welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Sunday, February 12, 2012

tiada lagi Hari Kekasih ! [ WAJIB BACA ]

bila masuk je bulan Februari, mulalah anak-anak muda gembira, teruja dan seumpama dengannya. entah kenapa agaknya ? dekat facebook tu, ada saja yang menyebut namanya. yang agama lain, tak usah kata laa... ini orang Islam yang sibuk berkata soal dia. siapa dia ? rasanya kalau tak sebut pun orang dah tahu apa yang ada bulan Februari ni. apa lagi kalau bukan Valentine's Day.

bila cerita pasal Valentine's Day, rasanya ada yang dah muak untuk membacanya. umum mengetahui, umat islam dilarang menyambutnya. rasanya tidak perlulah lagi diceritakan dari mana asal-usulnya sambutan hari tersebut. cara itu hanya menyebabkan ramai muda-mudi hafal tentang sejarah valentine's day berbanding sejarah Maulidur Rasul sendiri.



bunga ros laku bagai iPhone 4, coklat laku bagai pisang goreng yang panas. semua ini bukan gurauan tapi untuk dihadiahkan kepada kekasih. ada yang menterjemahkan dengan bahasa yang lebih lunak iaitu sambutan valentine's day adalah hari untuk melahirkan kasih sayang yang bukan sekadar kepada kekasih juga kepada keluarga dan sahabat. betulkah itu ?

Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) telah memutuskan, menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan : Bahawa amalan meraikan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh islam. roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.

Para ulama berpendapat bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan Muslim rosak akidahnya sekiranya meraikan perayaan tersebut :

  1. Menyambut hari valentine dengan mengucap ' I love you ', memberikan bunga ros, bertukar-tukar hadiah, memberi manisan, memakai baju merah, kasut merah dan apa saja perlakuan yang mengarah kepada sambutan perayaan itu.
  2. Menjual dan membeli barang sempena Hari Valentine seperti bunga ros merah dan kad ucapan.
  3. Mempromosi dan mengiklankan Hari Valentine.
  4. Menghantar kad ucapan dan sistem pesanan ringkas ( SMS ).
  5. Membungkus hadiah sempena hari valentine atau apa-apa perlakuan yang membawa kepada menolong orang melakukan maksiat.
  6. Menulis nama pada cenderahati sebagai ingatan sempena hari Valentine.
Sumber : Majalah Al Islam

===============================================================
kitorang ambil bahan rujukan ini dari majalah Al Islam keluaran Februari 2012. cuma ada edit sikit-sikit je.
p/s : sekadar ingin berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri juga. :)

3 comments:

  1. Jom joint 1st GA petakbunga...
    Gambar adalah bebas.. (: Asalkan hak milik sendiri.. bukan google org lain punya.
    nk hantar gmbr adik yg pandai bergaya pn boleh.. abag hensem yg bergaya pn boleh.. ayah smart bergaya pn boleh.. makcik vouge yg bergaya pn boleh.. janji bergaya..:)
    petakbunga.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bile mase pulak sambutan hari valentine tu sambutan orang kristian? x lihat sejarah valentine tu betulx2 lah nampaknye...

    ReplyDelete
  3. @ kennyT : baca betul2 entry kami tu. " roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, " . untuk maklumat anda, kami ambil artikel ni dari sebuah majalah. sejarah maulidur Rasul lebih penting berbanding valentine.

    ReplyDelete

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)