pejam celik, pejam celik tahun dah berganti dari 2011 ke 2012. rasa macam tak sedar dah masuk tahun 2012. kitorang tahu, kitorang ni lambat update. HEHE. semua blogger dah update awal-awal lagi kan ? tapi kitorang baru nak update pasal 2012. HAHA. ada yang dah siap buat list azam tahun baru lagi kan ? bagus la ada azam baru. harap-harap dapat lah capai azam tu nanti ye. :)
tak ada apa yang special pun sempena 2012. biasa-biasa je... kitorang merengek-rengek, meronta-ronta ajak mak dengan abah pergi tengok bunga api. HAHA. nampak bebenor tipunya. tak kuasa nak merengek, meronta semuaa.. :D tengok bunga api dari rumah pun boleh tau. tapi tengok live kat tv jela yeee ! MUAHAHA. malas nak keluar malam-malam. :p
tiba-tiba teringat pula filem 2012 dan iklan syampoo clear. HAHA. ada kaitan dengan 2012 kan ? memang merepek betul la Si Kembar. dah merapu sampai teringat-ingat iklan kat tv. :D tak ada kena mengena langsung dengan entry ni. HAHA. tapi itu menunjukkan yang kitorang ni memang prihatin terhadap iklan-iklan di tv. tettttttttttttttt... merepek lagi. HEHE. okayyy dah cukup ! ;p
perkara yang paling best dalam 2012 ni mestilah pasal umur. haaaa ? kenapa dengan umur ? HAHA. cuba jawab soalan matematik ni jap : 17 + 1 = ? berapa ye adik-adik ? cepat jawab. nanti akak bagi gula-gula. HAHA. :D jawapannya 18 laa.... that's mean yang kitorang ni dah 18 tahun !! :) kenapa happy dengan umur 18 tahun ? sebab dapat tengok wayang sesuka hati. MUAHAHA. tak ada maknanya weyhh. sebenarnya saje nak rasa happy sebab tengok kat facebook, kawan-kawan semua happy dengan 18 tahun. HAHA. ;p
kita tak tahu apa yang akan berlaku pada tahun 2012 ni. kitorang cuma berharap yang terbaik dalam segala urusan sepanjang tahun 2012. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya'Allah.. kita hanya merancang, Allah yang menentukan. banyak suka duka yang kitorang lalui sepanjang tahun 2011. bersyukur sangat-sangat masih diberikan nyawa dan nafas sehingga ke hari ini dan saat ini.
kitorang ingat nak kongsikan suka dan duka kitorang sepanjang tahun 2011. tapi memandangkan kitorang pun tak berapa nak ingat sangat, tak payah la kan... lagi pun update panjang-panjang nanti tak ada pun yang nak baca. HAHA. terpaksa pula korang melayan Si Kembar yang banyak merepek ni. :D
:)
No comments:
Post a Comment
terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)