Assalamualaikum semua.
Benda pertama yang tiqa nak cakap, terima kasih pada yang sudi
baca blog ni. Tak lupa juga dekat pembaca yang komen dan hantar email pada tiqa untuk
bertanya soalan. Buat adik-adik lepasan SPM, tahniah untuk keputusan yang awak semua
dapat. Pada yang ada keinginan untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,
semoga semua urusan dipermudahkan. Buat yang ingin kerja atau apa sahaja perkara yang
awak nak buat, semoga berjaya ok? Untuk entry kali ni tiqa nak update untuk semester 5
diploma pengurusan dan teknologi pejabat.
- ACC 106 - Introduction to Financial Accounting and Reporting
- BEL 313 - Introduction to Critical Thinking
- ENT 300 - Fundamentals of Entrepreneurship
- OMT 230 - Office Simulation
- OMT 340 - Principles of Corporate Compliance
- OMT 351 - Administrative Management
- ACC 106 adalah subjek account ni basic je. Sebab apa tiqa cakap basic? Sebab waktu sekolah dulu tiqa ambil aliran account. Untuk student yang tak ada basic account, jangan lah takut, sebab benda ni memang basic. Ni salah satu subjek yang tiqa suka. Account ni kena banyak buat latihan je untuk senang faham.
- BEL 313 ni english course. Yang ni tiqa tak ingat sangat. Tapi yang tiqa ingat, ada group project yang kena buat forum / debate. Lecturer tiqa waktu ni tegas, tapi kelakar. Alahh jangan lah takut bila ada perkataan ‘critical thinking’ tu. Kita kan nak belajar, nak dapat ilmu. Jangan takut ok?
- ENT 300 subjek yang tiqa tak akan lupa sampai bila-bila. Kami kena buat group project yang kena build one company. Dah nama pun entrepreneurship kan, mesti lah pasal usahawan. Group project ni kita kena buat business proposal yang memang detail, dari awal sampai akhir. Group tiqa waktu tu buat business sandwich yang bernama WICHLIST. Business ni kita kena buka premis / kedai, kena ada pekerja, kena ada susun atur kedai, production, marketing, account dan sebagainya yang related dengan business. Tapi semua tu hanya dalam business proposal (paper work) sahaja tau, bukan kena betul-betul ada pun. Untuk group tiqa, tiqa ni konon-konon jadi ‘Account Manager’. Lepastu, kami ada buka small booth untuk presentation. Kira macam big event lah untuk subjek ENT 300 sebab semua course ada ambil subjek ni. Dalam satu dewan besar, kami semua bergabung dan buka small booth masing-masing untuk present. Hias lah booth tu berdasarkan business apa yang kita buat, lepastu nanti ada panel yang akan datang dan nilai. Waktu tu lah kita kena present dan tunjuk business proposal kita. Memang best sangat-sangat dan Insha Allah senang nak score subjek ni. Maybe lain UiTM, lain cara present. Masa tu UiTM Alor Gajah je buat ni cara presentation macam tu.
- OMT 230 ni office simulation. Awak bayangkan yang awak memang sedang bekerja dalam office, diberikan tugasan yang kita kena taip. Waktu ni yang tiqa ingat, kami dapat satu fail / folder yang berisi timeline, nota-nota, senarai tugasan yang kita kena buat. Kami juga dapat pendrive setiap seorang untuk save kerja-kerja yang kita dah buat tu. Assessment semua based on kerja yang kita buat tu. Sepanjang class ni memang kami semua guna makmal computer sahaja.
- OMT 340 ni subjek law / undang-undang. Yang ini subjek yang memang banyak kena baca dan ingat. Lebih kepada theory lah sebab benda ni fakta yang awak memang tak boleh ubah. Yang ni ada assignment yang tiqa ingat, kena buat case study yang kita kena kaitkan dengan law yang ada.
- OMT 351 ni subjek administration. Lebih kepada subjek theory yang kita kena baca. Yang ni ada group assignment yang kita kena pergi mana-mana company dan buat soal selidik tentang administration company tu. Yang tiqa ingat waktu ni group tiqa buat Balai Polis Daerah Rembau. Kami satu group pergi sana dapatkan maklumat, lepastu kena buat report (paper work), kemudian presentation.
Kat sini, tiqa nak ingatkan yang zaman tiqa belajar dengan sekarang mungkin dah berubah.
Tak semua benda akan sama untuk next batch rasanya. Yang tiqa share dan cerita ni semua
waktu tiqa belajar dari tahun 2013 hingga 2015.
Keseluruhannya, untuk course tiqa ada 5 semester sahaja. Alhamdulillah, dapat grad on time dan dapat good results sepanjang diploma. Jadi, ini adalah entry yang terakhir bagi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat tiqa. Pengalaman diploma adalah yang paling seronok pada tiqa. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang baik, dapat Anugerah Dekan, dapat jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan macam-macam lagi benda best sepanjang diploma tiqa.
Pada pandangan adik-adik semua, ok tak benda yang tiqa share ni?
Semoga bermanfaat untuk semua ya. Terima kasih sebab sudi baca blog ni dari mula tiqa update pasal Semester 1 Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, sampai semester 5 ni.
Gambar semasa Majlis Pre-Graduation untuk pelajar-pelajar semester akhir :)
Gambar-gambar semasa presentation ENT 300:
Ahli kumpulan untuk subjek ENT 300 :) |
Booth untuk presentation |
Kalau nak baca untuk semester yang lain, boleh klik link di bawah ini: