Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
ini sahaja yang kitorang dapat kongsikan.
:)
nice entry!like :D
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDelete